Dalam 5,6 minggu kebelakangan ni aku sibuk sangat. Agendanya bersambung-sambung.
Aku memang nak tulis blog ni tapi tak tahu nak tulis mana satu.Ringkasannya mengikut kronologi.
Awal november- Sibuk berusan dengan kementerian pelajaran, jabatan pelajaran sabah dan perak sebab orang lain semua dah dapat tau status pertukaran. Aku punya status kat laman web kementerian tulis camni " BORANG ANDA BELUM DITERIMA.SILA HUBUNGI PEJABAT PELAJARAN SABAH". Camna aku tak gelabah padahal memang aku dah semak borang aku dah sampai sebelum tu. Pastu dapat call kementerian. Dorang cakap dah diluluskan. Aku nak tanya mcm2, kerani tu dah letak. tak sampai 2 minit dia jawab panggilan. Dah la nak dapat cakap tu bukan main susah.
pertengahan Nov- aku balik semenanjung sebab adik lelaki kawin. Tak dpt uruskan citer pertukaran atau bawak balik brg sebab surat tak sampai lagi.Kat semenanjung aku sibuk uruskan beli kete. Dah la aku punya dokumen semua tinggal sabah.(salah aku gak) pastu sibuk la suh kerani poskan dan faxkan memacam. Kejadian lain, seseorang yang aku sayangi accident. Dia pengasuh aku dan adik2 dari lahir sampai sblm masuk sekolah. DIa macam mak angkat aku dan adik beradik. DIa koma, kat ICU. Pendarahan otak. 2 hari sebelum adik aku kawin, dia meninggal. Aku sedih sangat.
Awal disember- Aku call jabatan pelajaran perak. Dorang kata akud aoat posting ke daerah yang agak jauhd ari rumah aku. Aku call byk kali dan kalau boleh aku nak duduk dgn mak abah. Aku dah lama merantau. Aku nak jaga mak dan abah. Bayangkan dari form 1 aku dok asrama sampai la keje. Berapa la masa yang aku dah spend dengan mereka. Aku sibuk lak buat surat rayuan. Pastu aku jadi sedih...2,3hari aku diam je kat rumah.
Pastu Adik aku kawin lak.Sejak balik hari tu sibuk dgn urusan kenduri kawin dia. Dia yang kawin tapi yg sibuknya ialah mak, kembar aku dan aku. Emm lelaki kan..dia tau dah siap je semua. Tapi alhamdulillah majlis berjalan lancar walaupun sebekum tu mak aku risau sangat tak cukup makanan sebab org ramai sangat.
Pertengahan Disember- Aku balik sabah untuk uruskan barang2. Isnin- Rabu aku dok ulangalik sekolah - pejabat pelajaran tawau - sekolah utk hantar borang mengenai perpindahan (urusan kontena) Pengetua lak cuti. Aku terpaksa call penolong kanan suh datang sekolah untuk sain surat aku. Aku keluar rumah pagi, balik rumah dah petang.
Akhir disember- Hari ni barang2 aku masuk kontena dan akan belayar ke semenanjung. Dblm ni sibuk packing brg. Tu pasal hari ni aku cuba gak cari masak tulis blog sebab jap lagi dorang sampai pc aku ni akan belayar dulu. Aku balik senanjung minggu depan.
Penutup- aku penat sangat. Tapi apapun aku happy sebab dah dapat tukar. Thanks pada kawan2 yang sering bagi semangat dan doakan aku. Pasni kalau semua dah aok..aku citer lak pasal kehidupan di sekolah baru aku..
p/s Aku sedih gak nak tinggalkan sabah. Bila aku kat sini, banyak pengalaman suka duka yang aku dapat. Pengalaman berharga ialah, bila aku di sini, ia menjadikan aku lebih kuat dan tabah. Selamat tinggal Sabah Negeri Bawah Bayu..satu hari nanti aku akan datang gak..mana tau utk honeymoon ke...cis..sempatt lagi berangan tu...
Udah dulu ya...jap lagi nak masuk kotak dah pc ni...Daaaaa...

3 Comments:
sibuk betul ye, cikgu.
cikgu....sibuknye dia...hehehehe
loppiess,
Terasa sibuk sangat..harap2 lepas ni semakin tenang..
Zure,
Tu la..taip pun cepat2..banayak typo..yg penting tak bersawang lagik..ehehe..dah sapu aaaa.. :P
Post a Comment
<< Home