menghitung hari..
Assalamualaikum..
Dah hampir seminggu aku balik dari semenanjung. Macam dah lama je aku balik sini. Mungkin sebab aku banyak menghitung hari. Banyak benda dan perkara yang aku sering hitung hari. Antaranya ialah mengenai keputusan pertukaran aku ke semenanjung. Dorang kata bulan 11 ni akan keluar keputusan tu. Aku memang harap sangat aku dapat tukar balik semanjung. Aku rasa dah tak mampu lagi duduk kat sini. Dah 4 tahun aku bersabar. Nak kata tak berusaha mintak, aku dah apply masuk kali ni 3 kali. Nak kata tak guna cabel, dah try cuma mungkin belum ada rezeki. Dulu2 aku bersabar..aku cakap dengan hati aku ala, 4 tahun kejap je. Sekarang bila dah 4 tahun, aku tunggu saat itu. Aku dah hilang semangat untuk tinggal lama lagi di sini.
Selama 4 tahun kesabaran aku sering berada di tahap paling maksima. Aduhai kementerian pendidikan....
Tolonglah luluskan permohonan aku....aku dah korbankan segalanya untuk negara dan bangsa selama 4 tahun di sini. Aku korbankan masa untuk bersama dengan keluarga, dengan mak dan abah yang semakin tua. Aku korbankan perasaankan rindu dendam aku pada keluarga. Aku korbankan pendapatan aku untuk beli tiket flight untuk balik jenguk keluarga dan untuk telefon mereka. Aku korbankan segala perasaan takut, bimbang, dan keselamatan diri aku sendiri bila aku tinggal sendirian di sini. Kalau bukan kerana tugas, dah lama aku cabut balik camtu je. Kalau dihitung berapa titis airmata aku yang jatuh sepanjang aku berada di sini, mungkin tak terhitung dah.
Aku terus jugak berkhidmat walaupun kedatangan aku ke Sabah ini adalah secara "paksa rela". Apa lah hak aku untuk menidakkan penempatan yang telah diarahkan oleh kementerian kerana ini adalah periuk nasik aku. Walaupun kedatangan aku ke sini adalah seperti terpaksa namun aku tetap jalankan tugas sebaik mungkin. Walaupun sedih berjauhan dengan keluarga, aku cuba mengajar dengan sempurna demi anak bangsa dan negara. Aku cuba buangkan segala rasa sedih bila bersama dengan pelajar. Bila masuk ke kelas, aku cuba mengukirkan senyuman jugak untuk anak-anak murid aku. Aku cuba juga sedaya upaya menyampaikan segala ilmu kepada anak murid walaupun hati tidak bahagia. Aku tidak pernah untuk mengabaikan tugas kerana "ketidakbahagiaan" aku kerana aku sedar tentang tanggungjawab aku.
Walaupun aku berada dalam keadaan tertekan, aku tetap mengajar juga. Pernah 2 kali aku mengajar sambil airmata aku bergenang dan airnya jatuh. Pertama, apabila aku dapat sms dari abang aku cakap mak aku didetect untuk pertama kali dapat sakit kencing manis dan tahap gulanya amat tinggi. Sebelum tu mak aku takde sakit tu. Masa tu aku dah nak masuk kelas. Aku sempat call mak aku kejap dan lepas tu masuk kelas seperti biasa. Aku mengajar seperti yang dirancang. Tapi sambil aku mengajar, airmata aku bergenang dan aku pusing badan aku mengadap papan putih dan cuba menulis sesuatu untuk mengelakkan anak2 murid aku nampak kesedihan aku. Betapa aku risaukan keadaan mak aku sebab aku risau mak aku kene tahan kat wad. Aku cuba selindungkan wajah muram dari pengetahuan anak2 murid. Aku mintak excuse nak gi toilet. Kt toilet aku nangis. Tapi bila masuk kelas balik, mata aku merah. Ada 2 orang pelajar yang paling depan mungkin sedar aku menangis. Masa aku kasi keje kat dorang, salah sorang pelajar aku tanya "kenapa cikgu menangis?" Aku cakap takde apa-apa. Bila aku nak keluar kelas, sorang lagi pelajar cakap dengan aku "semoga cikgu ceria selalu". Terharunya aku...Kali kedua aku mengajar sambil menangis ialah bila ia melibatkan perasaan aku dan melibatkan insan yang aku pernah sayang.
Aku meluahkan semua ini bukan kerana aku tidak ikhlas mengajar. Aku sedar, aku dibayar gaji untuk semua itu. Tapi apa yang ingin aku sampaikan ialah aku dah lakukan semua untuk tugas aku, aku hanya harapkan pengertian pihak-pihak berkenaan supaya meluluskan permhonan aku. Aku dah tulis dalam borang pertukaran dan surat rasmi yang dikepilkan dulu sebab pertukaran aku ialah ingin menjaga ibu bapa yang sudah tua dan juga kerana faktor keselamatan diri. Aku juga beritahu tentang tekanan perasaan yang aku hadapi bila terpaksa tinggal sendirian. (aku tulis camtu dalam surat rasmi. lantak la orang nak kata apa, yang penting maksud aku jelas)
* Kepada kawan-kawan, tolong doakan untuk saya yer...

5 Comments:
Cedihnye...dengar citer TT...sabo erk...
Harap-harap dapat kelulusan dari Kem. Pendidikan...
ehhh jgn sedih2...insyaAllah ada rezeki dpt la tukar tu :)
TT bebeh..
aku doakan ko dapat pertukaran tu..
dari hari tu lagi aku dah doakan kan? hehehe..
cepat2 balik semenanjung.. boleh jumpa geng reban ayam!
take care.. muah muah!!
tt
ko sabar ye. Ada hikmahnya ko masih dok kat situ. teruskan berdoa, insyaAllah... sampaila masanya nanti ko dpt transfer ke semenanjung...
:)
thanks pada kengkawan yg tolong doakan tu, zure, alin,ima dan delinn..
Post a Comment
<< Home