Tuesday, February 21, 2006

Hadapi Dengan Senyuman

Hadapi dengan senyuman
Semua yang terjadi
Biar terjadi...
Hadapi dengan tenang jiwa
Semua...kan baik-baik saja

Bila ketetapan Tuhan
Sudah ditetapkan
Tetaplah sudah...
Tak ada yang bisa merubah
Dan takkan bisa berubah

Relakanlah saja ini
Bahwa semua yang terbaik
Terbaik untuk kita semua
Menyerahlah untuk menang


 Posted by Picasa

Jangan Bersedih lagi...

Assalamualaikum..

Setelah hampir 2 minggu...akhirnya aku sembuh gak dari "sakit". Walaupun belum sembuh 100% tapi syukur la. Aku tak sanggup lagi nak lalui masa-masa derita tu. Namun dalam hati aku, perasaan sayang pada dia masih ada. Cuma sekarang ni sayang aku padanya telah ditutupi oleh rasa kecewa. Dah beku macam tasik di kutub yang diliputi ais. Selama 2 minggu banyak yang aku fikirkan dan banyak perubahan dalam diri aku. Perubahan yang baik. Aku memang percaya, setiap apa yang berlaku ada hikmahnya. Dan aku telah nampak hikmah yang Allah nak tunjukkan pada aku. Aku belajar untuk menjadi seorang yang redha menerima ketentuan Ilahi.

Sepanjang 2 minggu ni, keluarga dan kawan-kawan yang banyak membantu aku. Walaupun mereka jauh. Tapi panggilan dan sms dari mereka membuatkan aku jadi lebih kuat. Tak pernah-pernah sepanjang umur hidup aku menangis kerana seorang lelaki di depan mak, tapi kali ni aku tewas. Blom sempat cakap apa-apa dengan mak kat telefon, aku nangis dulu dah. Mak aku pun sama-sama menangis. Mak cakap " Sedangkan orang yang dah kawin dan beranak pinak pun bercerai, inikan pula baru bercinta, Sabar la, jangan ikutkan perasaan". Memang betul cakap mak aku.

Twin aku lak cakap " Maknanya ko takde jodoh la dengan dia. Jangan susah2 nak fikir". "Ko masih ada keluarga dan kawan2". Bila dia takde, bukan maksud ko akan keseorangan, aku kan ada". Twin aku memang nasihatnya cara camni. Macam kasar je..tapi aku bleh terima.

Kawan2 aku cakap:

- Jodoh tu Hak Allah, kita takde kuasa nak menentukannya
- Sebelum bercinta, kita boleh hidup tanpa dia. Kenapa tak, selepas dia takde, kita pun boleh hidup gak.
-Mungkin awak akan bertemu dengan orang yang lebih baik selepas ni.
- Jangan kecewa sampai nak giler. Kang giler susah lak. Banyak-banyak solat.
- Jangan mendera badan sendiri. Nanti memakan diri sendiri. (yelah, aku tak tido dan tak makan pastu takde semangat nak buat keje, camna tak dera diri)

Pastu kawan aku pernah hantar aku satu lagu ni. Walaupun bukan nasyid tapi liriknya membuatkan aku jadi lebih tenang. Lagu kumpulan dewa- Hadapi Dengan Senyuman. Kawan aku suruh try senyum. Bila aku dengar lagu tu, aku try gak la senyum dalam kepayahan. Sekarang ni ok dah. Semalam aku gi sekolah, aku rasa happy, rasa nak senyum dengan semua orang. Dengan student aku yang tengah jawab exam pun aku senyum gak. Ehehe..

Di saat aku tengah bersedih minggu lepas, masa tengah jalan kat kaki lima sekolah, seorang nak murid aku tegur aku. Dia kahir perbulan tu dia cakap "cikgu pun cantik". Sebelum tu muka aku sedih je masa tengah jalan, bila dengar dia puji aku (walaupun aku tahu pujiannya tu tak layak utk aku) aku terus senyum. So, hilang la muka sedih aku. Pastu dalam kelas lak, anak2 murid aku pandai lak buat lawak. Aku senyum lagi.

