Friday, February 18, 2011

Tuhan Beri aku cinta...

Thursday, February 17, 2011

kembali...

rindu pada blog ini... tempat mencurah isi hati.. terlalu banyak yang ingin dikongsi.. namun..mampukah aku...

Friday, May 15, 2009

baru ingat....

Dah 2 tahun lebih blog ni bersawang...tak dijenguk... Bukan lupa tapi takde kesempatan dan takde kemudahan.. Sekarang dah ok....rindu nak menulis lagi.. Insyaallah kalau ada kesempatan...akan post new entry.. sabar la..

Friday, April 20, 2007

lagu..

Letak lagu je...

Lirik Izinku Pergi:

Sinaran mata
Cerita segalanya
Duka lara terpendam
Memori semalam

Tinggal segala cinta
Tiada kembalinya
Lama dikasih kita
Kau bawa bersama

Mimpi indah mekar
Saat cinta bersemi
Sedetik asmara syurga
Selamanya

Pergilah rinduku
Hilangkan dirimu
Tak sanggup menanggung
Derita dikalbuku

Pergilah sayangku
Bermula semula
Semangat cintaku
Membara kerana dia
Tiada niatku

Tersemat dijiwa
Setia bersamanya
Cinta murni berdua
Beribu teguhnya

Mimpi indah mekar
Saat cinta bersemi
Sedetik asmara syurga
Selamanya

Maafkan aku duhai kasih
Izinkan ku pergi

Saturday, April 07, 2007

Bila April...

April 2007

Dah hampir habis suku pertama untuk tahun ini. Aku semakin dapat menyesuaikankan diri dengan suasana baru di sekolah. Aku dah mulai rapat dengan beberapa orang guru kat sekolah aku. Kak Halimah, Diana, dan yang terbaru, Mas cikgu yang baru posting dan mejanya bersebelahan degan meja aku. Kawan-kawan aku jenis yang sama macam aku. Tak ambik tahu hal orang lain dan takde cerita pasal hal orang lain. Buat keje sendiri je dan biasanya berkongsi cerita mengenai keluarga masing2. Kak halimah sering bercerita mengenai anak "istimewanya" dan anak2nya yang lain. Hingga aku dah boleh tahu nama anak2nya termasuk nama bibiknya sekali. Ehehe.. Diana pulak sebaya dengan aku, dah berkeluarga dan berkongsi sakit gastrik dengan aku. Ehehe. kalau aku lambat makan, dia akan ingatkan suruh makan. Mas pulak aku baru je mengenalinya tapi aku simpati bila mendengar kisah kehidupannya. Ayahnya baru meninggal, tinggal berdua dengan maknya saja.Dia bukan dari golongan berada, maknya pulak tak berapa sihat. Aku jenis cepat kesian kat orang.

Dah 3 bulan lebih di sekolah baru, aku dah merasa jadi macam2 yang sebelum ini aku tak pernah pegang. Contohnya jadi juruacara majlis. Masa raptai majlis tu, suara aku mengeletar sampai cikgu2 lain mengusik aku. Dah memang aku tak reti. Nasib baik masa tu ada mentor. Selain tu, aku kena jadi jurupantun lak masa pesta pantun peringkat daerah. Aku , pantun pun dah lama tak dengar. Aku cakap dengan cikgu yang incharge pertandingan tu, aku tak reti, tapi dia jawab " yang tak reti tu la yang sepatutnya cuba'. Tak leh nak menolaknya. Nasib baik seorang kawan aku dah siapkan skripnya. Cuma baca ikut skrip je la. Siap kena berpantun bagai. Aku terpaksa la mengeluarkan bakat terpendam berpantun. Masa sekolah dulu jangan harap aku berpantun. Huhu! Dah la masa pertandingan pantun tu, aku tersalah baca skrip. Orang belum jual, aku dah suruh beli..ahaks! Panic jap masa tu. Baru-baru ni, aku kena jadi wakil gi mesyuarat lak. Sepatutnya penolong kanan tapi dia suh aku lak. Masa aku gi meeting tu, aku la yang yang paling muda di kalangan cikgu2 penolong kanan yang senior2 dan dah dekat nak pencen. perasan muda jap.Huhu! Duduk semeja dengan pegawai pendidikan Perak. Memula rasa macam melukut tepi gantang je. Tapi pengalaman yang berharga gak. Sekurang2nya aku jadi berani sket..

Aku masih blom masukkan tipon kat rumah aku. Tak tau la bila. Kalau hari sekolah, aku balik dah lambat. Jarang2 sangat aku sampai rumah pukul 2. Biasanya 3-4 ptg baru aku sampai rumah. Dah la tu, aku tak reti nak bawak kete sampai pekan teluk intan.Huhu! Nak tunggu keberanian datang. La ni aku dah kembo aku dah pindah rumah flat guru. Oklah rumahnya, tiga bilik. Tapi tingkat 3 la, takde lif..huhu..exercise...Semua yang duduk situ cikgu2 sekolah kembo aku dan kakitangan. Ehehe...selepas ini, pasti lebih ramai lagi yang tersilap antara aku dan twin aku. Semalam masa aku baru turun kete, ada sorang cikgu lelaki ni tanya pasal member dorang. Aku cakap, err tak tau.. Pastu baru dia perasan, dia telah tersilap orang. Ahaks! Aku senyum je..cakap.."takper.."

Sebelum ni duduk bawah asrama student, dok kat rumah warden. Masa dok kat rumah warden tu, aku dan twin aku tension dgn karenah student. Bising ya amat. Ada sekali 3 malam berturut2 aku tido lambat buat keje. Twin aku dah lama tido. Budak2 tu bising sangat. Dah pukul 1 malam masih bersembang. mesti kat sekolah esoknya ngantuk.Aku gerak twin aku, ngadu.."anak murid ko bising la,dorang tak tido lagi". Masa last day aku bermalam kat rumah warden tu, aku menyamar jadi kembo aku. Huhu..buat jahat. Aku kat luar rumah masa tu.Aku nampak ada budak tak gi prep lagi. dengan selambanya aku menyound " apasal tak gi prep lagi?" Mengeletar budak tu menjawab..huhu..pastu aku suh la dia gi. Mesti dia tak perasan sebenonya aku bukan cikgu @ twin aku...huhu...seronok lak menyakat. tapi rasanya tak salah kan?? kiranya aku menjalankan tanggungjawab sosial kan???

Sebelum terlupa, aku nak ucapkan terima kasih banyak2 la pada pengunjung blog ini yang setia membukaknya walaupun aku jarang2 update. Kesudian kalian membuka dan mebaca blog ini amat dihargai. Maaf yer, tak sempat nak update selalu. Insyaallah jika ada kesempatan lagi, aku tulis yer..

Sunday, March 25, 2007

Harapan

NI lagu yang aku suka nyanyi sekarang ni tapi selalu tak betul lirik..irama dia sedap...penyanyi dia Fazli Zainal...aku tak penting sangat sapa nyanyi..yg penting sedap..

Harapan..

Doaku agar kaukan selalu bahagia,
Agar kau temui insan tulus menyayangimu,
Lepaskanlah diriku kerna keredhaanmu,
Bukan kerna dendam jua bukan kerna kau terpaksa,

Ku tinggalkan memori bersamamu,
Kuundur diri bersama harapan.

Chorus :
Tidak kesampaian cinta kita,
Kubawa harapan kupendam rahsia,
Ku dikejauhan mendoakan,
Agar kau bahgia tiada lagi duka.
Daku rela mengundur diri,
Ku pasti dikaukan fahami …

Tiada penyesalan kasihku korbankan
Andai telah tertulis kuterima ini bukannya kupinta,
Oh pergilah dikau diiringi keikhlasanku,
Cuma pengalaman mengisi kekosongan mimpiku…

Saturday, February 24, 2007

sedar tak sedar...

Sedar tak sedar dah hampir dua bulan aku mengajar di semenanjung. Banyak perkara baru yang berlaku dalam masa dua bulan ni. Dan perkara-perkara ini memang amat memberi kesan kepada hiudp aku. Aku sedar dek kerana banyak perkara yang aku fikirkan akhir-akhir ni menyebabkan aku jadi pendiam dan aku lebih suka menyendiri Bukan aku tak suka bersama dengan keluarga tetapi aku nak menyorokkan perasaan aku yang tak best daripada pengetahuan mereka. Aku tak nak mak nampak muka aku monyok je. Mak aku lak jenis prihatin sangat2 dan jugak seorang yg perisau. Kadang2 masalah yang dihadapi oleh anak2, mak aku lak yang lebih nangisnya.Kembar aku lak, dah faham peranagai aku. Kalau aku ada masalah, aku akan jadi pendiam. Dia cakap dengan aku "kalau ada apa2 yang nak dibagitau, bagitau la. Tapi aku tak selesa bagitau dia sebab dia tak leh simpan rahsia. Dia sure akan cakap kat mak punya walaupun aku dah pesan jangan citer kat mak...selalu macam tu...

Pasal sekolah aku, aku cuba nak menyesuaikan diri degan suasana baru dan teman2 baru.Pada hakikatnya memang aku amat rindukan kawan-kawan kat sabah dan sekolah kat sabah. Rasa nak balik semula. Kat sekolah baru ni, aku rasa beban keje lebih banyak. Memang betul apa kawan2 yang dah balik awal ke semenanjung bagitau.dorang cakap kalau balik semenanjung lagi banyak keje. kadang2 aku balik rumah petang dah. Sibuk dengan mesyuarat, latihan sukan dan sebagainya. Aku asyik bandingkan budaya sekolah baru dengan sekolah lama. Jauh berbeza. Dari segi guru2, aku dah mesra sket dengan kawan2 kat sini. Anak2 murid lak, aku masih cuba memahami perangai dorang. Dulu aku ngajar menengah rendah, sekarang aku ngajar form 4 dan 5. Tentunya pendekatan perlu berbeza. Kadang2 aku rasa tension sangat ngajar budak2 yang nakal, tapi budak2 yang nakal ni biasanya lucu. Bila aku tengah marah, tengok gelagat dorang aku boleh senyum.

