Saturday, January 28, 2006

tunggu sekejap...

assalamualaikum...

Tunggu ekk..nanti aku tulis entry baru..dalam seminggu ni penat sket. Balik rumah, dah "tergoba" kata orang Perak yang bermaksud, dah terbongkang sebab kepenatan. Hari ni sampai ahad depan 5hb sekolah aku cuti. So ada lah masa nanti...

Sunday, January 22, 2006

jemur "ikan masin"

Assalamualaikum..

Hari ni dok rumah jadi mama dobi. Basuh baju aku sendiri dan basuh sarung tangan putih untuk perbarisan rumah sukan rabu ni. 60 helai semuanya. Sarung tangan tu setahun terperam dalam plastik. Rupa2nya lepas sukan tahun lepas, budak2 perbarisan tu terus simpan je dalam plastik. Masa tu aku tak uruskan baju2 semua ni. Yang urusnya student gak. Aku terima sebundut beg plastik dan aku tak tengok2 lak apa yg dalamnya sebab aku ingat semua dah dibasuh. 4,5 hari lepas, aku bukak balik plastik tu, rasa macam nak semput aku menghidu habuk2 sarung tangan tu. Yang macam kena lumpur pun ada. Adeii.. 2 hari 2 malam aku rendam. Tadi basuh, Alhamdulillah semua kotoran degil ilang. Hebat gak la sabun aku tu. Pastu aku siap letak downy 4x lagi, biar wangi anak2 murid aku berkawad nanti...ehehe

Dah abeh basuh, teringat nak sidai mana.Penyepit rumah aku tak banyak. Lagu satu ampaian rumah aku ni dekat2 depan gak. Aku segan la, kang orang lalu depan rumah aku nampak banyak sarung tangan, nanti dorang ingat aku keje part time kat kilang sarung tangan lak. Takut gaji cikgu tak cukup nak menampung idup..ehehe.. Last, aku terfikir nak menjemur sarung tangan tu tepi tingkap dan di letak atas meja makan. Aku atur sarung tangan tu atas meja macam jemur ikan masin. Yang tak muat aku jemur kat kerusinya lak. Dah tengahari sket, aku balik2kan lak supaya yg bawahnya pun kena panas. Sebijik macam jemur ikan masin.Akhirnya kering gak sarung2 tangan tu. Esok bleh kasi kat dorang.

Tengahari tadi makan sandwich je.Pukul 5 lebih baru aku masak nasik. Sebenarnya tertido. Aku tak cadang nak tido pun, nak baring2 je. Terpejam...Bangun tido rasa lapo. Masak kari ikan, sayur kailan dan ada serunding daging sket. Serunding tu aku beli kat supermarket je keluaran Agromas. Sedap gak rasanya. 2 ringgit lebih je. Aku makan kat sofa depan tv. Ehehe apa la punya anak dara. Sejak aku dok sorang, aku jarang2 makan kat meja makan sebab rasa meja tu beso sangat dan yang makannya aku sorang je. Nanti sedih lak tengok bangku semua kosong. Makan depan tv tak sedih sangat sebab mata tengok tv.

Aku masih lagi rasa sunyi dok sorang2 dan masih tak biasa lagi. Aku rasa macam "alien" je sebab duduk sorang2 dan tak jumpa dengan orang hari ni. Takde kawan berbual. Hanya bercakap dengan diri sendiri. Tu pun cakap dalam hati je. Sib baik ada tipon, leh call orang. Kalau tak, tak tau la. Esok ada sukantara. Pastinya aku akan bertambah "putih" la minggu depan sebab asyik dok kat padang sampai hari rabu. Tak nak pakai macam2 krim pencerah. Tunggu ilang sendiri je la...ahaks! Apa punya anak dara la...

Thursday, January 19, 2006


Ambik gambar thru hp masa dalam perjalanan kuar dari pintu pagar sekolah. Ni budak sekolah rendah. Dia dok asyik mandi ujan. Macam kali air je budak ni. sambil main2 rambut. Jalan slow2. Ehehe comei sangat budak ni.. Pastu tak lama kemudian, abah dia sampai bawak payung. Walaupun aku tak dengar, tapi aku agak abah dia marah dia main hujan...ehehe Posted by Picasa

Penat maa

Assalamualaikum....