Malam sabtu@ahad lepas, aku tengok buletin utama. Ada cerita pasal anak yatim piatu kat Acheh. Dorang bernasyid sambil menangis teresak-esak mengenangkan mak ayah dan tiada. Walaupun dorang bernasyid dalam bahasa acheh tapi boleh nampak kat riak muka dorang betapa dorang rindukan mak ayah dorang dan pilunya bila tiada siapa di sisi mereka. Nangis aku tengok dorang nyanyi. Kecik2 lagi dah kena hidup sendirian. Bila aku kenang balik, aku hanya putus cinta je, hilang kekasih. Aku masih ada mak, abah , adik beradik dan sedara mara. Aku dah dewasa. Aku dah keje. Tapi dorang...baru nak mulakan kehidupan dan sendiri. Insafnya aku...

Petang ahad lepas lak, tengok citer "Laila Majnun". Aku layan je sebab takde apa nak buat. Sebelum ni aku tak pernah tgk citer ni sampai abis. Selalunya yang awal2 je sebab dah tau apa citer dia. Kali ni aku tengok sampai abis. Bila tamat, aku fikir gak. Cinta boleh membuat orang jadi giler dan merana sampai mati. Aku tak nak la camtu...

Sekarang aku try baca satu buku motivasi yang bertajuk "La Tahzan" @ Don't Be Sad @ Jangan Bersedih. Bagus gak buku ni walaupun aku baru baca sikit je. Antara kandungan buku ni, penulis ni cakap, kalau kita sedih, ia akan menyebabkan banyak penyakit datang. Kalau kita bersedih dan akhirnya tak leh tido, akan menyebabkan tekanan darah kita tinggi. Bila darah tinggi, akan memberi kesan pada jantung lak. Pastu ada lagi la penyakit2 lain. Bahaya woo sedih-sedih ni. Emm aku tak abis lagi baca. Nanti kalau dah abis, aku buat la entry pasal buku ni. Tapi tak tau bila nak abis. Tebal gak.

Emm so..aku harap lepas ni, aku akan bertambah ok. Walaupun aku pernah sedih kerana "dia" namun aku tak berdendam dengan dia. Aku doakan semoga "dia" sihat, selamat dan diberkati Allah dan selalu ditunjukkan jalan yang benar. Sayang aku pada dia ikhlas kerana Allah. Aku pernah harapkan sayang aku pada dia bukan saja di dunia malah dibawa sampai ke akhirat.Dan aku terima, kami berpisah juga kerana Allah. Life must go on...

Sunday, February 12, 2006

cuti rehat...

Pemilik blog sedang "bercuti" menulis blog. Penulis sedang menghadapi masalah jiwa yang kronik dan mengambil masa untuk kembali kembali seperti sedia kala.Doakan semoga penulis tabah, cekal dan redha menempuhi segala dugaan hidup ini.

"Terasa sangat derita bila kesetiaan, kejujuran dan kasih sayang yang dicurahkan dipermainkan oleh insan yang bernama lelaki. Hanya Allah saja yang tahu sedalam mana kasih ini kepada dia. Rupa-rupanya hanya manis mulut bicara tetapi dalam hati ada cinta yang lain."

Tuesday, February 07, 2006

risau..risau...

Assalamualaikum...

Emm tadi cadangnya nak tulis pasal citer lain tapi malam ni lain benda lak yang aku tengah fikirkan. Tadi kat sekolah, tengah makan kat kantin sembang2 dengan rakan2 sekerja. Sebelum tu aku tengok gak pengetua, ada beberapa orang guru lelaki dan tukang kebun sibuk kat tepi cerun @ lereng bukit. Aku ingat dorang sibuk pasal nak buat taman kat situ sebab sekolah aku nak masuk calon pertandingan 2K. Pastu dengar dorang citer pasal tanah2 runtuh. Laaa selama aku ada beberapa jam sekolah tu, aku tak tau lak ada tanah runtuh kat area situ. Abis, tadi datang sekolah aku sibuk dengan minit mesyuarat pastu waktu pertama sampai waktu kelima aku ada class. Memang tak sempat sembang dengan orang.

