Assalamualaikum….
Firstly thanks pada pada Royce dan zure yang ada melawat blog saya tempoh hari dan Tanya kabar pasal demam saya. Sorry tak balas komen Royce dan Zure. Masa tu memang kesihatan pun tak berapa ok ditambah degan kesibukan keje. DAN tambah malang lagi lak, pc saya rosak lak pastu.
Actually dalam seminggu dua ni banyak benda yang berlaku dan kebanyakkan tak best.
PERTAMA, pc aku rosak. Aku balik sekolah je nak on pc dan nak connect internet tak leh. Mula2nya ingat talian internet aku yg problem. Tiap2 hari la aku try. Lama kelamaan baru perasan keadaan pc aku bertambah uzur. Mula2 tu boleh gak la klik kat start tu. Lama2 lansung takleh bukak apa2 pun. Pc aku tu memang dah lama sakit, tapi aku tak bawak repair. Selagi aku bleh guna, aku pakai je. Bila tak leh online, aku rasa hidup aku tak lengkap. Balik sekolah je aku rasa sunyi dan aku rasa tension sebab tak leh berkomunikasi dengan orang. Dah le aku lonely, tambah lagi le kelonelyan aku…
KEDUA. Aku kene gastric lak hari sabtu lepas. Dalam beberapa hari sebelum t aku dah muntah dan rasa pedih perut sikit2 tapi aku biarkan je. Aku rasa gastrik tak la bahaya sangat, Malam tu dalam pukul 8 lebih perut aku macam kene cucuk2 je. Macam2 aksi aku buat nak hilangkan sakit tu. Aku nak bertahan je sampai pagi esok tapi dalam 9 setengah lebih tu rasa tak leh tahan dah. Aku buat keputusan call ex housemate aku An. Aku call dia sambil nangis. Tangisan aku tu bukan sebab sakit tapi aku sebak sebab aku sorang2 kat perantauan dan terpaksa mengharapkan orang lain utk hantar ke klinik. Nak dekat pukul 10 An sampai. Suami An ikut sekali. Dia dah tido masa tu tapi An kejutkan.
Mula-mula aku ajak An gi mana2 klinik yang masih bukak tapi semua dah tutup dan takde klinik 24 jam. Nak tak nak kene gi hospital bahagian Emergency la. Sampai sana nak dekat 10 setengah. Ada ramai gak orang kat emergency tu, Aku punya nombor tak la jauh sangat tapi ramai yg potong que. aku dak la marah sebab aku tahu kes dorang lebih kritikal lagi. Doktor lak sorang je malam tu.. Aku masuk jumpa doctor nak dekat pukul 12 tengah malam dah, Sian An dan suami dia dah ngantuk2 tunggu turn aku, Kat kerusi tu aku nak gelisah. Sakit pastu aku risau kene masuk wad. Dalam kepala aku terfikir macam2. Kalau aku masuk hospital, camna la….Mak aku tentu risau, Masuk bilik doctor, doctor tanya macam dan check. Pastu doctor cakap..aku kene drip..aku kata abeh la..kene masuk wad..rupa2nya suntikan. Dua-dua bahu aku kene suntik. Satu untuk sakit perut, satu untuk muntah. Aku keluar bilik tu jalan macam Robocop dah…ehehe bahu aku terangkat ke atas tahan sakit…errr dah lama sebenonya aku tak kene suntik ni…
Balik dari hospital, aku balik rmah aku je. Dorang takde offer punpi rumah dorang. Takpe la…sakit aku sakit biasa je kan…samoai rumah aku rasa amcam lemah je munkin kesan suntikan. Lupa cakap….doktor tak kasi ubat sebab farmasi tutup malam2. Keesokannya aku call driver teksi aku yg antar dan ambik aku gi sekolah tu sebab aku tak larat nak gi tahan teksi tepi jalan untuk gi hospital nak mabik ubat. Abang teksi tu memang baik. Dia selalu cakap degan aku, kalo ada apa-apa bagitau la kat dia. Jangan segan2 dan anggap la dia macam sedara sendiri. Dia kesal sebab aku tahan sakit aku sampai malam dan dah teruk baru gi hospital. Sampai kat hospital aku baru nak turun teksi, dia tak kasi aku ambik, dia yang mabikkan ubat aku kat farmasi. Aku jadi terharu lak sebab ada gak la sebab orang baik dengan aku.
