Wednesday, September 27, 2006

dulu...

Bila duduk sendirian, teringat kembali kenangan puasa zaman kanak-kanak dan remaja dulu. Zaman kanak-kanak aku di kampung sahaja. Aku dan adik beradik membesar di rumah tinggalan pusaka arwah atuk. Lepas abah pencen je baru berpindah ke rumah sekarang ni.Abah nak merasa ada rumah sendiri, tu sebab kami pindah ke kawasan rumah yang sekarang ni. Walaubagaimanapun aku tetap sukakan kampung aku tu. Memang suasananya kampung betul. Belakang rumah aku mengalir sungai perak. Kalau waktu pagi, boleh terasa hembusan angin yang segar dari sungai..Sungai tu le tempat aku dan adik beradik aku serta sepupu aku menjalani latihan berkubang (tak pandai berenang, jadi berkubang je la..ehehe) sambil diawasi oleh abah merangkap save guard..ahaks! abah duduk tepi tebing je tengok kami berkubang sambil mengeruhkan air sungai....err nanti ada masa aku citer la pasal kehidupan zaman kanak2 aku lak..ni nak citer pasal bulan puasa...

Rumah kami dekat dengan rumah Tok Cu (adik kepada atuk aku), rumah Wah (sepupu abah aku), rumah Ucu Wahab (sepupu abah aku gak) dan rumah Kak Con dan Kak Sarah (dua pupu aku). Ada lagi la rumah2 yang dekat yang tak disebutkan nama. Semua jiran2 aku adalah sedara mara belah abah aku. Kalau bulan puasa, mak aku selalu masak juadah banyak sikit. Tak kira la lauk atau kuih. So bila dah siap masak, dalam pukul 6 lebih, mak suh aku atau kembar aku yang kena hantar kat semua rumah2 yang aku sebutkan kat atas. Kalo aku malas, aku paksa adik lelaki aku gi hantar juadah tu. Ehehe.. Rumah paling jauh pun mungkin 150 meter dari rumah. Dasar malas jalan dengan alasan penat puasa. Ahaks! Kadang2 buat pembahagian tugas, kembar aku sebelah sini... aku yang depan sket. Biasanya bila dah antar ke rumah sedara mara aku, mesti ada balasannya (tak harapkan pun tapi dah adat camtu kan, berbalas-balas) So bila berbuka banyak la juadahnya. Kenyangggg.....

Kak Con dan Kak Sarah orang susah. Kadang2 dalam bulan puasa dorang ambik ais kat rumah aku sebab dorang takde peti ais masa tu. Kami tak kisah pun, kami memang rapat antara satu sama lain. Cuma aku rasa kesian pada mereka. Kalau korang nak tahu, Kak Con dan Kak Sarah ni adalah pengasuh aku dan adik beradik aku masa kecik2 dulu. Masa mak aku gi ngajar, kak con akan datang ke rumah tolong opah aku jaga kami. Kak Sarah pulak berperanan hantar dan ambik aku dan adik beradik daripada tadika. Mak abah aku keje. Sampai sekarang aku dan adik beradik sayang kepada kedua-dua mereka ini. Kak Con ada kuarga sendiri. Kak Sarah pulak sampai sekarang masih sendiri.

Kat kampung aku, biasa buat moreh untuk berbuka bukan lepas semayang terawih. Kat masjid dah buat list, siapa yang punya turn tiap hari. Setiap hari ada 3 atau 4 kuarga akan berkongsi buat moreh. Selalunya kalau turn abah aku, masak kat rumah aku la. Biasa abah sekali dengan Tok Cu dapat sekali. Dari pagi sampai petang, ramai la mak-mak sedara dan bapak sedara, sepupu sepapat aku bertungkus lumus masak. Bila dah nak maghrib, baru abah bawak lauk ke masjid. Yang kaum wanita la berbuka kat rumah aku.. meriah je rasa..Kadang2 makcik2 aku yang single ( suami dah takde) akan tidur kat rumah aku je lepas tu.

