Friday, February 25, 2005

orang "kampungku" yang ensem

Malam ni aku tension nak menginstall scanner. Dah la nak scan mende penting. Hari tu dah install tapi pc aku kena format balik kan tahun lepas. Aku ni dah la buta IT. Suka hati aku je klik sana sini. Macam tikus baiki labu lak..sakitnya hati aku bila tak dapat siapkan keje ni...

Aku login YM aku dengan harapan adalah kawan2 yang online dan aku boleh tanya kat dorang. Tapi takde pun. ". Tengah2 aku menunggu orang online, tetiba ada orang msg aku lak. La...insan ni dah lama aku tak dengar cerita dia...

Siapakah insan yang aku maksudkan itu?? Dia adalah kawan chat aku satu masa dulu. Err kira2 3 tahun dulu.Aku tegur dia dulu2 sebab nama dia sama dengan nama keturunan sebelah mak aku iaitu orang Mandailing. Dia orang Indonesia. Muda dari aku lagi. Seorang budak lelaki. Kalau kami chat bisanya kami cakap bahasa mandailing. Ehehe masa dulu takpe la sebab mak aku ada kat rumah. Kiranya mak aku jadi penterjemah bahasa kami la. (mak aku kasi aku chat dengan syarat tak merapu dan pandai jaga diri, kadang2 mak aku baca apa yang aku chat tu. Ehehe nak buat pemantauan la tu. Aku pun tak kisah sebab takde apa2 benda pelik yang aku bualkan) Lagipun bila bersembang dengan budak tu, aku rasa macam kami rapat lak sebab satu bangsa. Actually mak aku masih ada saudara mara kat Indon lagi tapi mak aku tak kenal pun. Nenek2 sedara aku dan Onyang aku je yg rajin balik Medan dulu.

Dah lama kami tak berhubung pun. Ada setahun lebih kot. Dulu dia study lagi. La ni dah dapat keje dah. Masa tsunami dulu aku teringat gak kat dia. Tertanya2 dalam hati apa kabar dia,selamat ke tak.. Alhamdulillah dah dengar berita dia..

Tadi masa kami chat dia ada jugak "speaking" bahasa kami tapi aku buat2 faham je. Ehehe. Pastu dia banyak cakap Indon je. Aku bukannya faham sangat...cakap penasaran la..melamar di pemerintahan la.. . Rupa2nya melamar di pemerintahan tu maksudnya ialah mintak keje kerajaan. Memula tadi aku agak2 jer..pastu bila dia cerita, baru aku faham. Ehehe...Hari ni baru dia tunjukkan rupa dia. Fuiyoo...ensem giler....sib baik la pangkat adik je. Ehehe...Pastu fikir dia orang Indon...ehehe aku tak mo la orang Indon...

Tadi kami citer2 pasal adat2 orang kami jugak..seronok lak citer pasal menda2 tu. Kat tempat dia ada adat tu, kat tempat aku pun ada jugak...iaitu adat "mengupah". Adat ini biasanya dibuat semasa upacara perkahwinan. Biasanya dorang sembelih kerbau atau kambing utk kenduri kan. Pastu kepala kerbau atau kambing tu akan dimasak. Kalau tak mampu sembelih kerbau atau kambing, boleh buat ayam golek. Pastu menda2 tu letak kat pelamin. Masa pengantin tu bersanding, orang2 tua dan saudara mara akan ambik pinggan yang diletakkan kepala kerbau atau kambing tu, pastu pinggan bersama2 kepala tu akan dipusing2kan atas kepala pengantin sambil membaca satu, dua, tiga, empat, lima, enam, tujuh, lapan, sembilan dan sepuluh (dlm bahasa mandailing la, aku tak reti nak sebut.. ehehe) Lepas tu orang2 tua tu akan memberikan nasihat kepada pasangan pengantin tu contohnya suruh bersabar dalam menempuh kehidupan berumah tangga dan jangan gaduh2...ehehe...best la upacara ni...aku suka...Sejak aku kecik2 lagi aku biasa tengok adat ni. Masa mak dan bapak sedara aku kawin dulu, aku dengan sepupu2 aku menyibuk dok kat pelamin. Nak tumpang kena "upah" juga. Orang2 tua tu pusing2kan jugak pinggan tu atas kepala kami..ehehe...mencari publisiti murahan betul masa tu..ehehe...Sekarang ni adat tu tak ramai org buat dah. Dah tak ramai orang2 tua kat kampung mak aku tu.