Pasal pemanduan aku, alhamdulillah dan semakin ok. Cuma pagi2 sebelum driving, perut aku rasa tak sedap..ini yang dinamakan kecut perut. Aku biasanya bertolak 6.40 pagi sebab sekolah aku kena sampai sebelum 7.20 pagi. Kalau pagi aku kena bawak slow sket sebab kadnag2 kabus tebal dan jalan tak beapa ok. Jalanya berombak2 sebab mungkin sebab tanah gambut. Setiap pagi aku lalu kawasan kampung, pastu kawasan paya yang takde rumah kat kiri kanan dan akan lalu kawasan sawah padi lak.Kadang2 ada kereta lalu lalang, kadang2 aku sorang je kat jalan. Macam 2,3 hari lepas, kabus tebal sangat sebab malam tu hujan. Aku lalu kawasan berkabus tebal. Takde satu kete pun lalu. jauh lak tu ....Aku ni imaginasi tinggi sket....dalam kepala dah terfikir..aku ni masuk kawasan orang bunian lak ke?? Huhu... Kalau balik sekolah, aku laju sket sebab dah penat. Err laju banyak kot..kadang2 aku bawak 90km/j. Kadang2 terlebih 100 km/j. Huhu...Sampai kawan2 twin aku report kat twin aku bawak kete laju. Tangan aku dah hitam sebab pegang stereng tiap hari dalam cuaca panas.

Kat rumah twin aku takde line telefon. Tu yang susah aku nak online. Kena tunggu balik rumah mak, tu pun kadang2 tak sempat nak online. Memang tak dinafikan, aku sunyi bila tak online. Aku dah biasa ada talian internet masa kat sabah.time aku rasa sedih ke, tension ke, aku suka online, banyak la apa2 tak pun bersembang dengan kawan-kawan. Secara tak lansung dapat mengurangkan tension aku, Bila takde internet, rasa ada kekurangan dalam hidup lak. Hari tu aku dah aplly fixed line tapi ada masalah sket so postpone dulu. Twin aku cadang nak duduk flat lak. Luas sket. Rumah kami sekarang ialah rumah warden yang terletak kat bawah asrama. Bising sket. Maklum la asrama. Ehehe kadan2 aku rasa best lak bila duduk degan twin aku. Kawan2 twin dan anak2 murid dia selalu tersalah orang. Dorang tak leh cam mana satu twin dan aku, Kalau berlaku masalah salah orang, aku senyum je. Macam tadi, aku gi beli makanan kat luar. Ada seorang jejaka dari jauh dahs enyum kat aku. Aku dah agak dah, ni mesti cikgu sekolah twin aku. Aku senyum balik dan aku pandang tempat lain utk elak dia tanya apa (kot dia ingat twin aku). Muka dia hairan je tgk aku..ehehe sure dia ingat twin aku sombong ...kebanyakan kawan2 twin aku tau kembar tapi dorang tak pernah tengok aku face to face terutama cikgu lelaki.

Oklah, stop dulu..nanti kalau ada kesempatan aku tulis lagi..Pasal hati dan perasaan kadang2 ok, kadang2 tak ok.Aku dah malas nak fikir banyak2. Memenatkan je. Cuma aku harap aku sentiasa tenang dalam menempuh apa jua masalah.

sedar tak sedar...

sedar tak sedar dah hampir dua bulan aku mengajar di semenanjung. Banyak perkara baru yang berlaku dalam masa dua bulan ni. Dan perkara-perkara ini memang amat memberi kesan kepada hiudp aku. Aku sedar dek kerana banyak perkara yang aku fikirkan akhir-akhir ni menyebabkan aku jadi pendiam dan aku lebih suka menyendiri Bukan aku tak suka bersama dengan keluarga tetapi aku nak menyorokkan perasaan aku yang tak best daripada pengetahuan mereka. Aku tak nak mak nampak muka aku monyok je. Mak aku lak jenis prihatin sangat2 dan jugak seorang yg perisau. Kadang2 masalah yang dihadapi oleh anak2, mak aku lak yang lebih nangisnya.Kembar aku lak, dah faham peranagai aku. Kalau aku ada masalah, aku akan jadi pendiam. Dia cakap dengan aku "kalau ada apa2 yang nak dibagitau, bagitau la. Tapi aku tak selesa bagitau dia sebab dia tak leh simpan rahsia. Dia sure akan cakap kat mak punya walaupun aku dah pesan jangan citer kat mak...selalu macam tu...
Pasal sekolah aku, aku cuba nak menyesuaikan diri degan suasana baru dan teman2 baru.Pada hakikatnya memang aku amat rindukan kawan-kawan kat sabah dan sekolah kat sabah. Rasa nak balik semula. Kat sekolah baru ni, aku rasa beban keje lebih banyak. Memang betul apa kawan2 yang dah balik awal ke semenanjung bagitau.dorang cakap kalau balik semenanjung lagi banyak keje. kadang2 aku balik rumah petang dah. Sibuk dengan mesyuarat, latihan sukan dan sebagainya. Aku asyik bandingkan budaya sekolah baru dengan sekolah lama. Jauh berbeza. Dari segi guru2, aku dah mesra sket dengan kawan2 kat sini. Anak2 murid lak, aku masih cuba memahami perangai dorang. Dulu aku ngajar menengah rendah, sekarang aku ngajar form 4 dan 5. Tentunya pendekatan perlu berbeza. Kadang2 aku rasa tension sangat ngajar budak2 yang nakal, tapi budak2 yang nakal ni biasanya lucu. Bila aku tengah marah, tengok gelagat dorang aku boleh senyum.
Pasal pemanduan aku, alhamdulillah dan semakin ok. Cuma pagi2 sebelum driving, perut aku rasa tak sedap..ini yang dinamakan kecut perut. Aku biasanya bertolak 6.40 pagi sebab sekolah aku kena sampai sebelum 7.20 pagi. Kalau pagi aku kena bawak slow sket sebab kadnag2 kabus tebal dan jalan tak beapa ok. Jalanya berombak2 sebab mungkin sebab tanah gambut. Setiap pagi aku lalu kawasan kampung, pastu kawasan paya yang takde rumah kat kiri kanan dan akan lalu kawasan sawah padi lak.Kadang2 ada kereta lalu lalang, kadang2 aku sorang je kat jalan. Macam 2,3 hari lepas, kabus tebal sangat sebab malam tu hujan. Aku lalu kawasan berkabus tebal. Takde satu kete pun lalu. jauh lak tu ....Aku ni imaginasi tinggi sket....dalam kepala dah terfikir..aku ni masuk kawasan orang bunian lak ke?? Huhu... Kalau balik sekolah, aku laju sket sebab dah penat. Err laju banyak kot..kadang2 aku bawak 90km/j. Kadang2 terlebih 100 km/j. Huhu...Sampai kawan2 twin aku report kat twin aku bawak kete laju. Tangan aku dah hitam sebab pegang stereng tiap hari dalam cuaca panas.
Kat rumah twin aku takde line telefon. Tu yang susah aku nak online. Kena tunggu balik rumah mak, tu pun kadang2 tak sempat nak online. Memang tak dinafikan, aku sunyi bila tak online. Aku dah biasa ada talian internet masa kat sabah.time aku rasa sedih ke, tension ke, aku suka online, banyak la apa2 tak pun bersembang dengan kawan-kawan. Secara tak lansung dapat mengurangkan tension aku, Bila takde internet, rasa ada kekurangan dalam hidup lak. Hari tu aku dah aplly fixed line tapi ada masalah sket so postpone dulu. Twin aku cadang nak duduk flat lak. Luas sket. Rumah kami sekarang ialah rumah warden yang terletak kat bawah asrama. Bising sket. Maklum la asrama. Ehehe kadan2 aku rasa best lak bila duduk degan twin aku. Kawan2 twin dan anak2 murid dia selalu tersalah orang. Dorang tak leh cam mana satu twin dan aku, Kalau berlaku masalah salah orang, aku senyum je. Macam tadi, aku gi beli makanan kat luar. Ada seorang jejaka dari jauh dahs enyum kat aku. Aku dah agak dah, ni emsti cikgu sekolah twin aku. Aku senyum balik dan aku pandang tempat lain utk elak dia tanya apa (kot dia ingat twin aku). Muka dia hairan je tgk aku..ehehe sure dia ingat twin aku sombong ...kebanyakan kawan2 twin aku tau kembar tapi dorang tak pernah tengok aku face to face terutama cikgu lelaki.

Oklah, stop dulu..nanti kalau ada kesempatan aku tulis lagi..Pasal hati dan perasaan kadang2 ok, kadang2 tak ok.Aku dah malas nak fikir banyak2. Memenatkan je. Cuma aku harap aku sentiasa tenang dalam menempuh apa jua masalah.

Saturday, January 20, 2007

2007..1428

Assalamualaikum...

Bertemu lagi di tahun 2007 Masihi dan 1428 Hijrah. Dah 20 Hari berada di tahun 2007 dan 24 hari aku balik dari Sabah. Banyak benda yang berlaku dalam hidup aku sepanjang 24 hari ini. Bila balik dari Sabah, sebenarnya perjalanan hidup aku banyak berubah. Perubahan yang agak mendadak dan memberi impak yang besar hingga menyebabkan aku rasa agak tertekan sejak akhir-akhir ini.Mungkin orang lain rasa perubahan aku ni kecil je tapi entah la.Aku bersyukur dah dapat balik semenanjung dan duduk dekat mak abah. Aku boleh jenguk mak abah aku sekarang ni seminggu sekali berbanding dulu2 3 bulan sekali. Tapi ada perkara yang aku belum dapat biasakan diri lagi. Citernya..