KETIGA, Awal minggu ni aku sibuk uruskan borang pertukaran aku. Pengetua aku lak dah 2 minggu takde kat sekolah. Hari isnin dan selasa tu je dia ada. Pastui gi kursus balik. Kerani sekolah aku lak lambat bagitau tarikh tutupnya hari selasa tu.Borang tu aku dah ambik lama dan aku dah isi Cuma tunggu pengetua sain je. Hari isnin tu baru aku tau borang aku tu borang lama dan ada borang yang terbaru. Aku rasa nak marah sangat pada kerani sekolah aku sebab kelalaian dia. Aku dah la nak sangat2 tukar. Kalau tersilap sikit alamatnya pertengahan tahun depan la baru aku ada peluang lagi sebab pertukaran antara negeri hanya 2 kali setahun je. Dah la tu surat iringan pengetua tu kerani tu suruh aku yang buat. Padahal yg sebelum2 ni dia yang buat utk aku dan cikgu2 lain, Bila aku dah buat, dia kata tak yah pulak.....adei.....tak tahu la camana aku nak kontrol kemarahan aku depan orang. Aku tak pandai nak marah orang. Aku hanya mengadu pada kawan2 aku pasal kerani ni. Pastu keesokan harinya kerani2 tu buat lawak kat aku lak.Aku sampai2 sekolah je dorang cakap borang aku tak diterima oleh pejabat pelajaran daerah lak. Aku rasa nak pengsan depan tu je. Pastu dorang2 gelak...cakap main2 je....bagi aku hal2 camni bukan gurauan sebab aku betul2 harap nak tukar. Aku dah tak mampu hiudp sendirian lagi.. Aku rasa teramat lonely dan aku perlukan sokongan dari orang2 terdekat untuk menghadapi sebarang masalah. Dan akhir2 ni aku banyak menangis. Setiap malam aku menangis. Aku amat tertekan sejak akhir2 ni. (aku nak citer benda ni dalam entry lepas tapi tak jadi). Aku rasa stress ni la penyebab gastrik aku teruk.
KEEMPAT. Aku sekarang ada kat semenanjung. Cuti sekolah seminggu. Aku rasa happy sangat bila dah jumpa mak, abah, kembar aku dan keluarga lain. Rasa hilang semua kesensaraan dan tekanan. Tapi aku sedar, nanti bila nak balik sabah, aku mesti rasa sedih balik. Mak abah aku dua2 tak berapa sihat sangat. Aku cuba nak spend masa dengan dorang dengan sebaik mungkin. Bila bersama dengan keluarga, aku rasa tenang je. Dan aku rasa malas nak balik sabah balik. Tapi camana, aku keje. Aku pernah rasa nak berhenti jadi cikgu kalau aku tak dapat tukar balik semenanjung nanti dan aku juga pernah terfikir dan ambik cuti tanpa gaji kalo tak dapat tukar. Aku dah tak tahan sangat. Tapi aku sedar, tindkan yang aku fikirkan tu hanya akan menambahkan lagi problem aku je sebab aku nak keje apa kalo aku berenti. Ingat senang ke nak dapat keje sekarang.Emmm...Aku rasa makin hari hidup aku semakin tak ceria kerana masalah aku. Aku duduk berjauhan dari orang2 yang aku sayang. Cuti pun sekejap je….
Aku harap aku akan jadi tabah dan kuat...tapi aku tak tahu sampai bila ketabahan aku ni akan berterusan....