Oklah..tu je citer pasal keturunan aku dan adat aku. Emm .aku nak tido dah...keciwa tak leh install scanner...

Thursday, February 24, 2005

diari seorang guru

Malam ni tak ngantuk lak aku. Selalunya kalau hari sekolah, time camni aku dah selamat beradu dengan lenanya. Hari ni kat sekolah, macam biasa jer. Cuma hari ni aku ada mendenda student aku yang tak siap keje sekolah. Sebelum ni aku dah kasi amaran dah. Dah cakap elok2 dah, dah kasi peluang dah. Tapi masih lagi tak berubah. So aku kena beri denda pada mereka. Kalau asyik kasi peluang je, sampai hujung tahun la tak siap keje sekolah tu. Actually dalam hati aku, memang tak sampai hati, tapi demi kebaikan mereka sendiri, aku kena buat camtu. Lepas aku denda students tu, salah sorangnya datang dekat aku, salam dan cium tangan aku. Dia mintak maaf kat aku....terharu lak aku... Anyway, "kemarahan" aku tu berkesan la juga sebab berjaya menyedarkan dia. Garang ke aku hari ni?? Sesorang cikgu tu tak akan memarahi atau mendenda student tanpa sebab. Semuanya kerana cikgu sayang pada student dan nak student tu berjaya. Dulu2 masa aku jadi pelajar, cikgu2 aku selalu cakap camtu "marah kerana sayang". Aku tak faham maksud guru tu. Tapi bila aku sendiri dah jadi cikgu, baru tahu apa makna sebenar kata2 tu.

Masa aku nak gi solat zohor kat surau tadi, nampak ada pelajar cina lalu tepi pagar. Dia tegur aku. Memula aku tak kenal siapa dia. Dah rambut pun warna merah2. Bila tengok dari dekat baru aku kenal dia. Aku pernah ajar dia. Actually memang dia adalah tergolong dalam golongan pelajar yg mempunyai masalah disiplin. Aku tanya dia kenapa tak masuk sekolah?? Dia kata dia dah berenti sekolah. Baru aku ingat dia dah kena buang sekolah (sekolah aku ni memang tegas dlm bab disiplin ni) Aku cakap la, kenapa tak masuk sekolah lain?? Dia kata, takde sekolah yang mahukan dia. Kalau ada pun jauh dari rumah. Lagipun ayah dia suruh berenti je. Buat masa ni dia keje dengan pakcik dia. Isk...sedih lak aku. Budak tu belum ambik PMR pun. Terfikir gak aku ,apa yang akan jadi dengan masa depan dia nanti... Sedih tengok muka dia..aku sempat pesan dengan dia ....keje elok2 yer, kalau dapat sambung belajar, belajar la...pelajaran tu penting....

Teringat juga aku kes sebulan yang lalu. Kisah seorang pelajar melayu yang bernama Ahad. Umur dia baru 14 tahun. Dia juga student yang agak lemah. Aku pernah ajar dia sejarah tahun lepas. Aku terjumpa dia berkeliaran kat kawasan sekolah dengan memakai t-shirt biasa jer. Aku tanya dia kenapa tak masuk kelas?? Dia jawab, saya dah berenti sekolah. Bila ditanya kenapa.. jawabnya..ayahnya tak mampu nak menyekolahkan dia. Actually dia memang dari golongan miskin. Ayahnya tak bekerja. Adik beradik ramai. Abang dia pun tak abis sekolah macam dia jugak. Tahun lepas, pernah dia tak datang ke sekolah selama 3 minggu kerana takde kasut. Kasutnya koyak dan ayahnya tiada duit untuk membeli kasut. Masih ada lagi kisah sebegini di zaman begini yer....