Tanah runtuh tu dekat lereng bukit. Hanya beberapa meter dari bangunan sekolah aku. Aku pun hairan gak dulu, camna leh buat banggunan dekat sangat lereng bukit. Masa aku posting tu, bangunan ni dalam pembinaan. Aku yang takde kepandaian pasal tanah dan banggunan pun tau pasal benda camtu. Lepas makan, aku naik bilik guru dan tinjau dari atas. Isk... teruk gak tanah runtuh ni. Pokok besar kat tepi lereng tu pun dan condong. Kalau pokok tu tumbang camna la. Sekarang ni memang musim ujan kat sini. Hujan lebat dan kilat sekali. Ni yang buat jantung aku berdegup-degap ni. Banggunan yang paling hampir dengan lereng tu ialah banggunan pentadbiran termasuk la bilik guru aku setinggi 4 tingkat. Baru aku pasan, tukang2 kebun tu sibuk letak plastik supaya tanah tak menggelongsor lagi. Aku tanya gak pada kawan2 aku, tak panggil ke JKR ke, Jabatan Tanah ke, Jabatan Alam sekitar ke untuk check benda ni . Benda camni mana boleh urus2 sendiri je. Ianya melibatkan beribu2 nyawa.

Balik sekolah tadi, aku terfikir, selamat ke sekolah aku ni. Aku rasa macam takut je. Rasa nak cuti esok. Tapi sampai bila aku nak cuti. Cuti yang boleh guru apply hanya 7 hari setahun. Tu pun kalau ada sebab2 tertentu je. Dan aku berdoa, jangan la hujan lagi. Aku takut nak gi sekolah esok. Risau sangat. aku simpan sorang2 je kerisauan aku. nak citer dengan mak dan twin aku, aku takut dorang risau lak. cukup la kerisauan dorang pasal aku duduk sorang2 kat sini.

Dalam tahun lepas, aku pernah sekali tu baru lepas sembahyang asar kat surau sekolah. Aku sorang je masa tu. Tengah dok relax tu, aku rasa macam terbuai2 je. Aku dah terbayang macam2 dalam kepala. Aku cadang nak lari kuar dah. Tapi bila aku amati, takde orang lain pun yang lari ataupun panic.Bukan apa, aku penah merasai pengalaman masa 26 Disember 2004 tu yang gempa bumi yg menyebabkan tsunami di Acheh tu. Masa tu aku kat kampung di Perak. Rasa terbuai2 camtu la. Emm perasaan aku je kot takpun body aku tak seimbang..

Isk..risaunya aku....camna ni...

Friday, February 03, 2006

malam tahun baru cina kat rumah jiran aku...2 malam lepas buat jamuan lak. Err untuk geng2 dorang la, jiran tak dijemput sama. Kalo dijemput pun aku tak mo pegi. Malam tahun baru dulu, rumah ni la yang buat babique@ babi golek depan rumah. Aku ingat mula tu kambing golek, rupanya benda tu. Semput napas aku...Berkurung dalam rumah je la.. Posted by Picasa
budak2 yang main musik dong-dong che... kecik lagi...sekolah rendah kot. Sorang tu macam bukan budak cina. Yang jadi singa pun budak kecik je... Posted by Picasa
Tarian singa rumah pertama...seekor je.. Posted by Picasa

Agenda 7 hari

Assalamualaikum...

Rasa bersalah lak sebab kata "tunggu sekejap" tapi lama baru aku menulis. Emm walaupun aku tak tahu samada blog aku ni ada pembaca tetap atau tak, tapi rasa bersalah masih ada. Yelah, tak mengotakan janji.Maafkan aku yer....(kepada sesiapa yang menanti blog aku ni ...)

Cuti dah 7 hari berlalu. Aku banyak duduk dalam rumah je. Setiap hari ada je agenda aku. Misi mengemas rumah. Aku kemas bilik2 yang tak digunakan, memake up kan dapur sket, menebas rumput, menyapu satu rumah dan aktiviti biasa ialah masak, makan dan tido.

Hari ahad dan isnin. Kawasan taman aku ni riuh rendah la sket sebab jiran2 aku ramai masyarakat cina. Aku cuma memerhatikan dari bilik je la suasana perayaan tu. Malam2 rumah2 jiran aku dah terhias dengan lampu macam tanglung tu. Pastu hari ahad tu 2 buah rumah jiran aku jemput kumpulan tarian singa. Yang satu rumah tu seekor je. Aku tgk dari tingkap je. Pastu yang sebuah lagi jemput 2 ekor. Aku rasa mesti mahal jemput tarian singa ni sebab bukan semua rumah ada. Lama 2 la dorang dong-dong che depan rumah. Aku perhatikan alat musiknya. Ingat banyak jenis, rupa2nya 3 je (yg aku nampak la) tapi paling banyak dorang guna yang macam tutup periuk tu, apa entah namanya, aku tak tau. Mau 4 benda tu. Patut la bunyik kuat. Yang main benda2 tu semuanya remaja dan ada yg budak2 sekolah rendah je aku tengok.