Pagi ni bangun2 tido je aku, aku terblur jap. Apesal ekk lampu bilik aku ni terpasang. Memang aku tido selalu tutup lampu. Fikir2 balik, baru ingat malam tadi aku tengah online, tgh download something, aku gi call seseorang. Biasalah aku, kalau call org sambil santai2, baring2. Lepas call dia tu kot aku terlelap. Isk. sib baik tak ujan ke, guruh ke, kilat ke. Kalo dak, abeh aa pc aku kena sambar petir lak. Dengan tak disconnect internetnya..Apa la aku ni..

Tapi semalam aku memang penat sangatttt. Malam semalam aku tak leh tido. Aku tido pukul 2 pagi kot pastu bangun balik pukul 5.30 pagi. 3 jam setengah je aku tido. pastu pukul 6 lebih aku dah bersiap nak gi sekolah, ada latihan rumah sukan lak mula 7-9 pagi. Penat gak melatih budak2 tu, penat berteriak je. Dah la ada murid aku cedera semalam kene besi lompat tinggi. Abeh benjol kepala. Aku risau gak. Tapi time tu aku takde kat situ sebab tgk budak2 lontar peluru.

Lepas abeh latihan sukan, aku tak balik rumah. Terus dok sekolah. Aku gi lepak kat surau. Sempat la melelapkan mata 30 minit. Dah pening kepala tahan ngantuk. Pastu tukar baju ngajar lak. Masa free gi tengok budak kawad untuk perbarisan rumah sukan lak.Masa balik sekolah, hujan turun. Emm jammed lagi. Aku sampai rumah dah gelap. Lupa nak pasang lampu luar sblm gi sekolah. Sempat ambik gambar...

Pagi ni cadangnya nak gi bandar nak beli barang2 untuk rumah sukan. Tapi nampak macam nak ujan lak. Cancel la. Turun bawah, tengok2 air takde. Baru cadang nak basuh sarung tangan untuk budak kawad. Rupa2nya thn lepas, dorang terus masukkan dalam plastik tanpa basuh. Ada yg berlumpur la..apa la..Adei...cikgu dia lak kena jadi mama dobi thn ni.

Ok..nak siap lak...bye..wassalam

Tuesday, January 17, 2006

Assalamualaikum..

Dah beberapa hari kalau aku online, aku akan jenguk satu blog ni. Err bleh tulis ke blog sapa ekk?? Takpe la, kalau dia baca atau kroni2nya baca, sure tau. Aku terjumpa blog dia masa aku surfing2 sebab tak leh tido. Dia seorang perantau. Lebih hebat perantauannya dari aku. Aku setakat merantau di negara sendiri je. Bila baca blog dia, menyebabkan aku rasa lebih beruntung sebab sebelum ni aku selalu rasa aku ni susah sebab dok jauh dari keluarga, duduk sorang2 dan semuanya aku lalui sendirian. Tapi dia lagi hebat dugaannya kerana melaluinya seorang diri di tempat orang dan berdepan dengan pelbagai masalah.

Semalam masa aku tengah kusyuk membaca blog dia, tetiba ada box kuar. Tulis "sesekali kurasa teringin". Aku hairan gak, apesal benda ni kuar. Bila aku baca balik entry2 lama tuan punya blog, baru aku tau rupa2nya kalau benda tu kuar, maksudnya dia ada depan pc dan saja nak nyakat pembaca blognya. Ehehe.Yelah aku masuk rumah dia tak kasi salam pun. Main redah je. Sori ekk tuan tanah....

Satu lagi, aku rasa ada sedikit persamaan antara aku dan dia. Kami berdua memang sentiasa perlukan pc dan internet. Emm mungkin bagi org yang macam kami, pc la kawan baik kami. Aku camtu la. Kalau pc aku rosak atau aku tak leh online sebab phone rumah aku rosak ke, aku rasa tak senang duduk. Rasa ada sesuatu yang tak lengkap dan tertunggu2 bila boleh online. Rasa sunyi tanpa internet. Aku bukan giler chat. Chat tu cuma sambilan aku je. Tu pun kalau ada member aku yang online kat YM. Kalau aku online, aku suka membaca. Baca forum, baca blog orang, baca diari. Tapi aku suka jadi silent reader je. Tak join pun. Kadang2 aku rasa aku bleh kenali macam mana orang yang empunya blog ataupun forumnis yang aku selalu baca tulisannya. Cuma aku tak menonjolkan diri je kepada dorang je. Entah la kenapa aku camtu. Mungkin aku sebab aku ni jenis rendah diri, rasa macam hidung tak mancung, pipi terserong2 je bila dan memulakan suatu persahabatan dengan org. Aku ni pemalu...dan pemalu tak bertempat...

