2007..1428
Assalamualaikum...
Bertemu lagi di tahun 2007 Masihi dan 1428 Hijrah. Dah 20 Hari berada di tahun 2007 dan 24 hari aku balik dari Sabah. Banyak benda yang berlaku dalam hidup aku sepanjang 24 hari ini. Bila balik dari Sabah, sebenarnya perjalanan hidup aku banyak berubah. Perubahan yang agak mendadak dan memberi impak yang besar hingga menyebabkan aku rasa agak tertekan sejak akhir-akhir ini.Mungkin orang lain rasa perubahan aku ni kecil je tapi entah la.Aku bersyukur dah dapat balik semenanjung dan duduk dekat mak abah. Aku boleh jenguk mak abah aku sekarang ni seminggu sekali berbanding dulu2 3 bulan sekali. Tapi ada perkara yang aku belum dapat biasakan diri lagi. Citernya..
Sekolah aku yang baru ni terletak hampir 57km dari rumah mak abah aku. Hari pertama sekolah (3 januari) Aku dan twin bertolak dari rumah 6.30 pagi. sampai sana dekat 7.30 gak la. Pagi2 tak boleh laju sebab jalan kampung. Pagi2 ada pakcik baru balik semayang subuh, ada budak2 sekolah bawak moto, ada penunggang moto yang takde lampu. So kena berhati2 la. Hari pertama kat sekolah, pengetua tunjuk muka moody kat aku dan telah menyound aku. Aku ni sampai2 sekolah terus la jumpa dia, tengok2 dapat sambutannya dingin. Soalan pertama dia "kenapa tak datang meeting?"Aku cakap aku baru balik dari sabah. Aku rasa aku tak bersalah sebab urusan pertukaran aku ke negeri Perak berkuatkuasa 1 januari 2007. Maksudnya sebelum tarikh itu aku masih dibawah pentadbiran negeri Sabah. Itu telah termaktub dalam surat pertukaran aku. Bila dah beberapa minggu kat sekolah tu, baru aku tahu, pengetua aku jenis camtu. Dia baru lagi jadi pengetua kat situ, seorang wanita. Aku dah faham cara kerja pengetua wanita...cerewet..Aku lupa cite, sekolah baru aku ni ialah sekolah aku masa form1-3. Sekolah ni sekolah harian biasa. Masa tu aku masuk kelas aliran khas agama. Kire kelas spesel yang ambik bahasa arab. Aku dok asrama. Ada asrama desa. Masa aku sekolah tu, aku rasa suasananya sedih je...agaknya sampai sekarang aku terbawak-bawak rasa sedih. Kat sekolah tu aku mula belajar berpisah dengan keluarga, berpisah degan mak, berdikari sendiri dan sebagainya.
Aku kena ngajar pagi, Ajar subjek sejarah form 4, sivik form 3 dan 3M untuk form 4 dan 5. 3M tu macam kelas pemulihan la untuk budak2 yang lemah. Tension aku nak ajor apa kat bebudak tu. Aku tak pernah ajar subjek tu dan aku kena kuasai dulu sebelum ajar. Selain tu, aku juga jadi guru kelas untuk form4 yang ternakal. Janis tak makan saman. Sekolah baru aku ni adalah sekolah kampung. Kebanyakan pelajar adalah anak petani dan pekebun. Ada orang asli gak. Tapi tak ramai. Tapi budak asli ni ok, tak nakal. dorang spesis yang pemalu dan tak banyak bercakap. Yang taiko ni ialah budak2 melayu yang malas nak gi sekolah dan rasa gi sekolah takde tujuan. Baru 3 minggu kat situ, aku dah boleh kenal perangai anak2 tiri yang aku jaga tuh. Aku rasa situasi ini amat berbeza degan pelajar sekolah lama aku. Kat sana memang ada students aku yang nakal, tapi aku boleh kontrol lagi. Yang ni lain macam sket caranya...