* masa aku tengah menaip blog ni, keluar lagu kat radio. Aku tak tahu apa tajuk lagu ni dan penyanyinya. Tapi sedap la pulak. Kat bawah ni aku taipkan sikit lirik dia dan di"dedicate"kan untuk anak2 murid yang cikgu sayang. Sayang dan cinta cikgu adalah untuk kalian semua...

sebelum ku kenal, dirimu siapa
aku tak kenali apa itu cinta
setelah kukenal, dirimu sebenar
cinta sejati ku sandarkan jua..

Wednesday, February 23, 2005

ilmu keibuan...

Hari ni student ujian lagi. Cikgu dorang dapat la rilex sket. Just jaga dorang ujian je. Kat sekolah tadi, kecoh kejap. Sebelum ujian start, kawan sekerja aku, Kak Angie yang sedang menunggu masa untuk bersalin, tetiba rasa sakit macam nak bersalin. So cikgu2 perempuan kelam kabut la jugak gi tengok dia. Aku pemerhati jauh sikit sebab anak dara lagi..ehehe tak tau apa-apa pun. Kawan2 aku menyakat Kak Angie, kot "terbersalin" kat sekolah. Dorang melawak dengan aku, suruh aku get ready masak air panas sebab meja aku paling dekat dengan tempat masak air. Pastu, Kak Angie kata ok skit. Aku pun gi ke kelas sebab ujian dah nak bermula. Balik jaga ujian, tengok Kak Angie dah balik. Aku risau gak tadi, manalah tau kot betul2 terbersalin kat sekolah. Bab bersalin ni kadang2 tak leh diduga gak. Emm aku memang tak pandai bab2 keibuan ni, aku dalam proses belajar. Kadang2 aku tanya gak dengan kawan2 aku pasal bab2 kewanitaan dan keibuan ni. Manalah tahu, satu hari nanti tiba masa aku lak...ehehe...

Sepanjang hidup aku, aku pernah duduk dengan 5 orang member yang dah kawin. Sorang tu masa aku study lagi kat u. Dia muda 2 tahun dari aku. Dia lak terpisah dengan husband. Dia kat u, husband kat Teganu. Sekali tu, dia macam ada tanda2 mengandung. Dia citer dengan aku dulu sebab aku ni kiranya macam kakak @ orang tua di kalangan kawan2 aku. Aku mana lah tau bab2 tu. Cuma aku ada la nasihatkan sesikit pasal pantang larang untuk orang mengandung ni. Tak leh makan nenas ker, tak leh buat keje berat2. Masa cuti semester, dia keguguran. Sib baik masa tu dia kat rumah dia. Kalau kat hostel...tak tau la camana aku masa tu...

Masa kat Sabah lak, aku pernah duduk dengan 4 orang housemate yang dah berkahwin. Dorang terpaksa berpisah dengan suami sebab proses pertukaran ke semenanjung untuk cikgu2 yang dah kawin agak lambat iaitu lebih kurang 5 -6 bulan.Ada sekali tu, housemate aku macam ada simptom2 pregnant, aku lak yang risau. Yelah, suami dorang jauh di mata, housemate la yang kena ambik berat. Tapi sangkaan kami meleset sebab dia hanya demam biasa.

Emm memang ilmu aku pasal menda2 ni masih lagi cetek. Mungkin bila dah tiba masanya nanti, aku tuntutla betul-betul..ehehe..

Tuesday, February 22, 2005

bantalku....

Hari ni aku nak bercerita pasal bantal...a'ah..bantal...Aku ada baca satu artkel yang mengatakan penggunaan bantal ni sebenarnya menggambarkan perwatakan seseorang gak. Ada orang yang nak tido mesti nak ada bantal banyak, ada yang pakai 1 je bantal, ada yang mesti ada bantal peluk dan sebagainya. Aku lak, jenis tak kisah. Kadang2 tido pakai banyak bantal, kadang2 1 je, kadang2 tak yah berbantal lansung... hanya berbantal lengan sendiri jer..ehehe... lena jer tido... so apa perwatakkan aku ekk ..kira semua adalah kot..