Sekolah aku yang baru ni terletak hampir 57km dari rumah mak abah aku. Hari pertama sekolah (3 januari) Aku dan twin bertolak dari rumah 6.30 pagi. sampai sana dekat 7.30 gak la. Pagi2 tak boleh laju sebab jalan kampung. Pagi2 ada pakcik baru balik semayang subuh, ada budak2 sekolah bawak moto, ada penunggang moto yang takde lampu. So kena berhati2 la. Hari pertama kat sekolah, pengetua tunjuk muka moody kat aku dan telah menyound aku. Aku ni sampai2 sekolah terus la jumpa dia, tengok2 dapat sambutannya dingin. Soalan pertama dia "kenapa tak datang meeting?"Aku cakap aku baru balik dari sabah. Aku rasa aku tak bersalah sebab urusan pertukaran aku ke negeri Perak berkuatkuasa 1 januari 2007. Maksudnya sebelum tarikh itu aku masih dibawah pentadbiran negeri Sabah. Itu telah termaktub dalam surat pertukaran aku. Bila dah beberapa minggu kat sekolah tu, baru aku tahu, pengetua aku jenis camtu. Dia baru lagi jadi pengetua kat situ, seorang wanita. Aku dah faham cara kerja pengetua wanita...cerewet..Aku lupa cite, sekolah baru aku ni ialah sekolah aku masa form1-3. Sekolah ni sekolah harian biasa. Masa tu aku masuk kelas aliran khas agama. Kire kelas spesel yang ambik bahasa arab. Aku dok asrama. Ada asrama desa. Masa aku sekolah tu, aku rasa suasananya sedih je...agaknya sampai sekarang aku terbawak-bawak rasa sedih. Kat sekolah tu aku mula belajar berpisah dengan keluarga, berpisah degan mak, berdikari sendiri dan sebagainya.

Aku kena ngajar pagi, Ajar subjek sejarah form 4, sivik form 3 dan 3M untuk form 4 dan 5. 3M tu macam kelas pemulihan la untuk budak2 yang lemah. Tension aku nak ajor apa kat bebudak tu. Aku tak pernah ajar subjek tu dan aku kena kuasai dulu sebelum ajar. Selain tu, aku juga jadi guru kelas untuk form4 yang ternakal. Janis tak makan saman. Sekolah baru aku ni adalah sekolah kampung. Kebanyakan pelajar adalah anak petani dan pekebun. Ada orang asli gak. Tapi tak ramai. Tapi budak asli ni ok, tak nakal. dorang spesis yang pemalu dan tak banyak bercakap. Yang taiko ni ialah budak2 melayu yang malas nak gi sekolah dan rasa gi sekolah takde tujuan. Baru 3 minggu kat situ, aku dah boleh kenal perangai anak2 tiri yang aku jaga tuh. Aku rasa situasi ini amat berbeza degan pelajar sekolah lama aku. Kat sana memang ada students aku yang nakal, tapi aku boleh kontrol lagi. Yang ni lain macam sket caranya...

Cikgu-cikgu kat sekolah baru ada yang ok dan ada yang tak ok. Cuma aku rasa hubungan cikgu sesama cikgu kat sekolah ni tak serapat seperti sekolah aku kat sabah dulu. Ni bukan kes aku. Aku tengok ckgu2 lain la. Aku dah memang orang baru semestinya takde geng lagi. Dorang ada group masing2 ikut seniority. Kalau ketua bidang tu tak bergaul sangat dengan cikgu biasa. Sekolah lama aku, tak kira siapa semuanya rapat walaupun dengan cikgu cina. Kitaorang boleh bergurau senda dan makan sama-sama. Aku dan kawan2 aku dulu boleh makan semeja dengan pengetua tanpa rasa kekok. Boleh bincang masalah sekolah di meja makan. Dengan kerani pun nampak takde hubungan rapat. Banyak bezanya budaya sekolah ni dengan sekolah lama aku.

Antara perkara yang menambahkan tekanan aku ialah mengenai cara nak pegi sekolah. Buat masa sekarang ni aku duduk kat quaters sekolah twin aku. Dari sekolah twin aku tu, perjalanan ke sekolah aku hampir 20 minit naik kete. Mnggu pertama dulu twin aku hantar dan ambik aku. Sebenarnya agak susah sebab twin aku hantar aku dulu pastu patah balik ke sekolah dia. Pastu ambik aku tengahari dan patah balik sekolah dia. Satu hari perjalanan pegi balik dekat2 100km. Pastu minggu kedua, aku tumpang cikgu yang duduk area sekolah twin aku. Aku tak berani nak drive lagi. Hari tu aku try drive, twin aku kat sebelah. Perjalanan ke sekolah agak mencabar sebab dari rumah twin ke sekolah aku jalan lengang sket. Ada satu kawasan tu lansung takde rumah kiri kanan. Yang ada hanya paya. Pastu lalu kawasan sawah padi lak. Kiri kanan tali air. jalannya luas gak la cuma beralun-alun sebab tanah lembut. Lepastu simpang, mula sibuk lak dengan budak2 sekolah yang bawak moto tanpa lesen, yang takde lampu dll.

Aku ni jenis buat keputusan on the spot. Hari tu aku gi cari rumah sewa kat area sekolah. Tepi pagar sekolah je kawasan rumah tu. Aku terus cakap setuju je kat tuan rumah. Aku dah bayar pun down payment utk dua bulan dan aku dah ambik kunci awal bulan 1 dulu. sewanya rm 180 sebulan. Kalau aku duduk sana, kena duduk sorang lak. Aku pun tak buat keputusan lagi camna. Aku ingat tak nak menyusahkan orang hantar ambik aku, pada masa yang sama aku rasa tak best nak duduk sorang2 lak. Lagi satu aku kesian kat twin aku. Aku rasa macam dia terpaksa je duduk kat kuaters tu sebab sebelum aku balik dari saba, dia berulang alik dari rumah mak setiap hari. Dia la yang teman mak abah aku, tolong mak abah buat keje rumah. Bla aku balik sini, sian mak aku takde penolong dah. Tu yang aku pening sekarang ni...tak tau nak buat keputusan..nak berulang dari rumah mak, aku rasa agak sukar. sekolah aku kena sampai sebelum 7.20 pagi. Apa kehenya masuk awal bebenor...?? Lagipun aku jenis yang tak suka rushing. Nanti buatnya aku terbangun lambat ke, apa ke..kan susah lak..Sampai saat ni aku tak buat apa2 keputusan...

Ditambah lagi, pada masa yang sama, di awal tahun ni hingga sekarang ni, aku ada masalah dalam hubungan dengan yang tersayang. Kejap kami ok, kejap tak ok. Kejap aku tenang, kejap aku nangis. Kejap aku tabah, kejap aku tak. Hingga twin aku perasan aku ni bermasalah sebab aku selalu termenung dan aku banyak diam je. Kalau malam2 aku selalu tido awal. Masa 1st week aku balik rumah jumpa mak, masa salam dan peluk mak aku nangis. Mak aku tanya "kenapa nangis ni??" Aku geleng2kan kepala je. Aku rasa berat masalah yang aku lalui semua ni.Tapi aku tak cakap dengan mak atau twin aku. Aku tak nak mak bimbang pasal aku. Mak aku ingat aku nangis sebab sekolah aku tak best....

Aku doa semoga tahun baru ini, perjalanan hiudp aku lancar, dipermudahkan Allah, diberi ketenangan, diberi kekuatan dan diberi kebahagiaan oleh Allah...Ameen Ya Rabb..

Doa Akhir tahun..

Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.

Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.

Doa awal tahun..

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

Sunday, December 24, 2006

Dalam 5,6 minggu kebelakangan ni aku sibuk sangat. Agendanya bersambung-sambung.
Aku memang nak tulis blog ni tapi tak tahu nak tulis mana satu.Ringkasannya mengikut kronologi.

Awal november- Sibuk berusan dengan kementerian pelajaran, jabatan pelajaran sabah dan perak sebab orang lain semua dah dapat tau status pertukaran. Aku punya status kat laman web kementerian tulis camni " BORANG ANDA BELUM DITERIMA.SILA HUBUNGI PEJABAT PELAJARAN SABAH". Camna aku tak gelabah padahal memang aku dah semak borang aku dah sampai sebelum tu. Pastu dapat call kementerian. Dorang cakap dah diluluskan. Aku nak tanya mcm2, kerani tu dah letak. tak sampai 2 minit dia jawab panggilan. Dah la nak dapat cakap tu bukan main susah.

pertengahan Nov- aku balik semenanjung sebab adik lelaki kawin. Tak dpt uruskan citer pertukaran atau bawak balik brg sebab surat tak sampai lagi.Kat semenanjung aku sibuk uruskan beli kete. Dah la aku punya dokumen semua tinggal sabah.(salah aku gak) pastu sibuk la suh kerani poskan dan faxkan memacam. Kejadian lain, seseorang yang aku sayangi accident. Dia pengasuh aku dan adik2 dari lahir sampai sblm masuk sekolah. DIa macam mak angkat aku dan adik beradik. DIa koma, kat ICU. Pendarahan otak. 2 hari sebelum adik aku kawin, dia meninggal. Aku sedih sangat.

Awal disember- Aku call jabatan pelajaran perak. Dorang kata akud aoat posting ke daerah yang agak jauhd ari rumah aku. Aku call byk kali dan kalau boleh aku nak duduk dgn mak abah. Aku dah lama merantau. Aku nak jaga mak dan abah. Bayangkan dari form 1 aku dok asrama sampai la keje. Berapa la masa yang aku dah spend dengan mereka. Aku sibuk lak buat surat rayuan. Pastu aku jadi sedih...2,3hari aku diam je kat rumah.

Pastu Adik aku kawin lak.Sejak balik hari tu sibuk dgn urusan kenduri kawin dia. Dia yang kawin tapi yg sibuknya ialah mak, kembar aku dan aku. Emm lelaki kan..dia tau dah siap je semua. Tapi alhamdulillah majlis berjalan lancar walaupun sebekum tu mak aku risau sangat tak cukup makanan sebab org ramai sangat.

Pertengahan Disember- Aku balik sabah untuk uruskan barang2. Isnin- Rabu aku dok ulangalik sekolah - pejabat pelajaran tawau - sekolah utk hantar borang mengenai perpindahan (urusan kontena) Pengetua lak cuti. Aku terpaksa call penolong kanan suh datang sekolah untuk sain surat aku. Aku keluar rumah pagi, balik rumah dah petang.

Akhir disember- Hari ni barang2 aku masuk kontena dan akan belayar ke semenanjung. Dblm ni sibuk packing brg. Tu pasal hari ni aku cuba gak cari masak tulis blog sebab jap lagi dorang sampai pc aku ni akan belayar dulu. Aku balik senanjung minggu depan.