Lagi satu bila baca blog orang, nampak berwarna warni dan macam2 ada. Aku teringin gak nak buat camtu. Cuma aku tak reti dan aku takde masa nak "meretikan diri". Aku buat blog aku ni pun aku tak tanya orang camna nak buat. Aku cari sendiri kat google dan try. Betapa pemalunya aku. Blog aku ni suram je kan? Hitam je. Macam black metal je. Tapi aku rasa sesuai gak layout aku ni hitam sebab cerita aku dalam blog ni pun semua citer2 tak best je. Ala2 rentak balada je. Kalau buat blog warna warni dan happening tapi citer sedih, tak guna gak kan??? Tak kena rentak..

Emm lama aku dok depan pc.Nak mandi dan bersiap gi sekolah. Bye. Wassalam

Monday, January 16, 2006

Assalamualaikum...

Pagi ni masa aku online, try bukak id tak_terungkap@yahoo.com. Loooo... baru aku sedar yang email aku yg ni dah deactivekan sebab lama tak bukak. Memang aku tak bukak email ni sebab aku check email guna YM je. Check je sebab takde org kasi email kat alamat ni. Email ni aku buat khusus untuk blog aku ni je. Sori la kepada sesiapa yang pernah cuba untuk menghantar email pada aku. Err ada ke orang hantar ekk?? Perasaanmu sajak....(orang sabah cakap camni la kalau bagitau kepada orang yang terperasan"

Ala..kat email yang satu lagi pun takde org hantar email pun. Kalau adapun sesekali org hantar fwded email je. Twin aku cakap, sekarang ni "zaman gelap" aku dalam bab email ni. Dulu2 berlambak email aku sampai aku malas nak balas. Sekarang ni nak dapat 1 pun susah. Takpe, aku faham kawan2 aku sibuk dengan kehidupan masing, dah kawin dan beranak pinak. Lain la masa zaman belajar dulu. Aku je yang banyak masa ngadap pc ni sebab tak berumah tangga dan beranak pinak lagi. Aku hanya ada rumah je, tangga blom ada.

Malam semalam housemate lama aku, Ann bermalam kat rumah aku. Dia nak tumpang guna pc aku nak buat keje. Lagipun suami dia takde, masuk hutan..askar. Aku seronok dia ada. Ada la kawan aku bercakap dan kawan tido. Ops! Kawan sebilik tido. Malam semalam aku tido dengan lena. Tak yah pikir pasal takut lagi. Kan best kalau setiap malam camni. Pagi semalam aku buat breakfast untuk dia. Tetamu kan ehehe. Masa kami duduk bersama, kami jarang2 breafast yang hebat2. Selalu makan biskut cap pingpong cicah air je. Kalau nak makan best2 pun hari ahad. Tapi selalu kak su yang rajin masak, dengan menu western dia. stew, spaggeti dan macam2 lagi.

Tengahari aku masak simple je. Bahan tak cukup utk masak yg best2. Aku just masak sardin, ayam goreng dan sayur ala2 paprik je. Petang tu Ann nak balik rumah dia walaupun aku ajak tido rumah aku lagi. Suami dia balik hari khamis nanti. Aku bagitau Ann, kalau takut atau sunyi, datang la sini. Ann macam aku gak, masih takut lagi bila malam, masih phobia lagi mengenangkan rumah kami dimasuki pencuri dulu.

Bila Ann balik, aku rasa sunyi sangat... Aku try tengok tv dan surfing internet utk cuba hilangkan kesunyian aku dan kesedihan aku tapi tak leh. Lastly, aku nangis sorang2 lagi sambil pandang luar tingkap, tengok awan. Bila kurang esak aku, tetiba teringat aku tak pasang ensel pintu bilik lagi. Ensel tu dah lama beli tapi takde skru driver. Semalam suh Ann bawak. Sambil air mata masih bergenang kat mata, sambil tu aku memasang ensel pintu. Bila kenang2 macam lawak lak...ada ker nangis sambil buat keje.Akhirnya berjaya gak pasang walaupun tangan berapa kali terketuk guna penukul dan skru tu macam cacat dah. Senget je aku tengok. Takpe la..asal skru masuk.

