Tuesday, October 26, 2004

jalan kaki @ marathon..huhu...

Hari ni aku cipta sejarah iaitu balik dari sekolah ke rumah dengan berjalan kaki sahaja. Aku pun tak sangka aku akan berjalan kaki balik rumah. Asalnya pemandu teksi aku aku call, tak dapat ambik aku hari ni sebab teksi rosak. Nak tumpang kawan2 pun, dorang tak lalu kawasan rumah aku. Biasanya Kak Tina lalu, tapi dia dah tukar jalan lain lak. So aku ingat nak balik naik teksi je. Masa aku berjalan kaki keluar dari kawasan sekolah ke jalan besar, Kak Saloma singgah, dia offer nak hantar aku balik. Aku malas la nak susahkan orang. Aku tolak elok2 sebab aku tau dia ada hal lain dan tak lalu kawasan rumah aku.

Masa tu lak, anak murid aku Muqram lalu. Dia kata Muqram ni tinggal di kampung berhampiran taman aku tu dan ada shortcut nak gi taman aku tu. Si Muqram ni biasa jalan kaki balik ke rumah. So aku ambik keputusan nak mengikut si Muqram ni berjalan kaki. Takut gak nak tunggu teksi, karang buatnya takde teksi nak singgah, aku jugak yang susah (sebab masa tu lagi setengah jam nak berbuka). Selain Muqram, ada anak murid aku yang lain iaitu Gafie dan Zuhaili. Ada 3 la bodyguard aku. Ehehe.. Di tengah jalan, jumpa lagi 3 orang anak murid perempuan aku. Fairuz, Mariana dan Alynah. Jadinya aku marathon bersama2 6 anak murid aku la petang ni..

Memula kami lalu sebuah taman perumahan.Pastu kena seberang titi lak. Ya Allah, titinya dhoif sangat. Papannya bersambung-sambung, Ada yang dah renggang. Ada yang dah patah. Aku jalan slow sangat atas titi tu. Sangat berhati-hati. Dah le hari ni terpakai kasut tumit tinggi sikit. Takut sangkut kasut lak..pastu takut papan ni patah je. Ehehe. Gafie cakap " Jangan takut cikgu, kukuh jugak jambatan ni" Ehehe muka aku nampak takut ke?? Wakakaka..Dorang rileks je seberang titi tu. Yelah, dah biasa.

Lepas lalu titi tu, lalu kawasan perkampungan lak. Lalu tepi rumah orang, bawah rumah orang. Petang ni ramai lak penduduk2 kampung tu khususnya belia2 dok lepak bawah rumah. Aku dengar dorang tanya "siapa tu??" . Pastu aku nampak sesuatu. Aku tertanya soalan bodoh kat anak murid "tu kubor ke??" Ehehe..kantoi lak, cikgu dia penakut...

Dah lalu kawasan kampung tu baru jumpa taman aku. Nasib baik ada penunjuk arah. Sampai rumah, baru aku rasa kaki aku sakit sangat. Jalan agak jauh pastu pakai kasut high heel lak. dengan beg sekolah lagi. Padan muka aku. Ehehe. Kalau aku tau nak jalan kaki hari ni, aku siapkan kasut sukan awai-awai..ehehe. Lepas berbuka call mak, citer balik rumah jalan kaki hari ni. Mak terkejut.Aku tau dia risaukan anak dara dia sorang ni. Aku gelak je. Emm lain kali aku malas dah jalan kaki. Bukan apa, aku seriau lalu titi dia. Lagi satu aku takut kena lalu kawasan kampung2 ni. Ye lah, aku orang asing. Aku tak kenal orang, orang pun tak kenal aku. Bahaya gak. Lain la ada teman atau anak2 murid aku. Dorang memang penduduk kampung tu. Anyway, hari ni aku lalui pengalaman yang menarik jugak la.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home