Penutup- aku penat sangat. Tapi apapun aku happy sebab dah dapat tukar. Thanks pada kawan2 yang sering bagi semangat dan doakan aku. Pasni kalau semua dah aok..aku citer lak pasal kehidupan di sekolah baru aku..

p/s Aku sedih gak nak tinggalkan sabah. Bila aku kat sini, banyak pengalaman suka duka yang aku dapat. Pengalaman berharga ialah, bila aku di sini, ia menjadikan aku lebih kuat dan tabah. Selamat tinggal Sabah Negeri Bawah Bayu..satu hari nanti aku akan datang gak..mana tau utk honeymoon ke...cis..sempatt lagi berangan tu...

Udah dulu ya...jap lagi nak masuk kotak dah pc ni...Daaaaa...

Monday, November 13, 2006

9 11 sebuah entry yang terlewat..

9 Novermber lalu adalah hari lahir aku dan kembar aku yang ke 29. Actually aku jenis tak sambut besday besar-besaran. Biasanya family dan kawan2 aku wish je. Cuma masa study dulu je kawan2 ada buat suprise masa besday aku. Seawal 12.01 minit pagi dah ada orang yang wish happy birthday kat aku. Ehehe. Masa tu aku tengah tido.Rasa terharu lak sebab orang ingat besday aku. Pagi tu, kul 6.00 lebih aku call twin aku. Ehehe dia tengah tido lagi. Wish besday dalam dia mamai lagi. Kalau sebelum ini, hari-hari ku agak mendung, tapi di hari jadi aku ni, aku rasa lebih bersemangat dan rasa lebih ceria. Hari khamis tu aku gi sekolah pagi sebab ada majlis Hari Anugerah. Hari ni aku pakai baju yang aku rasa lawa sikit dan sebelum gi sekolah tu, datang mood nak bersolek. Huhuhu..selalunya aku gi sekolah simple je. Pakai lipstik je. Tapi hari ni extra sket. Perasan lawa lak. Ahaks! Dalam teksi, aku bagitau Kak N, "today is my birthday" (dengan kak N ni speaking sebab dia cikgu BI) Dia wish kat aku mcm2 siap nyanyi lagu hepi besday lagi..selamba je dia nyanyi dlm teksi...:D

Kat sekolah, kak Tina lak tegur aku. Dia kata hari ni nak tengok samada muka aku hepi ke sedih. Aku senyum je. Aku cakap la "hari ni saya hepi sebab hari ni hari jadi saya." Dia dan kengkawan lain pun wish dan nyanyi lagik. Bertambah lebar senyuman aku..ehehe...

Pastu mak aku call lak...wish kat aku. Abang aku jugak ada sms. Cuma adik aku je yang terlupa...huhu.. Kawan2 aku pun ada yang sms dan kasi msg kat ym dan juga e-group sekolah aku. Insan teristimewa wish thru call dan sms "wishing you happy birthday and hope our relation akan lebih kukuh, love u very much, u light up my life dear". Aku dok tersengih sorang-sorang.

Balik dari sekolah, aku terus gi bandar. Bayar bill hp. Pastu gi lunch. Makan sorang2 je. Sempena besday aku, aku telah membelanjakan diri sendiri. Ala makan nasik je cuma hari ni aku makan abc lak. (sepatutnya aku tak boleh makan benda sejuk sebab aku baru baik dari sakit tekak dan masih batuk, tapi diteringinkan aku belasah je)

Emm...29 tahun.Tak sampai 2 bulan lagi, angka tu akan bertukar ke 30. Aku sedar, aku makin berusia. Aku bukan lagi remaja. Aku sedar tentang semua yang di hadapan aku nanti.Semoga aku lebih tabah, kuat, dan di permudahkan oleh Allah dalam setiap urusan. Dan semoga hari-hari mendatang akan membawa kebahagiaan buat aku dan kembar aku..

Saturday, November 04, 2006

menghitung hari..

Assalamualaikum..

Dah hampir seminggu aku balik dari semenanjung. Macam dah lama je aku balik sini. Mungkin sebab aku banyak menghitung hari. Banyak benda dan perkara yang aku sering hitung hari. Antaranya ialah mengenai keputusan pertukaran aku ke semenanjung. Dorang kata bulan 11 ni akan keluar keputusan tu. Aku memang harap sangat aku dapat tukar balik semanjung. Aku rasa dah tak mampu lagi duduk kat sini. Dah 4 tahun aku bersabar. Nak kata tak berusaha mintak, aku dah apply masuk kali ni 3 kali. Nak kata tak guna cabel, dah try cuma mungkin belum ada rezeki. Dulu2 aku bersabar..aku cakap dengan hati aku ala, 4 tahun kejap je. Sekarang bila dah 4 tahun, aku tunggu saat itu. Aku dah hilang semangat untuk tinggal lama lagi di sini.

Selama 4 tahun kesabaran aku sering berada di tahap paling maksima. Aduhai kementerian pendidikan....
Tolonglah luluskan permohonan aku....aku dah korbankan segalanya untuk negara dan bangsa selama 4 tahun di sini. Aku korbankan masa untuk bersama dengan keluarga, dengan mak dan abah yang semakin tua. Aku korbankan perasaankan rindu dendam aku pada keluarga. Aku korbankan pendapatan aku untuk beli tiket flight untuk balik jenguk keluarga dan untuk telefon mereka. Aku korbankan segala perasaan takut, bimbang, dan keselamatan diri aku sendiri bila aku tinggal sendirian di sini. Kalau bukan kerana tugas, dah lama aku cabut balik camtu je. Kalau dihitung berapa titis airmata aku yang jatuh sepanjang aku berada di sini, mungkin tak terhitung dah.

Aku terus jugak berkhidmat walaupun kedatangan aku ke Sabah ini adalah secara "paksa rela". Apa lah hak aku untuk menidakkan penempatan yang telah diarahkan oleh kementerian kerana ini adalah periuk nasik aku. Walaupun kedatangan aku ke sini adalah seperti terpaksa namun aku tetap jalankan tugas sebaik mungkin. Walaupun sedih berjauhan dengan keluarga, aku cuba mengajar dengan sempurna demi anak bangsa dan negara. Aku cuba buangkan segala rasa sedih bila bersama dengan pelajar. Bila masuk ke kelas, aku cuba mengukirkan senyuman jugak untuk anak-anak murid aku. Aku cuba juga sedaya upaya menyampaikan segala ilmu kepada anak murid walaupun hati tidak bahagia. Aku tidak pernah untuk mengabaikan tugas kerana "ketidakbahagiaan" aku kerana aku sedar tentang tanggungjawab aku.

Walaupun aku berada dalam keadaan tertekan, aku tetap mengajar juga. Pernah 2 kali aku mengajar sambil airmata aku bergenang dan airnya jatuh. Pertama, apabila aku dapat sms dari abang aku cakap mak aku didetect untuk pertama kali dapat sakit kencing manis dan tahap gulanya amat tinggi. Sebelum tu mak aku takde sakit tu. Masa tu aku dah nak masuk kelas. Aku sempat call mak aku kejap dan lepas tu masuk kelas seperti biasa. Aku mengajar seperti yang dirancang. Tapi sambil aku mengajar, airmata aku bergenang dan aku pusing badan aku mengadap papan putih dan cuba menulis sesuatu untuk mengelakkan anak2 murid aku nampak kesedihan aku. Betapa aku risaukan keadaan mak aku sebab aku risau mak aku kene tahan kat wad. Aku cuba selindungkan wajah muram dari pengetahuan anak2 murid. Aku mintak excuse nak gi toilet. Kt toilet aku nangis. Tapi bila masuk kelas balik, mata aku merah. Ada 2 orang pelajar yang paling depan mungkin sedar aku menangis. Masa aku kasi keje kat dorang, salah sorang pelajar aku tanya "kenapa cikgu menangis?" Aku cakap takde apa-apa. Bila aku nak keluar kelas, sorang lagi pelajar cakap dengan aku "semoga cikgu ceria selalu". Terharunya aku...Kali kedua aku mengajar sambil menangis ialah bila ia melibatkan perasaan aku dan melibatkan insan yang aku pernah sayang.

Aku meluahkan semua ini bukan kerana aku tidak ikhlas mengajar. Aku sedar, aku dibayar gaji untuk semua itu. Tapi apa yang ingin aku sampaikan ialah aku dah lakukan semua untuk tugas aku, aku hanya harapkan pengertian pihak-pihak berkenaan supaya meluluskan permhonan aku. Aku dah tulis dalam borang pertukaran dan surat rasmi yang dikepilkan dulu sebab pertukaran aku ialah ingin menjaga ibu bapa yang sudah tua dan juga kerana faktor keselamatan diri. Aku juga beritahu tentang tekanan perasaan yang aku hadapi bila terpaksa tinggal sendirian. (aku tulis camtu dalam surat rasmi. lantak la orang nak kata apa, yang penting maksud aku jelas)


* Kepada kawan-kawan, tolong doakan untuk saya yer...

citer perjalanan balik raya..

Kalo citer pasal raya, takde apa yang menarik untuk aku tuliskan. Bila dah dewasa ni, raya semakin kurang meriah. aku nak citer pasal balik raya dulu.

Aku bertolak dari sini 9.00 malam. Aku takde member balik. Lone ranger je. Dalam flight aku tido je. Sebelah aku takde orang. Selang satu sit aku lelaki cina. Sampai lcct dan 11.45 camtu. Lepas ambik beg dan 12 lebih. Ambik teksi gi terminal MAS lak sebab aku nak naik bas ke ipoh keesokan harinya dari klia. Aku malas nak tunggu kat lcct. Ramai orang dan tempat yg kecik. Nak gi toilet pun beratur. Surau pun kecik je. tempat makan cuma ada 3 je.Orangnya ramai. Tambang teksi..jangan cakap la..double sebab dah 12 lebih.