Hari rabu lepas, aku cadang nak pindah bilik. saja nak tukar angin duduk kat bilik yang kecik sket. Rumah ni ada 4 bilik. Aku lak dok sorang2. Dah angkut kain baju, meja pc, pc. Katil memang dah ada kat situ. Pastu petang tu aku lepak2 kat bilik tu, rasa macam sedih lak. Bilik tu mengadap belakang rumah. Rasa sunyi lak. Kat situ dekat dengan kilang. (tak tau kilang apa, tak nampak pekerjanya. Aku dengar bunyik mesin je). Bilik biasa aku mengadap jalan dan rumah jiran. So bising sikit dengan bunyi kenderaan dan anak2 jiran. Petang tu gak aku pindahkan balik barang2 aku...ehehe apa la.. hari rabu tu memenatkan badan je la dengan 2 kali pindah.

Hari sabtu dan khamis (semalam) aku gi bandar. Ada urusan kat bank. Punya lah ramai orang. Aku gi 2 bank semalam. Dok kat situ je 2 jam. Pastu macam biasalah agenda shopping. Disebabkan aku bosan, so aku masuk je la supermarket yang tak glemer pun. Ada gak benda yang murah kat situ. Semalam, aku masuk kedai kain. Ingat nak cari kain nak buat langsir kat dapur. Tengok2 "terbeli" 3 helai kain pasang. Huhuhu..

Hari ni aku punya aktiviti ialah menebas rumput depan rumah. Dah panjang sangat rumput tu. Aku lak takde contact no pemotong rumput. Tengah dok menebas tu, suami jiran depan rumah aku menegur "rajin ###### ni" Dia cakap, nanti kalau dia jumpa pemotong rumput, suh datang ke rumah aku. Aku abiskan la sepetak kawasan tu. Yang tepi longkang tu aku tak larat nak tebas, tambahan lagi ada orang offer nak bagitau pemotong rumput. Bayangkan la, aku menebas guna pisau pemotong daging yang panjang sejengkal..huhu...kalau tebas guna parang ok la sket.

Hari ni aku dah kembali rajin masak. 3,4 hari lepas aku didatangi mood malas masak. Aku makan simple2 je. Hari ni masak sambal sotong, ikan goreng dan sayur kobis. Lagipun aku nak kena abiskan bahan2 mentah dalam peti ais ni sebelum sekolah bukak. Hari sekolah aku jarang masak. Dapur aku kat kantin je biasanya....ehehe...

Oklah ekk, hari nak ujan. Guruh sesekit. Kalo guruh kuat aku kena off pc...Bye..

Model fair and lovely...(yang terlebih itam)

Assalamualaikum...

Hari jumaat lepas, kawan aku tegur muka aku sunburn teruk sangat... Orang lain sunburn gak tapi tak macam aku. Aku berkilat lagik. Aku malu nak tengok cermin. Kawan aku cakap aku dah itam setaraf dengan kalidasan. Kalidasan tu budak india kat sekolah aku. Ehehe macam la sebelum ni aku putih benor. Kulit aku ni sawa matang je tapi bila dah berjemur lagi "matang" la...ehehe.. lagi satu punca dia mungkin sebab aku tak pakai apa2 krim masa bertugas kat padang. Tu la degil lagi. Hari ni, dah seminggu lebih, ada la kurang sket sunburn. Aku pakai bedak sejuk malam2. Aku tengok iklan fair and lovely. Muka aku sebijik itam macam model2 iklan tu (yang dimake up lebih2 itam tu) Dalam hati terlintas gak nak pakai. Tapi bila fikir2 balik aku nak elak sangat la pakai krim2 camni. Kang abis kulit aku dihakis. Mungkin kesan jangka pendek nampak cantik tapi kesan jangka masa panjang tak tau lagi. Aku penah tengok kawan aku pakai produk ni kulit dia macam nipis dah...