Emm tu la citer semalam. Sapa2 yang baca blog ni, jangan hairan ekk kalau jumpa perkataan sedih, nangis, sunyi dan takut banyak kali dalam entry aku sebab itulah perasaan yang aku alami di saat ini. Aku tahu umur aku dah tak layak nak nangis macam budak2. Tapi aku rasa dengan menangis tu la dapat mententeramkan hati aku dan dapat mengurangkan tekanan aku sket.

Oklah aku nak gosok baju nak ke sekolah dan nak buat persiapan sket untuk mengajar. Bye. Wassalam.

Saturday, January 14, 2006

hari yang penuh suspen...

Assalamualaikum..

Hari ni dalam sejarah. Buat kali pertamanya kunci rumah aku tertinggal kat sekolah. Biasanya aku letak dalam handbag tapi siang tadi aku letak dalam beg sekolah lak. Masalahnya di sini ialah beg sekolah tu pun aku lupa bawak balik!! Isk...camna aku leh lupa barang camni. Hari ni aku kelam kabut sket balik sebab dah janji dengan kak intan (kerani sekolah aku) nak tumpang dia balik sebab kawan yang aku biasa tumpang tu tak datang sekolah. Last period tu aku ada class. Bila time balik je aku menonong laju je gi ke kereta kak intan. Dah naik kereta kak intan, tengah2 jalan baru sedar. Nak patah balik, aku yakin pintu bilik guru dan pejabat dah dikunci dan cikgu yg pegang kunci tu dah balik rumah. Rasa nak nangis pun ada. Terbayang dalam kepala..."rumah sapa la aku nak gi merempat ni".

Sib baik tiba2 otak aku leh berjalan lak, teringat nak call tuan rumah sewa aku. Alhamdulillah dia ada kunci lagi satu. sampai rumah, dah gelap. Aku dok tercongok depan pintu rumah sambil tunggu tuan rumah aku sampai. Anak2 jiran aku yang on the way nak pegi ngaji, entah berapa kali toleh kat aku. Dorang nak memastikan samada hantu ke orang kot..ehehe. Pastu tuan rumah aku sampai. Memula tak leh bukak gak...aku dah cuak gak. Tingat balik...nak tido rumah sapa malam ni...tapi alhamdulillah rupa2nya silap kunci. Lega...

Lepas mandi aku on pc. Aku nak attach something....lambat betul dia loading. Sambil tu on tv gak (aku angkut tv masuk bilik); Aku jenis nengok tv sambil baring. Tup2 terlelap. Aku rasa dekat sejam gak pc dan tv tu nengok aku tido. Bila sedar, aku offkan pc dan tv dam sambung balik tido.

Pukul 1 pagi, aku terjaga lagi. Dengar macam bunyi pintu terbukak dan tertutup. Suspen betul. Dalam hati aku terfikir pasal macam2. Aku dah fikir, aku nak call kawan2 nak mintak tolong. Pastu fikir apa senjata yang aku ada dalam bilik ni. Pisau tu aku ada la. Pastu fikir aku nak menyorok dalam toilet yg dalam bilik aku ni. Mulut lak aku baca la apa2 zikir yang aku teringat. Aku tunggu lagi bunyi tu. Banyak kali la bunyi pintu tu camtu. Bila dengar baik2, baru aku tingat, kat rumah aku ni banyak pintu yang tak leh tutup rapat (tombol rosak) Mesti angin tiup ni. Yelah...kat luar bunyi angin, hari nak ujan. Lega....Cadang nak tido balik, tapi tak leh lak...

Kat sekolah tadi, kawan aku citer, sekarang ni banyak kes kat area sini. Aku nak cakap pun ngeri. Nauzubillah himinzalik...kawan aku citer ada kes rompak dan bunuh kat bandar, kat area yang aku biasa lalu. Aku ni lone ranger. Gi bandar, gi bank, gi pasar semua sorang2. Ya Allah selamatkanlah aku dari segala mara bahaya....ameen...ameen ..ameen Ya Rabb...