Kat klia aku sembahyang isyak dulu. Ingat nak stay dalam surau dia. Tapi sejuk sangat lak.
Aku pun jalan-jalan la cari kerusi kat luar. Tapi kerusi penuh. Ramai yang baring. Suasana kat klia sunyi je. Ramai orang dah tido. Aku pun slow tarik beg aku supaya tak ganggu orang tido. beg aku berat gak, siap bunyik krik..krik... Lastly aku gi makan kat KFC. makan slow-slow je. Lepas makan round lagi kot ada bangku kosong tapi mcm takde. Aku gi surau balik. Ada 4,5 orang dalam tu. Mula2 aku duduk je sandar kat dinding tapi lama-lama aku rasa ngantuk lak. Ambik sejadah dah lapik, baring. Aku lena kejap je. Lepas tu jaga balik. Sejuk ya amat. Aku tengok ada sorang budak pompuan ni elok je tido berbalut telekung, lena je tido sejak aku masuk sembahyang isyak tadi. Pastu pukul 4 lebih aku keluar balik.
Tengok ada kerusi kosong dekat2 area surau. Tak lama lepas tu ada budak pompuan datang duduk dekat aku. Budak kelantan yang study kat surabaya. Ramah budak tu, citer pasal pengalaman kat sana. Kami sembang sampai nak masuk subuh.Dipendekkan citer, 9.30 baru bas aku bertolak ke ipoh. Adei...jalan jammed teruk sangat. Kat jalan lurus pun jammed. sampai ipoh lambat dah. Pastu aku ambik teksi lak untuk ke rumah aku.

Sempat berpuasa kat rumah 3 hari. Kira oklah. Cuma tahun ni raya kurang meriah sebab abang aku dan familynya tak balik raya. dia beraya kat rumah mertua dia. Raya pertama tu aku tak gi jalan mana-mana. Orang je datang rumah aku. Ambik tender biasa la. Basuh pingan mangkuk.Petang raya pertama hujan lebat sangat. Sib baik tak banjir je. Air longkong dah melimpah ruah. Raya kedua dan ketiga baru aku keluar beraya.
Camtu la citer raya aku yang simple..

Sunday, October 15, 2006

chef tak_terungkap (TT)

2 hari cuti ni, aku rasa macam free je, padahal paper exam blom abis semak. Mentang-mentang paper aku objektif je. Semalam aku gi pasar. Beli barang-barang dapur. penuh tangan aku semalam. Ingat nak beli sikit je. Tapi entah camana terbeli lak. Aku beli keropok2 nak bawak balik semenanjung (takde dalam list), pastu gi beli daging (cadang nak masak rendang), beli sayur, beli jagung dan beli buah honey dew. Tak ke berat tu..ehehe...

Balik rumah, aku menyapu kemas2 rumah sket. Dan pastu bum...tido. Petang tu ingat nak masak rendang tapi keje rendang ni leceh sket. Daging tak potong lagi. So tukar menu masak nasik ayam simple. Semalam aku takde beli ayam fresh, goreng ayam yang ready made je. Pastu aku buat sup sayur dan rebus telur masin. Huhuhu...caca merba je menu aku ni. Buat bubur jagung. Pastu aku potong buah honeydew (simpan dalam peti ais) Pastu rebus air barli. Sepanjang aku berpuasa sorang-sorang,semalam la aku paling mewah dengan makanan. Selalunya menu aku simple je, ada lauk dan sayur..selamat...Hari ni masak rendang daging lak. Ehehe blom raya dah masak rendang.

Resepi nasik aku..ni aku tengok ex-housemate aku yang buat, aku belajar dari dia. Ada rasa nasik minyak sket. Aku pernah masak sekali kat rumah (kampung), mak aku cakap makan begitu saja pun sedap...(mcm iklan roti gardenia je) ehehe..

Nasi

Beras (ikut suka la)
bawang putih (blender)
halia (blender)
daun pandan
kulit kayu manis
bunga lawang
buah pelaga
serbuk kunyit (sikit je)
stok ayam/pati ayam/kiub pati ayam (aku letak satu kiub je smlm)

* aku tak reti nak bagi sukatan, ikut sedap tangan je...ehehe

Cara-cara masak

Tumis bawang putih dan halia yang diblander dulu. pastu masukkan daun pandan, bunga lawang, kulit kayu manis dan buah pelaga dan sedikit serbuk kunyit (nak kasi warna je). Lepas dah garing, padam api. Masukkan beras dan kacau2 sket dan masukkan air (macam masak nasik biasa).Kalau ada stok ayam masukkan la)kalau takde guna kiub/pati ayam je) Pastu taruk garam. Dan masak seperti biasa dalam rice cooker.

Ayam

Housemate dulu buat camni. Ayam tu rebus (masa buat sup tu) kemudian keluarkan dari sup tu dan dilumurkan dengan sos tiram dan kicap sket dan goreng..taraaa...dah siap...

* semalam tak buat sambal..

Bubur jagung..

-Jagung diambil isi (dihiris)-kalau beli jagung dalam tin pun boleh cuma blender sikit supaya tak sebijik-sebijik. Tapi blender kejap je, jgn sampai halus.
-daun pandan
-santan
-gula pasir
-garam (secubit je utk kasi rasa lemak santan)

Cara masak

Jagung tu rebus dengan air (kalau jagung dalam tin tak payah rebus dah sebab dia dah masak). Bila dah masak, masukkan santan, daun pandan dan gula. Dan tunggu mendidih. Dah siap utk dimakan..

Wednesday, October 11, 2006

eksperimen di bulan puasa (22 tahun yang lalu)

Masa : Bulan Puasa tahun 1984
Tempat : Bawah rumah, di kampung tercinta

Masa aku umur 7 tahun, aku dah mula puasa. Walaupun payah, aku cuba gak puasa dan aku tak pernah curi-curi minum air paip pun masa tu. Kire aku budak baik ler.. ehehe..

Masa tu aku masih tinggal kat kampung lagi. Rumah kampung kat Perak biasanya tinggi-tinggi. Bawah rumahnya boleh lalu lalang lagi. Dan biasanya kat bawah rumah kampung ni ada bilik air, ada pangkin tempat lepak-lepak, boleh letak kete, moto, basikal dan sebagainya la.Cuaca bulan puasa lak semangnya panas ya amat. Masa tu tengahari, baru balik sekolah. Adik beradik aku dan mak aku semuanya pengsan (tido) sebab kami baru je balik dari sekolah. Mula2 aku try tido kat atas (dalam rumah) dengan dorang semua. Tapi panas sangat. Tak leh tido. Rumah kampung ni, kalau siang2 panas, malam2 sejuk.

So aku ambik keputusan, nak tido kat pangkin bawah rumah je. Aku pun turun sorang-sorang ke bawah. Try baring kat pangkin lak. Tapi still rasa tak selesa, rasa panas lagik. Otak aku fikir, camna aku nak kasi sejuk sket anggota badan ni. Tiba2 terfikir satu idea nak menyejukkan diri. Malam tadi...mak aku buat air tembikai. Mak aku belah dua dan korek isinya. Aku gi cari kat dapur, ada lagi tak kulit tembikai tu, tengok2 ada lagi. Dan...jeng..jeng..jeng....aku nak buat eksperimen samada dengan meletakkan kulit tembikai di kepala adakah akan memberikan kesan yang sejuk kepada kepala dan akhirnya seluruh tubuh aku. So aku ambik kulit tembikai yang terbelah dua tu dan aku pakai macam helmet.Huhu...nyaman je kepala bila pakai camtu. Rasa sejuk je. Pastu aku pun bawak le baring sambil kepala tak tanggal lagi helmet buah tembikai tu. Dan akhirnya terus lena....

Bila bangun tido je, aku rasa sejuk sangat kepala aku. Sampai pening2 lak.Aku tak tahu berapa lama aku tido. Aku pandang keliling kot ada orang tengah peratikan aku ke. Nasib baik takde orang pun yang tengok aku camtu. Dorang tak bangun tido lagi. Aku cabut kulit tembikai tu dan buang terus. Huhu..pastu aku diam-diam je dan tak citer pun dekat mak dan adik beradik aku tentang apa eksperimen yang aku dah buat tu..ahaks!! Lepas tu aku gi mandi terus la. Abeh...dah kepala bau tembikai. Rambut pun dah basah dengan air dari kulit tembikai tu. (tu yang sejuk tu..ehehe)

Kenapa aku pilih tembikai sebagai alternatif penyejuk kepala?? Sebab masa tu aku cuba mengaitkan kesejukan buah tembikai(biasa letak dalam peti ais) dengan suasana yang dingin dan nyaman. Tembikai=sejuk. Ehehe terer tak aku masa tu?? Ahaks!!

Citer yang aku tuliskan ni adalah kisah yang benar-benar yang terjadi pada diri aku. Dan aku tak pernah citer pada sapa-sapa pun sebelum ni sebab aku malu.Kalau aku citer kat adik beradik aku sure dorang gelakkan aku dan ejek aku sampai sekarang ni.
Tapi hari ni aku pecahkan rahsia itu sebab aku nak abadikan kenangan tu dalam blog ni. Tu la kenangan bulan puasa yang sering aku ingati. Tambah bila nampak buah tembikai, sure aku senyum sorang2. Ehehe...

* Amaran keras
Jangan tiru aksi ini. Ia hanya boleh dilakukan oleh pelakon aksi ngeri (stuntwomen) yang mahir je.Wakakaka!!!

Tuesday, October 03, 2006

Bentangkan ku permaidani...

Permaidani

Rimbun dan redup kasihMu
Kau tempat ku berpayung
Di manakah lagi dapat ku rebahkan
Rasa gundah ini

Nun Kau teguh di sana
Pengasih dan penyayang
Pun ku masih terleka
Meneguk ihsanMu
Walau ku sedari

Oh... nyamannya
Bila diperlukan rinduMu
Mengimbaulah sentosa

Bentangkan ku permaidani
Dari baldu berwarna putih
Moga tak ku terasakan
Cubaan yang ku galas ini
Kepada Mu titianku
Hijrahkanlah diri ini


* Semoga Ramadhan mengajarku erti kesabaran, ketabahan, dan sifat redha di atas sesuatu ujian..

Wednesday, September 27, 2006

dulu...

Bila duduk sendirian, teringat kembali kenangan puasa zaman kanak-kanak dan remaja dulu. Zaman kanak-kanak aku di kampung sahaja. Aku dan adik beradik membesar di rumah tinggalan pusaka arwah atuk. Lepas abah pencen je baru berpindah ke rumah sekarang ni.Abah nak merasa ada rumah sendiri, tu sebab kami pindah ke kawasan rumah yang sekarang ni. Walaubagaimanapun aku tetap sukakan kampung aku tu. Memang suasananya kampung betul. Belakang rumah aku mengalir sungai perak. Kalau waktu pagi, boleh terasa hembusan angin yang segar dari sungai..Sungai tu le tempat aku dan adik beradik aku serta sepupu aku menjalani latihan berkubang (tak pandai berenang, jadi berkubang je la..ehehe) sambil diawasi oleh abah merangkap save guard..ahaks! abah duduk tepi tebing je tengok kami berkubang sambil mengeruhkan air sungai....err nanti ada masa aku citer la pasal kehidupan zaman kanak2 aku lak..ni nak citer pasal bulan puasa...

