Pagi ni aku keluar rumah awal sikit. Cadangnya nak gi bank dulu sebelum pegi ke sekolah. Adik kesayangan aku dah mengirim sms untuk memohon loan dari banker @ kakak dia. Aku pun dengan semangatnya pagi ni pegilah menunggu teksi di tepi jalan. Tapi hairan gak aku, apasal takde sebijik kereta pun lalu kat jalan tu. Ada road blok ke kat depan. Baru aku teringat, hari ni hari Thaipussam. Jalan depan rumah aku ni adalah jalan menuju ke kuil. Kena tutup la tu. Aku nak patah balik rumah, jauh gak. Pastu aku fikir, nanti bila lagi aku ada free nak gi bandar. Lastly, aku ambik keputusan terus menunggu sehingga jalan bukak balik.
Panas ler pulak. Aku gi kat depan pejabat JPJ. Ada public phone kat situ. Aku berteduh kat situ.Dari jauh dah dengar bunyi gendang2 menandakan tak lama perarakan tu akan lalu depan aku. Dah nampak la ada orang yang simpah2 air atas jalan macam renjis tepung tawar pastu ada yang hidupkan api atas jalan. Aku dah mula gelisah. Err aku ni penakut sebenornya. Lemah semangat pun ada gak. Aku terfikir samada aku nak patah balik rumah atau aku nak masuk ke pejabat JPJ tu....nak cari tempat berlindung. Tapi kat tepi pagar JPJ tu, ramai kakitangan JPJ dok kat situ. Segan lak aku. Pastu nasib baik la datang sorang budak sekolah. Dia pun tunggu tepi aku. Aku buat2 la tanya sekolah mana. Rupa2nya dia budak sekolah housemate aku. Selepas sesi berkenalan, aku tanya budak tu..."takut tak nak tengok perarakan ni.....kalo takut jom kiter masuk kawasan JPJ" wakakakaka...aku pun tak sangka, aku takut mengalahkan budak yang baru form 2 tu. Sepatutnya aku yang menenangkan dia. Ni terbalik lak. Sib baik budak tu kata takpe. Aku beranilah sikit ada budak tu. Tapi aku tengok budak tu pun 2x5 dengan aku. Macam nak nyorok2 belakang public phone je.
Tak lama lepas tu, sampai la kumpulan tu depan aku. Jaraknya dekat sangat dengan tempat aku berdiri tu. Dalam hati aku, jangan le air renjis2 dorang ni kena gak aku sekali. Tetiba geng yang berarak tu berhenti lak tak jauh dari depan aku. Lama gak. Macam bertafakur. Dah dup dap..dup dap jantung aku....apasal berenti lak. Pastu dorang jalan balik. Geng yang mula-mula ni aku tak la ngeri sangat. Just bawak kavadi je. Pastu lalu lak kumpulan kedua yang cucuk2 kat badan, kat lidah, cangkuk besi kat belakang, aku rasa takut sangat. Rasa macam nak tutup mata, tapi karang dorang nampak aku buat camtu, marah lak dorang kat aku. Yang paling aku rasa nak tercabut jantung bila sorang lelaki ni bawak benda macam lembing. Dia macam tak berapa sedar dah pastu jalan melilau-lilau je macam menari-nari. Aku dah risau kot-kot tetiba dia gi meluru kat aku. Dah la lembingnya tu tajam. Aku dah get ready nak lari dah..aku berundur sampai nak dekat tepi parit dah..kalo dia pegi dekat dengan aku, memang aku cabut masuk kawasan JPJ tu. Biar la malu pun malu la kat orang2 JPJ tu...asal aku selamat... ehehe
Alhamdullilah, geng2 tu lalu dengan selamat. Lepas geng2 tu lalu baru kereta boleh jalan. Tak lama lepas tu ada teksi lalu. Aku terus je masuk. Lupa nak ucap terima kasih pada adik yang menemani aku tadi...Bila aku ingat2 balik, macam lawak la gelagat aku tadi. Nyata sungguh perasaan takut aku tu tadi. Mesti memek muka aku nampak pelik..ehehe..mesti budak tu cakap dalam hati dia, cikgu ni penakut sungguh...
Anyway, hari ni memang bersejarah kepada aku sebab boleh menyaksikan budaya agama lain dengan mata dan kepala sendiri. Walaupun takut, aku dapat pengalaman yang berharga. Selama ni aku tengok kat tv je upacara tu. Tapi kalau lain kali suruh aku tengok upacara tu dekat macam tadi, aku tak berani dah kot...cukup la sekali..
Secara luarannya orang nampak aku ni berani kot tapi aku ni amatlah penakut orangnya. Tapi kalau dibandingkan dengar kembar aku, aku berani sikit kot. Kembo aku lagi teruk dari aku. Nak pasang lampu rumah atas pun ajak mak aku teman. Nak ambik barang kat luar rumah waktu malam pun ajak mak teman. Aku tak la sampai ajak mak teman. Aku setakat bawak@dukung kucing je kalau nak pasang lampu memalam..huhu
__________________________________________________
* Teringat di masa dulu...
Masa remaja dulu,aku takut dengan perarakan cina mati. Pernah sekali tu aku gi bandar dengan mak dan kembar aku. Bila dengar je bunyi gendang upacara tu, aku dah berdebar2. Kembo aku pun sama. Mak aku lak menonong jalan kat depan. Aku dengan kembo aku cepat-cepat mencari tempat berlindung iaitu SEBUAH KLINIK. Dengan selamba je kami berdua duduk kat bangku tempat menunggu tu. Nurse tu pun pelik je tengok kami yang tak sakit tapi lepak2 kat situ. Selepas perarakan tu lalu, baru kami keluar dari klinik tu...ehehe...