Emm bila terjadi kejadian cam tadi, aku sedar betapa sukarnya aku menempuh hidup sendirian. Betapa untungnya bila ada keluarga di sisi. Tak yah fikir pasal banyak benda dan kita rasa selamat je bila dengan keluarga. kat sini semuanya aku kena lalui sendiri. Aku kena berani, aku kena cekal, aku kena selesaikan sendiri masalah yang dihadapi. Harap2 permohonan aku untuk pertukaran balik ke semenanjung di terima tahun ni. Tahun lepas dah apply tapi tak dapat.

Bila terjaga tadi aku susah nak tido balik. Aku on pc, rasa macam perlu bercakap dengan orang. Rasa nak citer apa yang aku rasa tapi takde kawan yang online. Kalau boleh memang aku tak nak call atau beritahu kuarga aku pasal hal2 camni. Nanti mak aku risaukan aku. Emm dah pukul 3 pagi. Ada 2 jam lebih je untuk aku tido. Esok aku kena bangun awal. Ada meeting yang panjang kat sekolah. Memula meeting NILAM, Pastu meeting staf dan pastu meeting panitia. Tengahari baru abeh.

Ok..nak try untuk tido...semoga semuanya selamat untuk aku....

Wednesday, January 11, 2006

Citer raya korban

Cerita terkumpul. Malam ni baru aku post

Assalamualaikum...

Ingat nak tulis diari malam tadi tapi aku tido awal lak. Penat maa... Nak citer pasal raya semalam je...

Isnin...

Sekolah aku tak amik cuti. Petang tu pengetua bagi balik awal untuk semua warga sekolah. Balik 4.45 petang tapi sampai rumah pukul 5 lebih gak. Jalan jem. Rumah dekat pun sampai lambat gak. Sampai rumah aku relax jap. Hari ni banyak kelas. Makan tengahari pun aku sempat beli sandwich je kat kantin. Balik rumah baru makan nasik gorang yang aku beli tapau tapi. Pastu naik bilik mandi dan ready nak sembahyang maghrib lak. Dah lepas mandi tu, duduk kat tepi katil, tetiba aku rasa macam sayuuuu sangatttt... Di saat camni orang lain dah ada kat kampung, bergumbira dengan kuarga, masak2 dan sebagainya. Aku?? Dok sorang2 je kat rumah ni dan tak merasai semua tu. Isk....susah lak nak tahan empangan airmata ni dari pecah....lastly pecah gak....menderu2 airmata ni jatuh.... Tadi masa mak call, aku buat2 ceria je. Aku cakap dengan mak, jangan sedih. Bukannya tak biasa. Dah 4 tahun tak pernah sambut raya haji dengan kuarga. Mak nangis gak....aku sabarkan je la hati...tapi sekarang..aku lak tak leh nak menyabarkan hati aku sendiri.....takde sapa aku nak cerita kesedihan ni...

Lepas sembahyang, aku turun ke dapur. Pada asalnya aku tak nak masak apa2 pun untuk raya ni sebab aku sorang je. Tapi bila fikir2 balik, karang aku tengok org makan kat tv, aku terliur lak..kan susah..Lastly, masak gak dalam keadaan keletihan. Cadangnya nak masak rendang ayam dan nasik impit. Dah le aku lupa nak beli nasik impit segera tu. Kena buat cara tradisional la. Call mak dulu tanya sukatan. Sambil masak nasik impit, tengah nak siap2kan bahan2 masakan aku tetiba blackout le pulak. Dugaan sungguh. Aku tutup api dapur terus naik bilik sebab lilin dan torchlight ade kat dalam bilik. Lagi pun aku takut dok dalam gelap sorang2. Lama gak takde letrik. Pastu aku ambik keputusan nak turun bawah. Nak simpan balik barang nak masak. Tengah kemas2 barang, ada balik lak letrik ni. Ehehe nasik impit aku jadi cam keras, pastu aku tambah air lak. Camni le..org tak pro..Macam lembek lak. Adei...takpe la..simpan dalam peti ais, mungkin boleh keras kot. Lepas tu sambung masak rendang lak. Rasa macam duduk tahun 50an lak. Mana taknya...semua benda bawang, serai, halia semua aku tumbuk guna lesung batu. Rumah aku takde blender. Tu pun tumbuk pelan2, takut jiran aku terganggu lak. Akhirnya masak gak rendang ayam aku.