Rumah kami dekat dengan rumah Tok Cu (adik kepada atuk aku), rumah Wah (sepupu abah aku), rumah Ucu Wahab (sepupu abah aku gak) dan rumah Kak Con dan Kak Sarah (dua pupu aku). Ada lagi la rumah2 yang dekat yang tak disebutkan nama. Semua jiran2 aku adalah sedara mara belah abah aku. Kalau bulan puasa, mak aku selalu masak juadah banyak sikit. Tak kira la lauk atau kuih. So bila dah siap masak, dalam pukul 6 lebih, mak suh aku atau kembar aku yang kena hantar kat semua rumah2 yang aku sebutkan kat atas. Kalo aku malas, aku paksa adik lelaki aku gi hantar juadah tu. Ehehe.. Rumah paling jauh pun mungkin 150 meter dari rumah. Dasar malas jalan dengan alasan penat puasa. Ahaks! Kadang2 buat pembahagian tugas, kembar aku sebelah sini... aku yang depan sket. Biasanya bila dah antar ke rumah sedara mara aku, mesti ada balasannya (tak harapkan pun tapi dah adat camtu kan, berbalas-balas) So bila berbuka banyak la juadahnya. Kenyangggg.....

Kak Con dan Kak Sarah orang susah. Kadang2 dalam bulan puasa dorang ambik ais kat rumah aku sebab dorang takde peti ais masa tu. Kami tak kisah pun, kami memang rapat antara satu sama lain. Cuma aku rasa kesian pada mereka. Kalau korang nak tahu, Kak Con dan Kak Sarah ni adalah pengasuh aku dan adik beradik aku masa kecik2 dulu. Masa mak aku gi ngajar, kak con akan datang ke rumah tolong opah aku jaga kami. Kak Sarah pulak berperanan hantar dan ambik aku dan adik beradik daripada tadika. Mak abah aku keje. Sampai sekarang aku dan adik beradik sayang kepada kedua-dua mereka ini. Kak Con ada kuarga sendiri. Kak Sarah pulak sampai sekarang masih sendiri.

Kat kampung aku, biasa buat moreh untuk berbuka bukan lepas semayang terawih. Kat masjid dah buat list, siapa yang punya turn tiap hari. Setiap hari ada 3 atau 4 kuarga akan berkongsi buat moreh. Selalunya kalau turn abah aku, masak kat rumah aku la. Biasa abah sekali dengan Tok Cu dapat sekali. Dari pagi sampai petang, ramai la mak-mak sedara dan bapak sedara, sepupu sepapat aku bertungkus lumus masak. Bila dah nak maghrib, baru abah bawak lauk ke masjid. Yang kaum wanita la berbuka kat rumah aku.. meriah je rasa..Kadang2 makcik2 aku yang single ( suami dah takde) akan tidur kat rumah aku je lepas tu.

Kalau hari2 biasa, waktu petang, kadang2 tengah masak, ada la tetamu datang. Tetamu dekat. Kadang2 dorang dah abis masak awal, dorang datang nak hantar juadah yang dorang masak sambil tu menyembang. Citer pasal menu berbuka dll. Sembang kat dapur je. Aku menyenangi suasana tu. Kadang2 dorang sembang2 pasal bab agama. Sembang pasal cara-cara sembahyang sunat dll. Takde le mengumpat ke apa ke...

Malam2 mak gi sembahyang terawih dengan Wah dan kadang2 dengan Opah Cu. Abah gi naik moto sorang. Mak and the geng naik kete. Aku?? terbongkang depan tv kekenyangan ... ahaks..zaman jahiliah masa tu...Abah biasanya gi berbuka kat masjid tiap hari. Bila nak gi masjid petang tu, abah bawak la "sia" @ mangkuk tingkat yang mengandungi juadah yang mak masak. Walaupun kat masjid ada lauk dan nasik tapi saja je la dorang memeriahkan lagi meja makan. Orang lain pun bawak camtu gak. Pastu bila abah balik dari masjid (lepas semayang terawi) sure abah ada bawak teh tarik lebih masa bukak posa tu. Pakcik2 kat kampung aku bukak pose dengan teh susu aaa... ehehe.. Aku pun numpang sekaki la teh yang abah bawak. Sungguh kaw..macam terasa2 kat lidah lak sekarang ni...adei..

Emm...rindunya aku pada suasana zaman dulu. Mak2 sedara aku ramai yang dah takde. Wah (mak sedara aku) dan Ayah we Syukor dan meninggal. Ucu Wahab dah pindah rumah ( Ucu Wahab adalah single father, dia duduk sorang2 gak). Kawasan rumah aku dah sunyi. Tak macam dulu. Sekarang abah dan mak dah pindah rumah. Yang tinggal di sana hanyalah Tok Cu dan Opah Cu serta Kak Con dan Kak Sarah je. Bila aku balik kampung.... bila aku pandang kawasan rumah...rasa sedih...tempat itu dulu meriah... sekarang sunyi sepi. Yang tinggal hanya rumah-rumah tua yang tiada penghuni..3 buah rumah yang sepi...

Sebenarnya...ada lagi benda nak citer pasal bulan pose ni...nanti la...ehehe cam malu lak...

Monday, September 25, 2006

puasa...

assalamualaikum...

Hari ni dah masuk 2 hari kita berpuasa. Aku? Untuk kali pertama berpuasa dan berbuka sorang-sorang. Sebenarnya memang rasa tak best berpuasa sendirian. Tapi aku cuba buat2 lupa pasal kesedihan aku. Aku cuba tak nak menangis walaupun mak aku sebelum start pose dulu dah nangis mengenangkan aku yang sorang2. Aku cakap kat mak " mak jangan nangis tau, orang ok je".Mak aku tu memang sensitif sket. Kalau bulan pose, bila dia terkenangkan anak2 yang jauh dan tak bersama dengan dia, dia akan nangis walaupun anak2nya dan besar panjang.

Hari pertama puasa, aku sahur dengan minum beberapa teguk air masak je. Alhamdulillah sampai petang aku ok je. Aku cuma risau pasal gastrik aku je. Tambah lagi semalam cuaca mendung dan berangin. So tak la rasa panas sangat. Menu berbuka puasa semalam ialah sotong kering masak sambal, telur dadar dan sayur ala paprik. Minum..ais sirap....nahhh..sekarang aku dapat batuk balik...padan muka sebab minum ais. Biasanya aku minum teh panas je..semalam teringin ais.

Seharian semalam aku tak tido pun. tak ngantuk la. Aku abiskan masa mendobi, tengok tv dan online. Malam tadi pun aku tak leh tido. Dah padam lampu tapi mata terkebil-kebil. Pukul 2 lebih baru aku tido.

Hari ni mengajar macam biasa. Cuma masa dipendekkan. Pengetua benarkan balik pukul 5.05. Hari ni kelas tak banyak. So tak la kering tekak sangat. Anak-anak murid form 1 bila aku masuk kelas, tanya cikgu puasa ke tak?? Muka cikgu macam tak pose ke?? ehehe. Balik sekolah jalan nak kuar jem. Sampai rumah dekat 5.30. Aku gorang drummet ayamas dan nugget. Pastu panaskan lauk semalam. Nasik aku dah masak sebelum gi sekolah sebab aku takut tak sempat kalau tunggu balik. berbuka puasa 6.08 petang. Aku makan depan tv. Malas nak makan kat meja makan. Nanti sedih. Aku bukak radio kat handset aku untuk dengar azan dan bukak tv sambil makan.. (aku dah bawak tv turun balik ke ruang tamu. Sebelum ni dalam bilik tido aku)

Lepas semayang terawih sorang2 tadi, aku online. Rasa sunyi je bila malam menjelma..ahaks! ayat skema. Sambil online makan kuih lipat. Tadi abang teksi kasi. Bini dia buat. Sedap sangat...hingga menjilat jari..

Oklah, aku nak paksa diri tido. Aku tak nak la jadi insomia. Aku ni kalau tak leh tido suka pandang kuar tingkap. Bagi aku, bila pandang ke luar, hati aku tenang sikit. Aku punya tabiat ni sejak zaman remaja lagi..Aku berdiri tepi tingkap perhatikan rumah orang. Dulu2 masa kat rumah sewa lama aku suka buat camni gak. tapi masa tu aku suka tengok bintang. Sambil baring aku tengok tingkap (katil tepi tingkap). Sekarang ni katil jauh dari tingkap dan kawasan sini tak lapang. Susah nak tengok bintang. Kalau aku pandang kuar tingkap, kadang2 aku nampak guard taman ni meronda. Aku dah cam bunyik enjin kete dia.

Monday, September 18, 2006

My Heart...

Disini kau dan aku
Terbiasa bersama
Menjalani kasih sayang
Bahagia kudenganmu

Pernahkah kau menguntai
Hari paling indah
Kuukir nama kita berdua
Di sini syurga kita

Bilakah kita mencintai yg lain
Mungkin kah hati ini akan tegar
Sebisa mungkin tak akan pernah
Sayang ku akan hilang

if u love somebody
could we be this strong
i will fight to win
our love will conquer all
wouldn’t reach my love
even just one night
our love will stay in my heart....
my heart...

_______________________________________________________________________________

Lagu kat atas ni baru je aku sedar kemunculannya minggu lepas. Banyak kali keluar kat radio. OST filem indon Heart. Bagi aku sedap la lagu ni. Aku tak pernah tengok pun citer tu. Aku pernah try tengok filem Indon ni, citer Ada Apa Dengan Cinta. Pening aku nak faham. Tengok sikit je. Pastu tak abeh pun. Laju sangat cakapnya. Tapi kalau drama Indon kat tv tu, boleh lak aku faham. Hairan gak aku ni..

Thursday, September 14, 2006

test..



testing 1,2,3..