Kalau hari2 biasa, waktu petang, kadang2 tengah masak, ada la tetamu datang. Tetamu dekat. Kadang2 dorang dah abis masak awal, dorang datang nak hantar juadah yang dorang masak sambil tu menyembang. Citer pasal menu berbuka dll. Sembang kat dapur je. Aku menyenangi suasana tu. Kadang2 dorang sembang2 pasal bab agama. Sembang pasal cara-cara sembahyang sunat dll. Takde le mengumpat ke apa ke...

Malam2 mak gi sembahyang terawih dengan Wah dan kadang2 dengan Opah Cu. Abah gi naik moto sorang. Mak and the geng naik kete. Aku?? terbongkang depan tv kekenyangan ... ahaks..zaman jahiliah masa tu...Abah biasanya gi berbuka kat masjid tiap hari. Bila nak gi masjid petang tu, abah bawak la "sia" @ mangkuk tingkat yang mengandungi juadah yang mak masak. Walaupun kat masjid ada lauk dan nasik tapi saja je la dorang memeriahkan lagi meja makan. Orang lain pun bawak camtu gak. Pastu bila abah balik dari masjid (lepas semayang terawi) sure abah ada bawak teh tarik lebih masa bukak posa tu. Pakcik2 kat kampung aku bukak pose dengan teh susu aaa... ehehe.. Aku pun numpang sekaki la teh yang abah bawak. Sungguh kaw..macam terasa2 kat lidah lak sekarang ni...adei..

Emm...rindunya aku pada suasana zaman dulu. Mak2 sedara aku ramai yang dah takde. Wah (mak sedara aku) dan Ayah we Syukor dan meninggal. Ucu Wahab dah pindah rumah ( Ucu Wahab adalah single father, dia duduk sorang2 gak). Kawasan rumah aku dah sunyi. Tak macam dulu. Sekarang abah dan mak dah pindah rumah. Yang tinggal di sana hanyalah Tok Cu dan Opah Cu serta Kak Con dan Kak Sarah je. Bila aku balik kampung.... bila aku pandang kawasan rumah...rasa sedih...tempat itu dulu meriah... sekarang sunyi sepi. Yang tinggal hanya rumah-rumah tua yang tiada penghuni..3 buah rumah yang sepi...

Sebenarnya...ada lagi benda nak citer pasal bulan pose ni...nanti la...ehehe cam malu lak...

Monday, September 25, 2006

puasa...

assalamualaikum...

Hari ni dah masuk 2 hari kita berpuasa. Aku? Untuk kali pertama berpuasa dan berbuka sorang-sorang. Sebenarnya memang rasa tak best berpuasa sendirian. Tapi aku cuba buat2 lupa pasal kesedihan aku. Aku cuba tak nak menangis walaupun mak aku sebelum start pose dulu dah nangis mengenangkan aku yang sorang2. Aku cakap kat mak " mak jangan nangis tau, orang ok je".Mak aku tu memang sensitif sket. Kalau bulan pose, bila dia terkenangkan anak2 yang jauh dan tak bersama dengan dia, dia akan nangis walaupun anak2nya dan besar panjang.

Hari pertama puasa, aku sahur dengan minum beberapa teguk air masak je. Alhamdulillah sampai petang aku ok je. Aku cuma risau pasal gastrik aku je. Tambah lagi semalam cuaca mendung dan berangin. So tak la rasa panas sangat. Menu berbuka puasa semalam ialah sotong kering masak sambal, telur dadar dan sayur ala paprik. Minum..ais sirap....nahhh..sekarang aku dapat batuk balik...padan muka sebab minum ais. Biasanya aku minum teh panas je..semalam teringin ais.

Seharian semalam aku tak tido pun. tak ngantuk la. Aku abiskan masa mendobi, tengok tv dan online. Malam tadi pun aku tak leh tido. Dah padam lampu tapi mata terkebil-kebil. Pukul 2 lebih baru aku tido.