Cuma satu jer, bila aku start dok kat Sabah ni, setiap malam aku perlukan sesuatu. Nak tido jer mesti ada sebuah bantal istimewa iaitu bantal bentuk love yang mak aku kasi masa aku konvo dulu. Mak aku cakap, dia tak mo kasi bunga sebab bunga cepat layu. So mak kasi sebuah bantal yang comei diperbuat dari kain baldu, warna biru muda dan ada bear kecik ditengah2 love tu. Masa aku mula2 datang sini, aku tak bawak bantal tu sebab beg dah penuh. Pastu mak aku poskan bantal tu. Mak kata, kalau rindu mak boleh peluk bantal tu. Sejak dari tu, bila aku nak tido..aku mesti nak ada bantal tu. Kadang2 aku peluk, kadang2 aku letak kat kepala, kadang2 aku tutup muka. Malam tadi aku dah tetido pastu terjaga tengok bantal tu takde di sisi. Rela aku bangun dan ambik bantal tu dan sambung tido balik..ehehe..Masa kecik2 memang aku dan adik beradik takde bantal busuk pun. Dah kat sini baru aku tau makna bantal busuk... err bantal aku tu tak busuk ekkk...aku selalu sembur febrez ngan minyak wangi tau..Tapi memang warna dia dah luntur dah..ehehe..Ok kat bawah ni aku pastekan citer pasal bantal tu…

Bantal Pamer Perwatakan!

Tahukah anda watak kita dapat dikenali melalui cara
kita menggunakan bantal sewaktu tidur?
Terdapat beberapa ketegori bantal dan perwatakan..

1)Memeluk Bantal
Mereka yg suka memeluk bantal biasanya berjiwa seni.Mereka mempunyai penghargaan yg tinggi terhadap lukisan,muzik dan satera. Perasaan mereka halus dan jiwa mereka romantik.Kadangkala ada yg boleh membaca peristiwa yg akan berlaku melalui mimpi. Mereka juga sangat prihatin terhadap kesusilaan.

2)Menggunakan Banyak Bantal
Mereka biasanya kurang kenyakinan.Dalam kehidupan seharian mereka memerlukan banyak pendamping.Mereka jarang membuat keputusan sendiri, sebaliknya mendapatkan pandangan orang lain.

3)Tidur Dengan Satu Bantal
Mereka bukan jenis mengada-ngada dan boleh menerima keadaan seadanya.Mereka juga membuat keputusan berdasarkan fikiran dan bukan nafsu semata-mata.

4)Meletakkan Bantal Di Bawah Kaki
Mereka mempunyai sifat kurang baik.Mereka jarang bergaul dgn org ramai,malah kaku dalam pergaulan. Ini menyebabkkan mrk cenderung bersifat egois.Mrk juga gemar menempuh jalan pintas utk mencapai cita2.Mrk tidsk suka berusaha.

5)Tidur tanpa Bantal
Mereka memiliki sifat percaya diri yg sangat tinggi.Kadangkala sifat percaya diri ini akhirnya akan membawa kepada sifat ego.

Saturday, February 19, 2005

mood...tenang..

Pagi ni emosi aku tenang je. Mungin keberkatan pagi jumaat. Awal hari ni aku breakfast. Pastu tengok MHI kat tv3 dulu. Dengar perbincangan orang. Pastu iron baju untuk gi mengajar karang dan dan lastly sapu rumah sket.

Semalam aku penat sangat. Pukul 8.30 pagi aku dah gi sekolah. Ada kelas awal start pukul 9.00 pagi. Maka dari 9.00-11.40 tu aku kat kelas jer. 4 masa berturut2. Ada free 2 masa lepas tu aku sibuk settlekan rekod kehadiran student aku. Pastu sambung lagi 2 kelas. Masa rehat lak aku tak berehat pun, nak handle perhimpunan lepas rehat lak. Abis perhimpunan baru la aku lunch. Err lunch ke namanya. Masa tu nak dekat pukul 4 petang dah. Kalau kat semenanjung, dah macam pukul 5 la tu.