Nak letak gambar yang full, malu..
so letak gambar mata je la..
Diri ini tak tergolong dalam kategori cantik jelita..
tapi syukur dengan kurniaNYA..

diari seorang cikgu yang demam...

Assalamualaikum...

Setelah beberapa hari dalam keadaan tak sihat, semalam aku gi gak klinik. Sebenarnya hari isnin tu aku dah buat percubaan gi klinik. Dah sampai kat klinik pun. Tapi mak datuk ramainya orang. Aku tanya adik kat kaunter tu, agak-agak kalau camni pukul berapa aku leh dapat giliran. Dia cakap, mungkin pukul 1 tengahari kot. Masa tu dalam 10 pagi. Takkan aku nak tunggu gak sebab nak masuk sekolah sebelum 12.15. Tak sempat. Pastu aku gi bank jap. Kat bank pun ramai orang gak. Adeii.. Ingat nak gi klinik lain tapi dah lambat lak. Last2 aku terus gi sekolah je tak gi klinik pun. aku caap dengan ati aku, sejak akhir-akhir ni aku dah banyak sangat makan ubat, ubat gastrik la, ubat ni la. Kang rosak badan aku asyik ambik dadah je...ehehe ubat ni dadah kan?? Aku cakap pada diri aku sendiri, ala, setakat demam, sakit tekak, boleh baik sendiri kot...

Dan...natijahnya...dari hari isnin sampai hari rabu, aku tak banyak cakap dalam kelas. Sampai ada satu masa, aku tak bercakap lansung. Abeh, suara aku serak+sengau. Pastu hari selasa tu lak, aku dapat batuk terusk. Bila nak bukak mulut je, tang tu gak la nak batuknya. Gatal sangat tekak ni. Aku tulis kat papan putih " cikgu tak sihat, sorry cikgu tak leh cakap banyak". Walaupun pun aku tak sihat, tak bermaksud aku tak masuk kelas. Aku kasi nota dan suruh dorang buat keja yang aku kasi kat papan putih. Anak2 murid aku lak, bila aku demam, pandai lak dorang diam sendiri. Kalau ada yang buat bising ada yang tegur "diam bah...kesian cikgu sakit". Selalu time aku sihat walafiat, naik berbuih mulut suruh diam, tak gak diam. Sib baik la anak2 muird aku ni baik tima aku tak sihat...ehehe..

Malam rabu, aku tido awal sebab rasa tak sihat. tengah-tengah malam tu aku demam teruk. Aku bangun gi gilik air, basahkan towel dan lap-lapkan badan aku dan letak towel kat kepala aku. Pastu sekali dengan batuk lak. Tetiba aku rasa syahdu sangat... sakit sendirian, gagahkan jugak bangun untuk ambik itu ini. Dan aku rasa insaf pun ada. Aku terfikir, janganlah Allah ambik nyawa aku di saat aku sendirian. Tak sedar airmata aku jatuh. Takut gak bila mengenang kematian.

Pagi rabu, aku ambik keputusan gi klinik. Aku risau kalau aku kena attack asthma lak. Biasanya kalau batuk teruk aku dapat asthma sekali. Walaupun aku layak dapat mc, tapi aku tak ambik pun. Banyak yang aku fikirkan. 1. Aku nak abiskan silibus, tak lama dah nak exam. 2. Kat rumah pun nanti aku bosan. 3. Aku tak nak orang cop aku suka ambik cuti. Tahun ni aku dah ambik cuti rehat khas 4 hari. Tu pun sebab aku balik kampung. Tak best la kalau reputasi buruk.

Kat sekolah, bila time free je aku masuk dalam bilik komputer, aku rehat kat situ. Tak baring pun. Aku duduk je sambil letak kepala kat lengan. Kat bilik guru tu sejuk. Lagipun karang aku batuk abeh semua orang kena virus aku. Ehehe...Hari ni, aku ok sket. Tak demam cuma batuk la tak hilang lagi.

Sekian diari seorang cikgu yang demam...

Sunday, September 10, 2006

sekali lagi..

Assalamualaikum..

Aku nak tulis benda ni pun macam serba salah. Segan dengan pembaca blog aku, asyik-asyik benda yang sama je. Dah beberapa entry "temanya" sama. Tapi aku nak gak tulis dalam ni sebab blog ni pada aku amam tempat aku mengadu. Walaupun blog ni tak bernyawa tapi bila aku menulis di sini, kadang2 rasa kurang sket rasa bebanan di fikiran.

Actually dah 3 hari aku tak berapa sihat. Tekak aku sakit, lidah aku pecah, selsema dan macam demam tak demam je. Lidah aku pecah. Aku rasa ni yang dikatakan ulser, sebelum ni tak pernah kena camni. Mungkin dalam badan aku panas. Semalam la aku rasa paling teruk. Semalam sekolah ganti. Mengajar macam biasa. Walaupun tekak dan lidah aku sakit, aku mengajar gak. Masuk kelas macam biasa. Tapi aku kurangkan bercakap, aku kasi kerja kat anak murid aku. Sebabnya, bila aku bercakap, macam pelat je bunyinya. Sakit bila bercakap.

Bangun pagi ni rasa demam. Tapi aku sibuk2 kan diri buat menda lain. Kalau aku baring je sure memang rasa tak larat. Aku gi masak nasik utk makan tengahari, aku rebus barli untuk sejukkan badan dan aku online. Bila aku sakit2 camni, aku rasa sunyi dan sedih bila sorang2. So bila aku online, ada kawan bersembang, aku tak la rasa sedih sangat. Aku happy sembang dengan kawan2 seperti zure, royce. Tapi bila dorang tanya aku sihat ke? Aku jawab sihatttt.. (sorry pada royce dan zure sebab cakap aku sihat..) Segan nak cakap tak sihat....

Dalam sebulan dua ni, aku demam, gastrik pastu demam, sakit tekak.. aku terfikir gak, antibodi aku nih dah tak kuat ke?? Dah semakin bertambah usia makin selalu tak sihatnya. Masa aku remaja dulu, setahun sekali pun susah aku nak demam. Emm kalau teruk lagi keadaan diri aku, aku gi la klinik petang nanti. Kalau dah ok, tak la gi.

Err ke sebenarnya aku ni demam rindu??? .....

Monday, September 04, 2006

kemalasan melanda..

edit: aku tulis ni hari ahad..malam ni baru post..

Assalammualaikum..

Hari ni aku duduk rumah je. Tengok tv, online, masak, tido. Aku teringin gak nak berjalan gi rumah kawan-kawan tapi segan nak gi rumah dorang. Contohnya ex-housemate aku. Rasa macam mengganggu je kedatangan aku. Entah-entah dorang nak gi mana-mana atau nak berehat bersama keluarga. Tu je rumah terdekat dengan rumah aku. Semalam aku dah keluar gi Bandar. Pegi kedai kain, nak beli untuk kain untuk dimatchkan dengan kain yg aku dah beli masa kat semenjung dulu. Dah dapat tapi aku tak tahu bila nak gi kedai jahit. Macam malas pun ada sebab kat semenanjung mak ada jahitkan baju untuk aku. Kalau tak pun aku pakai je baju yg mak jahitkan tu je. Pastu aku gi makan KFC sorang-sorang. Lepas tu baru gi pasaraya untuk beli barang dapur.

Sejak aku pc aku diperbaiki ni, dan sejak aku balik dari cuti ni, aku rasa masa aku kat depan pc semakin lama. Aku banyak lompat-lompat sana sini. Je. Masuk blog orang sana-sini. Baca forum sana sini. Takde apa yang aku cari. Cuma bosan tengok tv. Nak chat pun takde member nak sembang.

Sebenarnya pc aku ni takde apa-apa dah. Kalau dulu, pc aku ni penuh dengan lagu, video dan gambar serta ayat-ayat motivasi atau jiwang yang best2. Tapi hari tu kena format balik. So semuanya hilang. Masa pc aku rosak dulu, mydocument tak boleh bukak lansung. Rasa terkilan gak sebab banyak barang2 bersejarah dalam tu. Antara aku paling sayang ialah gambar-gambar aku dan keluarga aku. Selain tu ada la “manuskrip-manuskrip” pada zaman lampau. Walaupun sejarah lama tu sejarah tak best tapi ia adalah kenangan untuk seumur hidup aku. Selain tu lagu-lagu yang aku download dan yang orang hantar. Da gak video clip yang best-best dan yang lucu. Kebanyakan kawan-kawan hantar dan dia yang hantar. Sekarang ni malas dah nak download apa-apa lagu. Takde mood…

i like walking in the rain, cause no one know i'm crying

Catatan ni ditulis pada 31 ogos tapi tak sempat nak publishkan..

Assalamualaikum...

Hari ni cuti umum sempena Hari Kemerdekaan negara kita. Aku macam biasa je, duduk kat rumah dan tak pegi kemana-mana. Aku paling bosan bila tiba hari cuti. Rasa bosan sangat bila cuti (masa aku kat sabah la) kalau boleh biarlah aku keje 7 hari seminggu pun takpe la. Kalau hari sekolah, masa jaga aku banyak kat sekolah je. Dan kat sekolah aku terhibur dengan telatah anak-anak murid walaupun kadang ada yang menensionkan aku tapi kadang2 bila bersama dengan anak murid aku boleh gelak dan happy. Aku bukannya joker tapi aku sekali sekala aku suka ambik hati anak2 murid aku. Selain anak murid, aku rasa kurang tension bila bersama dengan kawan-kawan aku. Kawan2 sekerja aku majoriti adalah orang sabah. Tak ramai guru semenanjung dah kat sekolah aku sebab ramai yang dah tukar balik ke semenanjung. Walaupun dorang orang sabah tapi dorang ok. Kawan2 aku yang lelaki pun ok. Dulu2 aku malu dan tak banyak bercakap dengan dorang. Tapi lama kelamaan aku dah rasa biasa. Semuanya dah kawin dan umur pun dah pertengahan. Kadang2 kalau aku tengah jalan nak gi kelas dan muka aku monyok je, dorang aku tegur aku " zz...ok ke?" sambil dorang senyum. Takpun cikgu cina yang aku pernah citer tu akan panggil nama aku dengan sebutannya yang pelatnya tu. Buat aku tersenyum. Kawan2 aku tahu aku nak sangat balik semenanjung dan dorang tahu aku sunyi sebab duduk sorang2. So dorang suka tanya kabar aku. Aku macam adik bagi dorang.