Selasa

Dah raya. Bangun dengan rasa malas, rasa penat tak hilang lagi. Ehehe tapi aku bangun awal gak la. Hari ni nak gi solat sunat Aidil Adha dengan housemate lama aku, Ann. Suamni dia kene keje pagi tu. So dia ajak aku sama. bertolak pukul 7 lebih. Sampai2 kat masjid tu, kami la orang perempuan terawal sampai. Hairan gak pasal takde org. Tak lama pastu baru ada pompuan lain sampai. Lepas sembahyang, Ann ajak terus gi rumah dia. Makan nasik impit, kuah kacang dan kuah lodeh. Lepas tu cadangnya nak gi rumah housemate lama aku yang satu lagi. Tapi rumah dia terbukak lambat lak. So aku ajak Ann gi rumah aku lak...ehehe...aku hidang la nasik impit lembek dan rendang aku tu. Pastu aku tapaukan untuk suami dia nanti dan jugak utk housemate yg sorang lagi. Abeh dah rendang aku..ehehe saja aku nak kasi abis. Biar senang hati aku. Kat rumah housemate yg 1 lagi dia jamu mee goreng dan mee rebus. Aku mkan sket je, dah kenyang. Masa nak balik, dia tapaukan aku mee lak... Adei... camna nak makan banyak2 ni....Balik rumah takde aktiviti lain melainkan tengok tv je. Citer kimat sudah dekat best gak..

Camtu le citer raya aku kali ni....harap2 tahun depan aku bleh beraya dengan kuarga aku lak. Salam Aidil Adha untuk semua... sama2 kita hayati erti pengorbanan. Kerana pengorbanan untuk negara la aku terlempar jauh kat sini dan beraya sorang2... sabar...sabar....isk..isk...sedih...

Thursday, January 05, 2006

Cicak dan semut pun jadi teman

Assalamualaikum...

Sian ekk ko diari,lama aku tinggalkan. Aku ada banyak benda nak citer dalam "tak terungkap" ni. Tapinya bila time aku banyak citer, aku takde masa nak tulis.
Oklah tahun 2006 ni aku cuba untuk meluangkan masa untuk menjenguk di sini.

Dah 4 hari kita berada di tahun baru ni. Aku macam biasa je. Tak excited sambut tahun baru. Tak meraikan pun. Pada malam tahun baru aku masuk tido awal. Masuk bilik je awal..tapi bukannya tido. Aku penat sangat tapi mata tak boleh lelap. Rancangan kat tv pun aku tak tengok. So aku hanya baring sambil mata terkebil2. Kat sini kat "daerah sepi" ni ada gak pertunjukan bunga api. Aku boleh dengar bunyi letupannya. Tapi aku malas nak tengok kat tingkap. Biar la....tengok ke tak, hari baru, tahun baru tetap akan datang. Yang pastinya umur aku bertambah 1 lagi angka. Makin tua..Malam tahun baru, aku hanya boleh lelapkan mata setelah jam 1 pagi lebih dan malam ini ialah malam pertama aku di rumah baru dan keseorangan.........(nanti aku citer kenapa aku sorang)

Akhir 2005 membawa banyak pengalaman tak best dalam hidup aku. Aku balik awal ke “daerah sepi” ni untuk settlekan urusan rumah sewa dan ambik exam PTK. Aku perlu pindah sebab sorang housemate aku dapat balik semenanjung dan sorang lain kawin. So yang kawin tu nak duduk rumah sewa tu. Petang 26/12 tu aku sampai sini dan keluar je dari kawasan airport, tekak aku dah rasa sakit. Perubahan cuaca mungkin.Malam tu aku masih bermalam kat rumah sewa lama aku sebab brg2 aku masih disitu. Malam tu aku tak keluar bilik. Badan rasa tak sedap, macam nak demam. Hari selasa 27 hb tu aku ke sekolah untuk ambik slip exam PT lepas tu terus ke bandar. Beli brg2 keperluan sket. Dalam pasaraya tu, dah rasa tak larat. Selsema pulak dapat.