Balik sekolah, mandi2 aku dah ngantuk. Tutup lampu pukul 7 lebih, dah baring dah utk tido. Pastu dengar hon kat depan rumah aku. macam ada orang datang. Loo..adik Wan datang. Awat tak tipon dulu. Kelam kabut sarung baju dan sarung tudung. Sib baik tak terpakai name tag sekali masa gi keluar tu..ehehe. Siannya dengar citer..dia dah datang petang tadi depan rumah aku. Bawak mak dan adik dia yang datang dari semenanjung lagi utk diketemukan dengan aku. Tapi dia panggil2 takde org nyahut pun. Aku tak dengar pun petang tadi. Housemate aku lak kat dapur kot petang tadi.Memang tak dengar punya. Adik wan aku tak tau nombor tipon baru aku. Dia tau number lama jer. Malam tadi dia tak bawak mak dia pun. Tengok la malam ni ke. Err apasal datang malam tadi?? Rindu ekk kat aku?? Wakakaka...

Semalam masa aku check email yang diforwadedkan oleh ex roommate aku masa kat u dulu, aku nampak satu id ni, macam nama ex- ketua blok aku je. Nampak YM dia nyala. Terus aku msg dia. Sejak abeh degree aku tak pernah dengar cerita dia. Aku baik gak dengan budak tu satu masa dulu. Dia pangkat adik dari aku. Penah satu class dengan aku kelas management masa semester 1. Yang menariknya... dalam ramai2 orang di dunia ni, dia sorang je panggil aku nama lain. Dia panggil aku Kak Adibah@ Kak Dibah. Nama aku punya la lain dari nama tu. Puncanya ialah masa dalam kelas management tu, lecturer aku penah panggil aku dengan nama Adibah. Memang tebiat lecturer tu suka hati nak panggil nama apa je. Dia bukan ingat nama student dia, maka dia sebut la apa2 nama yang terlintas dalam kepala dia. Sekali tu, tengah2 aku jalan, dia panggil ...Kak Dibah... Kak Dibah.. aku nyahut je la sebab aku ingat dia main2. Sejak hari tu dia panggil aku Kak Adibah. Dia ingat memang tu nama betul aku. Dah lama tu, baru dia tahu nama betul aku. Tapi lepas tu dia still panggil aku Kak Dibah. Biar la, aku tak kisah, rasa best lak, ada orang panggil aku dengan nama yang lain. Semalam kalau tulis nama betul aku, dia mungkin tak boleh recognise pun..bila sebut je Kak Adibah... menjerit dia dalam YM..ehehe..rindu kat aku...


Oklah ekk..aku nak buat keje sekolah sikit ni. Harap hari ini dan hari seterusnya aku sentiasa tenang dan tabah mengharungi kehidupan di perantauan ini keseorang. Ameen Ya Rabb...

Tuesday, February 15, 2005

Yang tak terungkap...


kadangkala ada yang tak mampu diungkapkan oleh bibirku...simpan saja jauh di sudut hati. Patrikan di situ.  Posted by Hello

Syampu

Emm aku tak tau nak letak tajuk apa. Letak je "syampu". Sempena rambut aku mengerbang depan pc ni kerana nak keringkan dia lepas bersyampu. Ehehe. Hari ni aku pakai syampu Johnson And Johnson. Teringat zaman persekolahan bila cium bau syampu ni. Rasa macam kembali muda lak pakai syampu ni. Ehehe... anyway, bau ni membuatkan aku hepi sket. Aku ni penggemar bau2an wangi ni. Bila mencium bau wangi ni macam terapi bagi minda aku lak. Bila cium bau wangi ni , rasa kurang la tension aku. Kadang2 nak tido mesti aku pakai minyak wangi dulu. Dengan harapan aku cepat tido dan tido aku akan lena. Entah apa2 aku ni kan.Ehehe..