Berbalik kisah aku, aku balik ke sini semula pada hari ahad lepas. Hari sabtu tu aku dah pegi kl, tido semalam kat rumah abang aku. Aku gi kl naik bas je. Mak dan abah hantar kat stesyen bas. Masa aku nak naik bas, aku peluk dan salam abah dan mak aku. Setiap kali aku nak balik ke sini, sewaktu memeluk mak abah, aku akan mintak maaf daripada keduanya dan aku ucapkan terima kasih. Setiap kali aku ucapkan ucapan tu pasti aku akan menangis. Mak abah aku dah tua dan aku pulak jauh dari mereka. Tambahan pulak keduanya makin uzur dengan berbagai penyakit. Abah dah mula pakai tongkat bila berjalan sebab kakinya yang sakit. Doktor kata ia disebabkan saraf abah rosak kesan dari penyakit kencing manisnya. Mak pulak kadang2 rasa lemah dan tak secergas dulu. Mak menangis bila aku mula naik tangga bas dan aku nampak dari tingkap mak kesat airmatanya dengan hujung tudung. Aku tak sanggup tengok mak aku sedih kerana aku dan aku juga tak nak lagi berjauhan dengan mak abah. Bila bas mula bergerak, air mata aku makin laju turun. Nasib baik sebelah aku takde orang. Sebenarnya dari beberapa hari aku nak balik aku dah mula menangis. Aku menangis bila aku cerita tentang segala yang aku rasa pada kembar aku. Dia pun menangis sekali. Bila aku nak balik, waktu salam dia dan peluk dia, aku dan dia menangis lagi. Sepanjang 4 tahun aku berulang alik dari sabah ke kampung halaman, balik kali inilah aku rasa berat sangat nak balik semula sebab aku dah hilang ketabahan dan kekuatan. Aku terbayangkan kesunyian yang bakal aku lalui seorang diri bila balik ke sini.

Aku cuba nak menggembirakan hati aku di sini. Tapi takde apa yang boleh menggembirakan aku. Orang tentu akan cakap, tengok la tv ke atau buat perkara yang lain. Bila tengok tv pun aku jadi bosan. Bila aku rasa sunyi aku akan call orang. Biasanya call mak atau kembar aku. Kadang2 sehari 3,4 kali aku call. Kalau tanya pasal bill talifon aku.... Sebulan je bill tipon aku lebih kurang rm500. Orang tentu akan tanya, tak sayang duit ke? Bagi aku apalah erti duit kalau hati tak gembira...

Monday, August 21, 2006

Assalamualaikum….

Firstly thanks pada pada Royce dan zure yang ada melawat blog saya tempoh hari dan Tanya kabar pasal demam saya. Sorry tak balas komen Royce dan Zure. Masa tu memang kesihatan pun tak berapa ok ditambah degan kesibukan keje. DAN tambah malang lagi lak, pc saya rosak lak pastu.

Actually dalam seminggu dua ni banyak benda yang berlaku dan kebanyakkan tak best.
PERTAMA, pc aku rosak. Aku balik sekolah je nak on pc dan nak connect internet tak leh. Mula2nya ingat talian internet aku yg problem. Tiap2 hari la aku try. Lama kelamaan baru perasan keadaan pc aku bertambah uzur. Mula2 tu boleh gak la klik kat start tu. Lama2 lansung takleh bukak apa2 pun. Pc aku tu memang dah lama sakit, tapi aku tak bawak repair. Selagi aku bleh guna, aku pakai je. Bila tak leh online, aku rasa hidup aku tak lengkap. Balik sekolah je aku rasa sunyi dan aku rasa tension sebab tak leh berkomunikasi dengan orang. Dah le aku lonely, tambah lagi le kelonelyan aku…

KEDUA. Aku kene gastric lak hari sabtu lepas. Dalam beberapa hari sebelum t aku dah muntah dan rasa pedih perut sikit2 tapi aku biarkan je. Aku rasa gastrik tak la bahaya sangat, Malam tu dalam pukul 8 lebih perut aku macam kene cucuk2 je. Macam2 aksi aku buat nak hilangkan sakit tu. Aku nak bertahan je sampai pagi esok tapi dalam 9 setengah lebih tu rasa tak leh tahan dah. Aku buat keputusan call ex housemate aku An. Aku call dia sambil nangis. Tangisan aku tu bukan sebab sakit tapi aku sebak sebab aku sorang2 kat perantauan dan terpaksa mengharapkan orang lain utk hantar ke klinik. Nak dekat pukul 10 An sampai. Suami An ikut sekali. Dia dah tido masa tu tapi An kejutkan.

Mula-mula aku ajak An gi mana2 klinik yang masih bukak tapi semua dah tutup dan takde klinik 24 jam. Nak tak nak kene gi hospital bahagian Emergency la. Sampai sana nak dekat 10 setengah. Ada ramai gak orang kat emergency tu, Aku punya nombor tak la jauh sangat tapi ramai yg potong que. aku dak la marah sebab aku tahu kes dorang lebih kritikal lagi. Doktor lak sorang je malam tu.. Aku masuk jumpa doctor nak dekat pukul 12 tengah malam dah, Sian An dan suami dia dah ngantuk2 tunggu turn aku, Kat kerusi tu aku nak gelisah. Sakit pastu aku risau kene masuk wad. Dalam kepala aku terfikir macam2. Kalau aku masuk hospital, camna la….Mak aku tentu risau, Masuk bilik doctor, doctor tanya macam dan check. Pastu doctor cakap..aku kene drip..aku kata abeh la..kene masuk wad..rupa2nya suntikan. Dua-dua bahu aku kene suntik. Satu untuk sakit perut, satu untuk muntah. Aku keluar bilik tu jalan macam Robocop dah…ehehe bahu aku terangkat ke atas tahan sakit…errr dah lama sebenonya aku tak kene suntik ni…

Balik dari hospital, aku balik rmah aku je. Dorang takde offer punpi rumah dorang. Takpe la…sakit aku sakit biasa je kan…samoai rumah aku rasa amcam lemah je munkin kesan suntikan. Lupa cakap….doktor tak kasi ubat sebab farmasi tutup malam2. Keesokannya aku call driver teksi aku yg antar dan ambik aku gi sekolah tu sebab aku tak larat nak gi tahan teksi tepi jalan untuk gi hospital nak mabik ubat. Abang teksi tu memang baik. Dia selalu cakap degan aku, kalo ada apa-apa bagitau la kat dia. Jangan segan2 dan anggap la dia macam sedara sendiri. Dia kesal sebab aku tahan sakit aku sampai malam dan dah teruk baru gi hospital. Sampai kat hospital aku baru nak turun teksi, dia tak kasi aku ambik, dia yang mabikkan ubat aku kat farmasi. Aku jadi terharu lak sebab ada gak la sebab orang baik dengan aku.

KETIGA, Awal minggu ni aku sibuk uruskan borang pertukaran aku. Pengetua aku lak dah 2 minggu takde kat sekolah. Hari isnin dan selasa tu je dia ada. Pastui gi kursus balik. Kerani sekolah aku lak lambat bagitau tarikh tutupnya hari selasa tu.Borang tu aku dah ambik lama dan aku dah isi Cuma tunggu pengetua sain je. Hari isnin tu baru aku tau borang aku tu borang lama dan ada borang yang terbaru. Aku rasa nak marah sangat pada kerani sekolah aku sebab kelalaian dia. Aku dah la nak sangat2 tukar. Kalau tersilap sikit alamatnya pertengahan tahun depan la baru aku ada peluang lagi sebab pertukaran antara negeri hanya 2 kali setahun je. Dah la tu surat iringan pengetua tu kerani tu suruh aku yang buat. Padahal yg sebelum2 ni dia yang buat utk aku dan cikgu2 lain, Bila aku dah buat, dia kata tak yah pulak.....adei.....tak tahu la camana aku nak kontrol kemarahan aku depan orang. Aku tak pandai nak marah orang. Aku hanya mengadu pada kawan2 aku pasal kerani ni. Pastu keesokan harinya kerani2 tu buat lawak kat aku lak.Aku sampai2 sekolah je dorang cakap borang aku tak diterima oleh pejabat pelajaran daerah lak. Aku rasa nak pengsan depan tu je. Pastu dorang2 gelak...cakap main2 je....bagi aku hal2 camni bukan gurauan sebab aku betul2 harap nak tukar. Aku dah tak mampu hiudp sendirian lagi.. Aku rasa teramat lonely dan aku perlukan sokongan dari orang2 terdekat untuk menghadapi sebarang masalah. Dan akhir2 ni aku banyak menangis. Setiap malam aku menangis. Aku amat tertekan sejak akhir2 ni. (aku nak citer benda ni dalam entry lepas tapi tak jadi). Aku rasa stress ni la penyebab gastrik aku teruk.

KEEMPAT. Aku sekarang ada kat semenanjung. Cuti sekolah seminggu. Aku rasa happy sangat bila dah jumpa mak, abah, kembar aku dan keluarga lain. Rasa hilang semua kesensaraan dan tekanan. Tapi aku sedar, nanti bila nak balik sabah, aku mesti rasa sedih balik. Mak abah aku dua2 tak berapa sihat sangat. Aku cuba nak spend masa dengan dorang dengan sebaik mungkin. Bila bersama dengan keluarga, aku rasa tenang je. Dan aku rasa malas nak balik sabah balik. Tapi camana, aku keje. Aku pernah rasa nak berhenti jadi cikgu kalau aku tak dapat tukar balik semenanjung nanti dan aku juga pernah terfikir dan ambik cuti tanpa gaji kalo tak dapat tukar. Aku dah tak tahan sangat. Tapi aku sedar, tindkan yang aku fikirkan tu hanya akan menambahkan lagi problem aku je sebab aku nak keje apa kalo aku berenti. Ingat senang ke nak dapat keje sekarang.Emmm...Aku rasa makin hari hidup aku semakin tak ceria kerana masalah aku. Aku duduk berjauhan dari orang2 yang aku sayang. Cuti pun sekejap je….
Aku harap aku akan jadi tabah dan kuat...tapi aku tak tahu sampai bila ketabahan aku ni akan berterusan....