April 2007
Dah hampir habis suku pertama untuk tahun ini. Aku semakin dapat menyesuaikankan diri dengan suasana baru di sekolah. Aku dah mulai rapat dengan beberapa orang guru kat sekolah aku. Kak Halimah, Diana, dan yang terbaru, Mas cikgu yang baru posting dan mejanya bersebelahan degan meja aku. Kawan-kawan aku jenis yang sama macam aku. Tak ambik tahu hal orang lain dan takde cerita pasal hal orang lain. Buat keje sendiri je dan biasanya berkongsi cerita mengenai keluarga masing2. Kak halimah sering bercerita mengenai anak "istimewanya" dan anak2nya yang lain. Hingga aku dah boleh tahu nama anak2nya termasuk nama bibiknya sekali. Ehehe.. Diana pulak sebaya dengan aku, dah berkeluarga dan berkongsi sakit gastrik dengan aku. Ehehe. kalau aku lambat makan, dia akan ingatkan suruh makan. Mas pulak aku baru je mengenalinya tapi aku simpati bila mendengar kisah kehidupannya. Ayahnya baru meninggal, tinggal berdua dengan maknya saja.Dia bukan dari golongan berada, maknya pulak tak berapa sihat. Aku jenis cepat kesian kat orang.
Dah 3 bulan lebih di sekolah baru, aku dah merasa jadi macam2 yang sebelum ini aku tak pernah pegang. Contohnya jadi juruacara majlis. Masa raptai majlis tu, suara aku mengeletar sampai cikgu2 lain mengusik aku. Dah memang aku tak reti. Nasib baik masa tu ada mentor. Selain tu, aku kena jadi jurupantun lak masa pesta pantun peringkat daerah. Aku , pantun pun dah lama tak dengar. Aku cakap dengan cikgu yang incharge pertandingan tu, aku tak reti, tapi dia jawab " yang tak reti tu la yang sepatutnya cuba'. Tak leh nak menolaknya. Nasib baik seorang kawan aku dah siapkan skripnya. Cuma baca ikut skrip je la. Siap kena berpantun bagai. Aku terpaksa la mengeluarkan bakat terpendam berpantun. Masa sekolah dulu jangan harap aku berpantun. Huhu! Dah la masa pertandingan pantun tu, aku tersalah baca skrip. Orang belum jual, aku dah suruh beli..ahaks! Panic jap masa tu. Baru-baru ni, aku kena jadi wakil gi mesyuarat lak. Sepatutnya penolong kanan tapi dia suh aku lak. Masa aku gi meeting tu, aku la yang yang paling muda di kalangan cikgu2 penolong kanan yang senior2 dan dah dekat nak pencen. perasan muda jap.Huhu! Duduk semeja dengan pegawai pendidikan Perak. Memula rasa macam melukut tepi gantang je. Tapi pengalaman yang berharga gak. Sekurang2nya aku jadi berani sket..
Aku masih blom masukkan tipon kat rumah aku. Tak tau la bila. Kalau hari sekolah, aku balik dah lambat. Jarang2 sangat aku sampai rumah pukul 2. Biasanya 3-4 ptg baru aku sampai rumah. Dah la tu, aku tak reti nak bawak kete sampai pekan teluk intan.Huhu! Nak tunggu keberanian datang. La ni aku dah kembo aku dah pindah rumah flat guru. Oklah rumahnya, tiga bilik. Tapi tingkat 3 la, takde lif..huhu..exercise...Semua yang duduk situ cikgu2 sekolah kembo aku dan kakitangan. Ehehe...selepas ini, pasti lebih ramai lagi yang tersilap antara aku dan twin aku. Semalam masa aku baru turun kete, ada sorang cikgu lelaki ni tanya pasal member dorang. Aku cakap, err tak tau.. Pastu baru dia perasan, dia telah tersilap orang. Ahaks! Aku senyum je..cakap.."takper.."
Sebelum ni duduk bawah asrama student, dok kat rumah warden. Masa dok kat rumah warden tu, aku dan twin aku tension dgn karenah student. Bising ya amat. Ada sekali 3 malam berturut2 aku tido lambat buat keje. Twin aku dah lama tido. Budak2 tu bising sangat. Dah pukul 1 malam masih bersembang. mesti kat sekolah esoknya ngantuk.Aku gerak twin aku, ngadu.."anak murid ko bising la,dorang tak tido lagi". Masa last day aku bermalam kat rumah warden tu, aku menyamar jadi kembo aku. Huhu..buat jahat. Aku kat luar rumah masa tu.Aku nampak ada budak tak gi prep lagi. dengan selambanya aku menyound " apasal tak gi prep lagi?" Mengeletar budak tu menjawab..huhu..pastu aku suh la dia gi. Mesti dia tak perasan sebenonya aku bukan cikgu @ twin aku...huhu...seronok lak menyakat. tapi rasanya tak salah kan?? kiranya aku menjalankan tanggungjawab sosial kan???
Sebelum terlupa, aku nak ucapkan terima kasih banyak2 la pada pengunjung blog ini yang setia membukaknya walaupun aku jarang2 update. Kesudian kalian membuka dan mebaca blog ini amat dihargai. Maaf yer, tak sempat nak update selalu. Insyaallah jika ada kesempatan lagi, aku tulis yer..