Hari ni mengajar macam biasa. Cuma masa dipendekkan. Pengetua benarkan balik pukul 5.05. Hari ni kelas tak banyak. So tak la kering tekak sangat. Anak-anak murid form 1 bila aku masuk kelas, tanya cikgu puasa ke tak?? Muka cikgu macam tak pose ke?? ehehe. Balik sekolah jalan nak kuar jem. Sampai rumah dekat 5.30. Aku gorang drummet ayamas dan nugget. Pastu panaskan lauk semalam. Nasik aku dah masak sebelum gi sekolah sebab aku takut tak sempat kalau tunggu balik. berbuka puasa 6.08 petang. Aku makan depan tv. Malas nak makan kat meja makan. Nanti sedih. Aku bukak radio kat handset aku untuk dengar azan dan bukak tv sambil makan.. (aku dah bawak tv turun balik ke ruang tamu. Sebelum ni dalam bilik tido aku)

Lepas semayang terawih sorang2 tadi, aku online. Rasa sunyi je bila malam menjelma..ahaks! ayat skema. Sambil online makan kuih lipat. Tadi abang teksi kasi. Bini dia buat. Sedap sangat...hingga menjilat jari..

Oklah, aku nak paksa diri tido. Aku tak nak la jadi insomia. Aku ni kalau tak leh tido suka pandang kuar tingkap. Bagi aku, bila pandang ke luar, hati aku tenang sikit. Aku punya tabiat ni sejak zaman remaja lagi..Aku berdiri tepi tingkap perhatikan rumah orang. Dulu2 masa kat rumah sewa lama aku suka buat camni gak. tapi masa tu aku suka tengok bintang. Sambil baring aku tengok tingkap (katil tepi tingkap). Sekarang ni katil jauh dari tingkap dan kawasan sini tak lapang. Susah nak tengok bintang. Kalau aku pandang kuar tingkap, kadang2 aku nampak guard taman ni meronda. Aku dah cam bunyik enjin kete dia.

Monday, September 18, 2006

My Heart...

Disini kau dan aku
Terbiasa bersama
Menjalani kasih sayang
Bahagia kudenganmu

Pernahkah kau menguntai
Hari paling indah
Kuukir nama kita berdua
Di sini syurga kita

Bilakah kita mencintai yg lain
Mungkin kah hati ini akan tegar
Sebisa mungkin tak akan pernah
Sayang ku akan hilang

if u love somebody
could we be this strong
i will fight to win
our love will conquer all
wouldn’t reach my love
even just one night
our love will stay in my heart....
my heart...

_______________________________________________________________________________

Lagu kat atas ni baru je aku sedar kemunculannya minggu lepas. Banyak kali keluar kat radio. OST filem indon Heart. Bagi aku sedap la lagu ni. Aku tak pernah tengok pun citer tu. Aku pernah try tengok filem Indon ni, citer Ada Apa Dengan Cinta. Pening aku nak faham. Tengok sikit je. Pastu tak abeh pun. Laju sangat cakapnya. Tapi kalau drama Indon kat tv tu, boleh lak aku faham. Hairan gak aku ni..

Thursday, September 14, 2006

test..



testing 1,2,3..

Nak letak gambar yang full, malu..
so letak gambar mata je la..
Diri ini tak tergolong dalam kategori cantik jelita..
tapi syukur dengan kurniaNYA..

diari seorang cikgu yang demam...

Assalamualaikum...

Setelah beberapa hari dalam keadaan tak sihat, semalam aku gi gak klinik. Sebenarnya hari isnin tu aku dah buat percubaan gi klinik. Dah sampai kat klinik pun. Tapi mak datuk ramainya orang. Aku tanya adik kat kaunter tu, agak-agak kalau camni pukul berapa aku leh dapat giliran. Dia cakap, mungkin pukul 1 tengahari kot. Masa tu dalam 10 pagi. Takkan aku nak tunggu gak sebab nak masuk sekolah sebelum 12.15. Tak sempat. Pastu aku gi bank jap. Kat bank pun ramai orang gak. Adeii.. Ingat nak gi klinik lain tapi dah lambat lak. Last2 aku terus gi sekolah je tak gi klinik pun. aku caap dengan ati aku, sejak akhir-akhir ni aku dah banyak sangat makan ubat, ubat gastrik la, ubat ni la. Kang rosak badan aku asyik ambik dadah je...ehehe ubat ni dadah kan?? Aku cakap pada diri aku sendiri, ala, setakat demam, sakit tekak, boleh baik sendiri kot...