Hari rabu 28hb, aku di rumah je. Demam agak teruk. Cadangnya nak study utk PTK tapi tak masuk dalam kepala pun. Kepala macam biol2 pening. Dah la 1 hari tak jumpa nasik. Aku makan roti je. Masa aku banyak duduk kat bilik je sebab demam+ aku segan dengan suami housemate aku. Aku keluar bila aku yakin dia takde kat rumah (dia gi keje) Pastu bila time dia nak balik, aku tak kuar lansung.

Hari khamis 29 Disember, aku gi exam PTK dalam keadaan tawakal je. Ye la, study pun tak banyak terutama untuk paper P&P. Dah la ni 1st time ambik exam. Aku cuba sebaik mungkin la jawab. Orang kata susah. Tapi aku rasa boleh la....ehehe bunyi macam yakin lulus je. Doa je la. Balik exam, aku terus gi bandar. Nak tau apa cari apa? Aku mencari sepinggan "nasik". Dah kebuluran rasanya tak makan nasik dekat 2 hari. Nak masak kat rumah, tak larat dan segan (aku hanya menumpang kejap kat rumah sewa tu). Pegi bandar berhujan lagi. Dan sepanjang 4 hari duduk kat rumah sewa tu, malam hari khamis tu baru aku bersua muka dengan suami housemate aku. Mana taknya, aku asyik berkurung dalam bilik je bila dia ada kat rumah.

Jumaat 30 oktober, aku menyiapkan packing barang untuk pindah. Petang 31hb aku pindah dengan bantuan housemate dan suami serta housemate lama aku serta suaminya. Dua kereta barang2 aku. Sewajarnya aku mengangkut barang tu naik lori. Apa la banyak beno barang yg kumpul sejak 3 thn lebih di sini. Beg baju paling banyak pastu barang komputer aku la.Tu pun meja pc dan rak kasut aku tinggalkan pada housemate sebab kat rumah baru ni ada kelengkapan tu.

Alhamdulillah orang2 yang membantu aku petang tu semuanya kesiankan aku agaknya. Dorang siap bawakkan beg baju aku sampai bilik atas. Tolong ubahkan kedudukan katil dan almari, tolong angkat meja pc dan tolong tgk2kan rumah aku ni. Dorang kesian kat aku sebab nanti aku tinggal sorang. Lepas dorang balik,dah mula terasa sunyinya.

2 malam di rumah baru, aku tak bleh tido.Tak tau kenapa. Mungkin sebab berubah tempat tido. Jenuh aku pusing kiri, pusing kanan, turun katil pastu naik balik katil tetap sama. Rasa sunyi+ takut+bosan+ semua la. aku masih lagi trauma dengan kejadian pencuri masuk rumah aku bulan puasa lepas. Di kala ini, aku mula teringat mak, keluarga dan kawan2. Beruntungnya org yang tinggal bersama keluarga, dan ada kawan2. Aku?? Segalanya perlu hadapi sendirian. Emm pernah sekali tu, masa malam pertama di rumah baru, aku nampak cicak kat dinding. BIla nampak cicak tu, hati aku jadi lega sket sebab sekurang2nya ada gak makhluk bernyawa kat rumah aku ni selain aku. Ada gak teman. Nampak semut pun aku rasa lega. Biar la semut tu jadi peneman aku. Sian kan aku....

Mak aku lak, tiap2 malam call, ingatkan pasal kunci semua pintu dan tingkap dan memesan pada aku baca la apa2 ayat seblum tido. Mak aku tu risaukan aku kat sini. Dah berapa kali mak nangis2 bila tahu situasi aku kat sini. Aku tak sanggup dengar bila mak aku nangis. Bukan apa, aku jadi sedih dan rasa bersalah sebab buat mak aku mengalirkan airmata kerana aku. Aku lagi sedih bila terpaksa melalui semua ni tapi aku selalu cover bila bercakap dengan mak supaya airmata aku tak terkeluar. Dan boleh katakan setiap malam aku menangis sendirian bila merasakan aku tak mampu nak hadapi semua ni sorang2 tanpa sesiapa pun di sisi. Tapi aku perlu ingat, Allah takkan menduga kita jika kita tidak mampu untuk menanggungnya. Mungkin ada hikmah di sebalik semua ni.

Ya Allah, Ya Tuhanku. Bantulah hambaMU yang lemah ni dalam mengharungi hidup sendirian di tempat orang, tanpa keluarga di sisi