Wednesday, January 12, 2005

sengsara....

Aduhai, untuk kali pertamanya malam tadi aku dapat asma@lelah@semput yang teruk. Actually aku baru dikenalpasti ada asma ni tahun lepas. Sebelum ni setakat sikit2 je.

Tapi malam tadi betul2 aku rasa teruk. Aku memang dah tak sihat je 3,4 hari ni. Aku dapat demam, batuk, selsema dan sakit kerongkong. Dah gi klinik pun. Hari isnin lepas aku dapat mc. Malam tadi aku tido awal. Around pukul 8 dah tido. Pukul 9 lebih aku terjaga dah. Rasa macam tak reti nak bernapas. Aku rasa sakit nak tarik napas melalui hidung. Rasa sempit je hidung aku. Pastu Try bernafas guna mulut lak. Rasa camtu gak. Aku rasa macam kurang oksigen di persekitaran aku. Aku rasa nak nangis, terpikir dalam kepala.."dah nak mati ke aku ni??" Takut woo... Aku tak reti nak buat apa, aku duduk. Bila duduk rasa ada kurang sikit. Pastu aku try tido. Tak leh lak. Lastly aku tido sambil duduk. Entah bila aku baring, aku pun tak sedo. Pastu pukul 2 lebih aku terjaga lagi. Rasa macam tadi balik. Aku duduk balik. Rasa insaf, rasa macam2...

Sepatutnya pagi ni aku kena tengok bebudak latihan sukan. Aku dah kena lantik jadi ketua guru rumah sukan (perempuan). Tapi dah malam tadi aku tak cukup tido, tambah lagi hari ni aku ada kelas awal, aku terpaksa menyimpan tenaga untuk mengajar nanti, maka aku terpaksa tidak menghadikan diri ke latihan sukan.

Hari ni aku boleh balik pukul 3.15 sebab aku ada kelas awal tadi. Ingat nak gi klinik lagi tapi malas le pulak. Malu aku kat doktor tu, asyik muka aku je dia nampak beberapa hari ni. Pagi tadi aku citer penyakit aku pada kawan aku yang keje doktor tu. Dia suruh aku gi klinik lagi dan beli "inhaler". Balik dari sekolah tadi terus gi bandar, pastu gi farmasi. Nak beli tapi tak reti jenis apa.Lastly tak beli pun.Aku gi bandar semata2 beli inhaler. Bila tak jadi beli aku masuk kedai alat tulis beli diari meja je.

La ni aku baru lepas mandi. Cepat je aku mandi. Aku rasa sejuk lak pepetang ni. Bayangkanlah pukul 4 petang aku rasa sejuk dah. Sket lagi aku kena pakai baju sejuk dan stokin. Sebelum ni aku bukan "penyejuk" punya orang. Aku jenis berkipas 24 jam. Tapi semenjak akahir2 ni dah berubah... emm dah tua kot aku ni..

Suara aku masih serak, sengau dan kasar. Sorang anak murid aku cakap, suara aku bukan macam Ella tapi dah macam suara Jamal Abdillah. Bior ler, suara jamal pun jamal la. Aku ngajar gak. Bukan senang nak dengar suara jamal abdillah mengajo sejarah ni..ehehe..

Ok lah yer. Jumpa lagi..

* rindu kat ramai orang la....





0 Comments:

Post a Comment

<< Home