Malam ni aku sepatutnya dah tido dah time ni. Tadi ngantuk sangat. Dah ready nak tido dah. Siap tutup lampu dah. Otak dan fizikal aku penat hari ni. Try tido tapi tak mo lak. Terkebil-kebil aku dalam gelap. Hari ni banyak kelas. Tambahan 6 hari dah cuti. Beku rasanya. Kat sekolah tadi lak takde lektrik lama. Berpeluh la aku dalam kelas tu. Aku cakap kat student aku, sabar yer..ehehe..cikgu dia dalam hati tak sabo...asyik tanya..bila la nak ada lektrik ni.. Pastu minggu ni aku jadi cikgu bertugas.

Actually dalam hati aku ni ada benda tak terluah ni..tak tau nak tulis camana..
tapi memang tak best la...aku tak suka ada perasaan camni. Time aku weng weng camni, mula la rasa nak cakap dengan org la, nak call orang la. Tapi terpaksa menyabokan diri sebab bill tipon aku bulan ni sure melonjak sebab raya haji dulu dan raya cina dulu..abeh tu, sehari 3 kali aku call rumah di siang2 hari..tu belum lagi hari lain...bersiap sedia la mental dan wangnyer bila bill sampai nanti..ehehe takut...

okies...nak try tido lak...

Sunday, February 13, 2005

Flash best..aku suka..aku suka..ehehe

Dalam minggu ni , kalo aku on pc je, aku mesti bukak satu flash ni. Citer pasal seekor arnab betina yang jatuh cinta pada seekor kucing jantan. Kucing tu tak mo pada arnab tu sebab berlainan jenis. Tapi arnab tu tak putus asa. Macam-macam dia buat untuk merebut hati kucing tu. Akhirnya kucing tu suka gak kat arnab tu. Emm ada makna tersirat flash ni. Kalau kita suka kat orang, cubalah beritahu dan ambil hatinya. Walaupun ada banyak perbezaan tapi jika kita betul-betul ikhlas, sebelah pihak lagi pasti akan menerima kita.

Cuba klik kat address ni http://silenteve.net/kawaii.swf

Sengaja?

Hari ni ada orang membuat aku sedih di awal pagi. Ada seseorang sengaja bertanyakan soalan yang bertaraf sensitif pada aku. Dia sebenarnya tahu dah mengenai hal tu tapi sengaja bertanya lagi atau dengan kata lain "sudah tahu bertanya pula". Bila dia tanya aku dan berikan komen dia pasal aku, aku tanya dia balik "dah tahu kenapa tanya?" Dia jawab "saja nak sakitkan hati awak. Awak tak sakit hati ke??" Emm aku pun tak faham perangai orang ni. Apa faedahnya nak sakitkan hati orang lain. Hanya bakal mendapat kebencian sahaja. Ada gak orang camni kat dunia ni...ish..ish..

Aku ni baru bangun tido petang. Aku jaga nak dekat pukul 4 tadi. Jaga-jaga aku rasa sedih lak. Rasa sunyi dan sepi dan teringat kat keluarga yang jauh beribu batu. Orang lain cuti ni balik kampung, aku cuti dok terkurung di rumah je. Nak balik jauh maa..bulan 3 aku nak balik lagi. Boring2 aku tengok ke luar tingkap, tengok bebudak depan rumah ni. Housemate aku ade ke tak kat bawah tu apu pun tak pasti. Tadi dia gi rumah orang kawin (anak sedara kawan dia). Aku tak gi sebab tidak dijemput.

Saturday, February 12, 2005

Handphone ku hilang..