Nak citer pasal ativiti aku yang menyebabkan aku jadi model fair and lovely (yang tak cun) ehehe.... Actually aku mula sun bathing (cewahhh cakap omputih)sejak hari sabtu 21/1/06 lagi. Walaupun hari sabtu, tapi sekolah aku beroperasi macam biasa. Masuk mengajar sesi petang start 12.15-5.55. Hari ni ada acara sukantara. Mula pukul 2.00 petang. Aku ditugaskan sebagai pengurus peserta. Hari ni acaranya lontar peluru, lompat tinggi, 100 meter dan lompat jauh. Adeiii..panas ya amat. Bawak je payung tapi kadang aku letak payung kat tanah sebab aku pegang fail lagi dan ada nak tulis something. Sukantara ni melibatkan semua pelajar. Tak kira terer ke tak dalam sukan. Siapa yang lepas target cthnya dalam lontar peluru lebih dari 8 meter akan dikira 1 markah dan markah ini akan menyumbang kepada rumah sukan. Hari Isnin, 23/1/06 masih lagi diteruskan dengan acara sukantara. Aku jaga acara 200 meter lak. Panas lagi. Kali ni payung tak lepas.

Hari selasa ada sukan akhir iaitu acara yang tak akan dibuat masa sukan esok. Hari ni semua guru dan pelajar datang waktu pagi. Aku jaga bahagian rejam lembing. Ada berempat guru bertugas kat situ. Aku hanya tukang catat keputusan je. Tukang ukurnya cikgu lelaki dan ada budak pengakap. Berpanas lagik. Abis sukan akhir, kitaorang tak boleh balik lagi. Ada raptai sukan lak. Abis raptai aku bahagikan baju untk student kawad besok.

Rabu 25/1/06 sukan tahunan. Sebelum pegi ke grand stand, aku gi tengok budak2 yang nak kawad tu. Tolong pinkan kan selenpang dorang. Lepas tu aku dan guru2 lain naik ke astaka untuk majlis perasmian. Dalam banyak2 kontijen kawad, nampaknya anak murid aku berkawad dengan baik. Rumah sukan aku dah 5 kali menang kawad berturut2. Paling aku menyesal tak bawak camera. Aku dah nak bawak, tapi lupa nak ambik. Lepas perasmian, baru acara bermula. Aku jadi pencatat masa bersama 7 lagi guru. Hari hujan... Mula2 aku bukak payung pastu tutup balik sebab banyak sangat payung dekat garisan penamat. Kang aku tak nampak pelari sampai. Sib baik tak lebat sangat. Pastu hari cerah balik dan panas pulak. Sukan tahunan sekolah aku abis dekat pukul 1 tengahari. Adei..penatnya dah 5 hari dok kat padang je. Walaupun bukan aku yang berlari tapi penat berpanas.

Balik rumah tak leh nak relax. Nak buat persiapan mengajar lak sebab esok ada nazir datang. Nazir ialah pegawai kementerian pendidikan yang akan memantau sekolah2 di Malaysia. Dorang tengok patau dari semua aspek la termasuk la buat observation masa guru mengajar. Pastu suka hati dorang la nak masuk kelas sapa. So semua kena ready la. Khamis tu, masa masuk office, nampak la dorang tengah selak fail2 pejabat. Aku gabra gak la walaupun keje aku semua siap. Ada cikgu pagi dah kene observe. Penyelia petang aku gi bilik guru, dia cakap..."A**** (nama aku la, ehehe) Nazir nak tengok awak mengajar." Aku punya la terkejut. Aku tanya la, betul ke??? Pastu dia senyum. Menyakat aku la tu. Kawan2 sekerja aku memang suka menyakat aku, tak tau apasal. Sebab aku lurus bendul kot...ehehe... Penyelia petang aku tu dalam 30an. So, macam kawan2 je. Pastu bila jumpa aku lagi, dia menyakat benda yang sama. Ala...nazir tu dah balik masa dia menyakat tu.

Camni la aktiviti aku sepanjang seminggu...Anyway, aku tak kisah sangat. Sukan ni acara tahunan kat mana2 sekolah pun. Itam pun itam la...ehehe...Kalau nak putih, pilih la keje dok dalam aircond...ehehe. Mak aku cakap "hitam-hitam sitampuk manggis, sungguhpun itam ku pandang manis" Wakakaaka...