Cikgu-cikgu kat sekolah baru ada yang ok dan ada yang tak ok. Cuma aku rasa hubungan cikgu sesama cikgu kat sekolah ni tak serapat seperti sekolah aku kat sabah dulu. Ni bukan kes aku. Aku tengok ckgu2 lain la. Aku dah memang orang baru semestinya takde geng lagi. Dorang ada group masing2 ikut seniority. Kalau ketua bidang tu tak bergaul sangat dengan cikgu biasa. Sekolah lama aku, tak kira siapa semuanya rapat walaupun dengan cikgu cina. Kitaorang boleh bergurau senda dan makan sama-sama. Aku dan kawan2 aku dulu boleh makan semeja dengan pengetua tanpa rasa kekok. Boleh bincang masalah sekolah di meja makan. Dengan kerani pun nampak takde hubungan rapat. Banyak bezanya budaya sekolah ni dengan sekolah lama aku.
Antara perkara yang menambahkan tekanan aku ialah mengenai cara nak pegi sekolah. Buat masa sekarang ni aku duduk kat quaters sekolah twin aku. Dari sekolah twin aku tu, perjalanan ke sekolah aku hampir 20 minit naik kete. Mnggu pertama dulu twin aku hantar dan ambik aku. Sebenarnya agak susah sebab twin aku hantar aku dulu pastu patah balik ke sekolah dia. Pastu ambik aku tengahari dan patah balik sekolah dia. Satu hari perjalanan pegi balik dekat2 100km. Pastu minggu kedua, aku tumpang cikgu yang duduk area sekolah twin aku. Aku tak berani nak drive lagi. Hari tu aku try drive, twin aku kat sebelah. Perjalanan ke sekolah agak mencabar sebab dari rumah twin ke sekolah aku jalan lengang sket. Ada satu kawasan tu lansung takde rumah kiri kanan. Yang ada hanya paya. Pastu lalu kawasan sawah padi lak. Kiri kanan tali air. jalannya luas gak la cuma beralun-alun sebab tanah lembut. Lepastu simpang, mula sibuk lak dengan budak2 sekolah yang bawak moto tanpa lesen, yang takde lampu dll.
Aku ni jenis buat keputusan on the spot. Hari tu aku gi cari rumah sewa kat area sekolah. Tepi pagar sekolah je kawasan rumah tu. Aku terus cakap setuju je kat tuan rumah. Aku dah bayar pun down payment utk dua bulan dan aku dah ambik kunci awal bulan 1 dulu. sewanya rm 180 sebulan. Kalau aku duduk sana, kena duduk sorang lak. Aku pun tak buat keputusan lagi camna. Aku ingat tak nak menyusahkan orang hantar ambik aku, pada masa yang sama aku rasa tak best nak duduk sorang2 lak. Lagi satu aku kesian kat twin aku. Aku rasa macam dia terpaksa je duduk kat kuaters tu sebab sebelum aku balik dari saba, dia berulang alik dari rumah mak setiap hari. Dia la yang teman mak abah aku, tolong mak abah buat keje rumah. Bla aku balik sini, sian mak aku takde penolong dah. Tu yang aku pening sekarang ni...tak tau nak buat keputusan..nak berulang dari rumah mak, aku rasa agak sukar. sekolah aku kena sampai sebelum 7.20 pagi. Apa kehenya masuk awal bebenor...?? Lagipun aku jenis yang tak suka rushing. Nanti buatnya aku terbangun lambat ke, apa ke..kan susah lak..Sampai saat ni aku tak buat apa2 keputusan...
Ditambah lagi, pada masa yang sama, di awal tahun ni hingga sekarang ni, aku ada masalah dalam hubungan dengan yang tersayang. Kejap kami ok, kejap tak ok. Kejap aku tenang, kejap aku nangis. Kejap aku tabah, kejap aku tak. Hingga twin aku perasan aku ni bermasalah sebab aku selalu termenung dan aku banyak diam je. Kalau malam2 aku selalu tido awal. Masa 1st week aku balik rumah jumpa mak, masa salam dan peluk mak aku nangis. Mak aku tanya "kenapa nangis ni??" Aku geleng2kan kepala je. Aku rasa berat masalah yang aku lalui semua ni.Tapi aku tak cakap dengan mak atau twin aku. Aku tak nak mak bimbang pasal aku. Mak aku ingat aku nangis sebab sekolah aku tak best....
Aku doa semoga tahun baru ini, perjalanan hiudp aku lancar, dipermudahkan Allah, diberi ketenangan, diberi kekuatan dan diberi kebahagiaan oleh Allah...Ameen Ya Rabb..
Doa Akhir tahun..
Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.
Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.
Doa awal tahun..
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.