Dah seminggu aku tak tulih blog. Why??? Sebab aku takde mood nak menulih disebabkan handphone aku kene cilok. Hari ni genap seminggu la. Akunyer emosi blom sembuh lagi ni. Masih lagi sakit hati dengan "pengambil handphone aku tu". Citernya camni,
tipon aku teringgal dalam teksi masa nak gi sekolah. Aku sedar pun dah lambat. Nak call number teksi tu, takde. Lastly aku call number aku balik. Ada bunyi, tapi tak jawab.Hampeh!! Aku phone kembar aku, mintak dia hantar sms suh org tu kasi balik. Seharian kat sekolah mood aku tak ok. Sedih aaa...aku nangis masa call kembar aku... Tu harta benda aku. Yang aku sayang ialah number tu dan jugak nombor2 yang ada dalam tu. Handphone tu pun baru je beli bulan 8 thn lepas.

Malam tu, aku sangat. Nampak charger, tingat handphone. Nampak earphone, tingat hp. Nak tido tingat hp. Sebab biasanya aku sebelum tido mesti belek2 tipon aku. Kalo aku susah nak tido, aku main games dalam hp tu sampai aku rasa boring. Tak pun aku pasang radio. Malam tu aku tido sampai ngigau2 tingat tipon. Kejap2 aku terjaga. Aku masih belum dapat merelakan pemergian hp aku tu. kenapa ekk orang sanggup ambik barang yang dijumpai. Aku tertanya2 gak la sebab kalau aku jumpa barang orang, aku takde ambik pun. Apa la perasaan orang yang ambik tu, takde rasa bersalah ker ha??

Hari sabtu, keesokkan harinya aku gi beli hp baru. Aku takde mood nak beli hp mahal2. Aku cari yang paling murah. Aku ambik nokia 1100. Dapat la rm 280. Kalo kat semenanjung mesti lagi murah tu. Tu pun dekat 6 kedai aku gi survey. Ada yang jual 300++. Number aku guna 016. Aku gi maxis, dia kata boleh dapat balik number tu. Sian la mak dan kembar aku kena call number Sabah. Mahal. Aku takper bayo mahal..

Hari ahad lepas, aku try call tipon aku tu guna number baru aku. Dia pick up tapi tak cakap....aku suruh la dia kasi balik....hampehhh..dia letak lepas aku cakap.....Isk..isk...aku masih geram pada orang yang ambik hp aku tu. Pulangkan...


+++++++++++++++++++++++++++++++++++

Citer pasal lain lak.

Aku cuti 6 hari ni. Aku dok rumah jer dan berkurung dalam bilik aku. Tak gi kemana2. Banyak keje nak kene siapkan. Tapi aku baru settlekan 1 keje. Banyak masa aku dok depan pc, surfing, download entah apa2. Actually aku boring dok rumah. Teringin nak jalan2. Tapi takde member nak ajak. Kat sini pun takde tempat nak jalan2. Nak gi tepi laut , takut. Masih fobia pasal tsunami lagi. lagipun housemate aku tak minat gi laut. Aku nak gi bandar pun takde apa nak beli, takde tujuan. karang aku beli menda2 yang tak dicadangkan, abeh lak duit aku. Macam hari sabtu lepas, dalam keadaan bengkek, aku round bandar. Aku beli minyak wangi la, gi KFC sorang la, pastu ada promoter Astro tahan aku kat kaki lima pasaraya. Suh aku daftar. Ikutkan hati aku yang ogoi tu, aku nak je ambik astro. Dia kata Rm 199 je termasuk pemasangan. Tapi nasib baik aku mampu berfikir dengan rasional lagi. Apa gunanya aku ambik astro, sedangkan tv yang ada pun aku tak tengok. Aku cuma tengok tv hari sabtu ahad jer.

Aku nak citer gak peristiwa sepanjang minggu ni. Malam ahad lepas, negeri Sabah ni gempar gak la pasal amaran tsunami. Esok pagi baru aku dapat tau dari kawan aku yang dok kat Tuaran. Keesoakan harinya kami tau pasal orang sini pun ada yang lari menyelamatkan diri ke tempat2 tinggi. Nasib baik tak jadi apa2. Malam kejadian tu aku dan housemate aku tak tau apa2. Lena je tido. Kalau aku dapat berita tu , mungkin aku pun termasuk dalam dolongan yang panic tu. Rumah aku dengan laut adalah dalam 4 km kot.