Dan...natijahnya...dari hari isnin sampai hari rabu, aku tak banyak cakap dalam kelas. Sampai ada satu masa, aku tak bercakap lansung. Abeh, suara aku serak+sengau. Pastu hari selasa tu lak, aku dapat batuk terusk. Bila nak bukak mulut je, tang tu gak la nak batuknya. Gatal sangat tekak ni. Aku tulis kat papan putih " cikgu tak sihat, sorry cikgu tak leh cakap banyak". Walaupun pun aku tak sihat, tak bermaksud aku tak masuk kelas. Aku kasi nota dan suruh dorang buat keja yang aku kasi kat papan putih. Anak2 murid aku lak, bila aku demam, pandai lak dorang diam sendiri. Kalau ada yang buat bising ada yang tegur "diam bah...kesian cikgu sakit". Selalu time aku sihat walafiat, naik berbuih mulut suruh diam, tak gak diam. Sib baik la anak2 muird aku ni baik tima aku tak sihat...ehehe..

Malam rabu, aku tido awal sebab rasa tak sihat. tengah-tengah malam tu aku demam teruk. Aku bangun gi gilik air, basahkan towel dan lap-lapkan badan aku dan letak towel kat kepala aku. Pastu sekali dengan batuk lak. Tetiba aku rasa syahdu sangat... sakit sendirian, gagahkan jugak bangun untuk ambik itu ini. Dan aku rasa insaf pun ada. Aku terfikir, janganlah Allah ambik nyawa aku di saat aku sendirian. Tak sedar airmata aku jatuh. Takut gak bila mengenang kematian.

Pagi rabu, aku ambik keputusan gi klinik. Aku risau kalau aku kena attack asthma lak. Biasanya kalau batuk teruk aku dapat asthma sekali. Walaupun aku layak dapat mc, tapi aku tak ambik pun. Banyak yang aku fikirkan. 1. Aku nak abiskan silibus, tak lama dah nak exam. 2. Kat rumah pun nanti aku bosan. 3. Aku tak nak orang cop aku suka ambik cuti. Tahun ni aku dah ambik cuti rehat khas 4 hari. Tu pun sebab aku balik kampung. Tak best la kalau reputasi buruk.

Kat sekolah, bila time free je aku masuk dalam bilik komputer, aku rehat kat situ. Tak baring pun. Aku duduk je sambil letak kepala kat lengan. Kat bilik guru tu sejuk. Lagipun karang aku batuk abeh semua orang kena virus aku. Ehehe...Hari ni, aku ok sket. Tak demam cuma batuk la tak hilang lagi.

Sekian diari seorang cikgu yang demam...

Sunday, September 10, 2006

sekali lagi..

Assalamualaikum..

Aku nak tulis benda ni pun macam serba salah. Segan dengan pembaca blog aku, asyik-asyik benda yang sama je. Dah beberapa entry "temanya" sama. Tapi aku nak gak tulis dalam ni sebab blog ni pada aku amam tempat aku mengadu. Walaupun blog ni tak bernyawa tapi bila aku menulis di sini, kadang2 rasa kurang sket rasa bebanan di fikiran.

Actually dah 3 hari aku tak berapa sihat. Tekak aku sakit, lidah aku pecah, selsema dan macam demam tak demam je. Lidah aku pecah. Aku rasa ni yang dikatakan ulser, sebelum ni tak pernah kena camni. Mungkin dalam badan aku panas. Semalam la aku rasa paling teruk. Semalam sekolah ganti. Mengajar macam biasa. Walaupun tekak dan lidah aku sakit, aku mengajar gak. Masuk kelas macam biasa. Tapi aku kurangkan bercakap, aku kasi kerja kat anak murid aku. Sebabnya, bila aku bercakap, macam pelat je bunyinya. Sakit bila bercakap.

Bangun pagi ni rasa demam. Tapi aku sibuk2 kan diri buat menda lain. Kalau aku baring je sure memang rasa tak larat. Aku gi masak nasik utk makan tengahari, aku rebus barli untuk sejukkan badan dan aku online. Bila aku sakit2 camni, aku rasa sunyi dan sedih bila sorang2. So bila aku online, ada kawan bersembang, aku tak la rasa sedih sangat. Aku happy sembang dengan kawan2 seperti zure, royce. Tapi bila dorang tanya aku sihat ke? Aku jawab sihatttt.. (sorry pada royce dan zure sebab cakap aku sihat..) Segan nak cakap tak sihat....

Dalam sebulan dua ni, aku demam, gastrik pastu demam, sakit tekak.. aku terfikir gak, antibodi aku nih dah tak kuat ke?? Dah semakin bertambah usia makin selalu tak sihatnya. Masa aku remaja dulu, setahun sekali pun susah aku nak demam. Emm kalau teruk lagi keadaan diri aku, aku gi la klinik petang nanti. Kalau dah ok, tak la gi.

Err ke sebenarnya aku ni demam rindu??? .....

Monday, September 04, 2006

kemalasan melanda..

edit: aku tulis ni hari ahad..malam ni baru post..

Assalammualaikum..

Hari ni aku duduk rumah je. Tengok tv, online, masak, tido. Aku teringin gak nak berjalan gi rumah kawan-kawan tapi segan nak gi rumah dorang. Contohnya ex-housemate aku. Rasa macam mengganggu je kedatangan aku. Entah-entah dorang nak gi mana-mana atau nak berehat bersama keluarga. Tu je rumah terdekat dengan rumah aku. Semalam aku dah keluar gi Bandar. Pegi kedai kain, nak beli untuk kain untuk dimatchkan dengan kain yg aku dah beli masa kat semenjung dulu. Dah dapat tapi aku tak tahu bila nak gi kedai jahit. Macam malas pun ada sebab kat semenanjung mak ada jahitkan baju untuk aku. Kalau tak pun aku pakai je baju yg mak jahitkan tu je. Pastu aku gi makan KFC sorang-sorang. Lepas tu baru gi pasaraya untuk beli barang dapur.

Sejak aku pc aku diperbaiki ni, dan sejak aku balik dari cuti ni, aku rasa masa aku kat depan pc semakin lama. Aku banyak lompat-lompat sana sini. Je. Masuk blog orang sana-sini. Baca forum sana sini. Takde apa yang aku cari. Cuma bosan tengok tv. Nak chat pun takde member nak sembang.

Sebenarnya pc aku ni takde apa-apa dah. Kalau dulu, pc aku ni penuh dengan lagu, video dan gambar serta ayat-ayat motivasi atau jiwang yang best2. Tapi hari tu kena format balik. So semuanya hilang. Masa pc aku rosak dulu, mydocument tak boleh bukak lansung. Rasa terkilan gak sebab banyak barang2 bersejarah dalam tu. Antara aku paling sayang ialah gambar-gambar aku dan keluarga aku. Selain tu ada la “manuskrip-manuskrip” pada zaman lampau. Walaupun sejarah lama tu sejarah tak best tapi ia adalah kenangan untuk seumur hidup aku. Selain tu lagu-lagu yang aku download dan yang orang hantar. Da gak video clip yang best-best dan yang lucu. Kebanyakan kawan-kawan hantar dan dia yang hantar. Sekarang ni malas dah nak download apa-apa lagu. Takde mood…

i like walking in the rain, cause no one know i'm crying

Catatan ni ditulis pada 31 ogos tapi tak sempat nak publishkan..

Assalamualaikum...

Hari ni cuti umum sempena Hari Kemerdekaan negara kita. Aku macam biasa je, duduk kat rumah dan tak pegi kemana-mana. Aku paling bosan bila tiba hari cuti. Rasa bosan sangat bila cuti (masa aku kat sabah la) kalau boleh biarlah aku keje 7 hari seminggu pun takpe la. Kalau hari sekolah, masa jaga aku banyak kat sekolah je. Dan kat sekolah aku terhibur dengan telatah anak-anak murid walaupun kadang ada yang menensionkan aku tapi kadang2 bila bersama dengan anak murid aku boleh gelak dan happy. Aku bukannya joker tapi aku sekali sekala aku suka ambik hati anak2 murid aku. Selain anak murid, aku rasa kurang tension bila bersama dengan kawan-kawan aku. Kawan2 sekerja aku majoriti adalah orang sabah. Tak ramai guru semenanjung dah kat sekolah aku sebab ramai yang dah tukar balik ke semenanjung. Walaupun dorang orang sabah tapi dorang ok. Kawan2 aku yang lelaki pun ok. Dulu2 aku malu dan tak banyak bercakap dengan dorang. Tapi lama kelamaan aku dah rasa biasa. Semuanya dah kawin dan umur pun dah pertengahan. Kadang2 kalau aku tengah jalan nak gi kelas dan muka aku monyok je, dorang aku tegur aku " zz...ok ke?" sambil dorang senyum. Takpun cikgu cina yang aku pernah citer tu akan panggil nama aku dengan sebutannya yang pelatnya tu. Buat aku tersenyum. Kawan2 aku tahu aku nak sangat balik semenanjung dan dorang tahu aku sunyi sebab duduk sorang2. So dorang suka tanya kabar aku. Aku macam adik bagi dorang.

Berbalik kisah aku, aku balik ke sini semula pada hari ahad lepas. Hari sabtu tu aku dah pegi kl, tido semalam kat rumah abang aku. Aku gi kl naik bas je. Mak dan abah hantar kat stesyen bas. Masa aku nak naik bas, aku peluk dan salam abah dan mak aku. Setiap kali aku nak balik ke sini, sewaktu memeluk mak abah, aku akan mintak maaf daripada keduanya dan aku ucapkan terima kasih. Setiap kali aku ucapkan ucapan tu pasti aku akan menangis. Mak abah aku dah tua dan aku pulak jauh dari mereka. Tambahan pulak keduanya makin uzur dengan berbagai penyakit. Abah dah mula pakai tongkat bila berjalan sebab kakinya yang sakit. Doktor kata ia disebabkan saraf abah rosak kesan dari penyakit kencing manisnya. Mak pulak kadang2 rasa lemah dan tak secergas dulu. Mak menangis bila aku mula naik tangga bas dan aku nampak dari tingkap mak kesat airmatanya dengan hujung tudung. Aku tak sanggup tengok mak aku sedih kerana aku dan aku juga tak nak lagi berjauhan dengan mak abah. Bila bas mula bergerak, air mata aku makin laju turun. Nasib baik sebelah aku takde orang. Sebenarnya dari beberapa hari aku nak balik aku dah mula menangis. Aku menangis bila aku cerita tentang segala yang aku rasa pada kembar aku. Dia pun menangis sekali. Bila aku nak balik, waktu salam dia dan peluk dia, aku dan dia menangis lagi. Sepanjang 4 tahun aku berulang alik dari sabah ke kampung halaman, balik kali inilah aku rasa berat sangat nak balik semula sebab aku dah hilang ketabahan dan kekuatan. Aku terbayangkan kesunyian yang bakal aku lalui seorang diri bila balik ke sini.

Aku cuba nak menggembirakan hati aku di sini. Tapi takde apa yang boleh menggembirakan aku. Orang tentu akan cakap, tengok la tv ke atau buat perkara yang lain. Bila tengok tv pun aku jadi bosan. Bila aku rasa sunyi aku akan call orang. Biasanya call mak atau kembar aku. Kadang2 sehari 3,4 kali aku call. Kalau tanya pasal bill talifon aku.... Sebulan je bill tipon aku lebih kurang rm500. Orang tentu akan tanya, tak sayang duit ke? Bagi aku apalah erti duit kalau hati tak gembira...