Aku adalah seorang penggemar sajak-sajak, kata-kata menarik dan juga falsafah-falsafah. Biasanya yang berunsurkan motivasi, jiwang sket dan keislaman. Kalau aku jumpa je kata-kata menarik, aku akan tulis atau simpan. Sebabnya aku tak terer nak tulis. So aku baca tulisan orang je la. Aku kagum dengan mereka yang diberi kelebihan oleh Allah ni. Aku jenis ayat direct to the point je. Tak puitis lansung. Aku ada jugak cuba menulsi sajak-sajak ni masa aku study dulu. Ada yang aku simpan, ada yang entah di mana. Kadang2 kalau aku boring atau tension, aku tulis la. Banyaknya aku simpan hasil tulisan orang lain je. Ayat kat atas ni pun copy dan paste orangnya je.
Antara sajak yang terawal yang aku simpan ialah sajak yang bertajuk "pengembara yang berselisih pandang". Aku masih simpan keratan akhbar sajak tu sampai sekarang tapi sayang ada kat rumah di semenanjung. Nanti bila-bila aku pastekan kat sini.
Masa aku uum aku berkongsi minat yang sama dengan roommate aku, Joen. Ada satu sajak tu yang aku rasa best jugak. Tak tau Joen dapat dari mana. Kami berseloroh, nanti kalau kami kawin nanti, kami nak framekan sajak ni dan kasi sebagai hantaran kepada pihak lelaki supaya mereka mengerti. Sampai sekarang dua-dua blom kawin lagi. So tak tau la terlaksana ke tak gurauan kami dulu.. ehehe..
Sekiranya kita ditakdirkan bersama
Kau yang bernama lelaki
andainya suatu hari nanti
takdirnya kita akan bersama
melayari bahtera kehidupan
usah kau mimpikan selaut sutera keindahan
usah kau igaukan kasih menggunung tanpa puncak
juga usah kau harapkan
kesempurnaan yang mutlak dari diri ini.
Akuilah hakikat yang tersurat
aku bukan Siti Khadijah
mahupun Ummul Mukminin yamg lain
bukan juga Rabiatul Adawiyah wanita sufi dan terpuji
Juga tidak mencapai martabat Siti Maryam
Masyitah, Asiah atau Sumayyah
Kau yang bernama lelaki
mengertilah dengan waras keIslaman
aku hanya wanita akhir zaman
yang masih cuba mempertahankan maruah
dan kesucian diri sebagai muslimah
berdasarkan garisanNYA
demi mengharungi kegawatan dunia masa kini
yang serba palsu lagi cukup menjijikkan
dengan kesempurnaan diri
yang tinggal sekuman cuma
Kau yang bernama lelaki
demi keranaNYa semata
tidak kutagih apa-apa darimu
cuma kupohon sebuah pengertian
dan kasih sayangmu
bahawa aku adalah amanah untuk dirimu
sekiranya kita ditakdirkan bersama....
* Sajak ni pulak aku perolehi dari internet. Tak ingat kat mana aku dapat.
Aku ingin cinta abadi
Allahu Rabbi..
Aku minta izin
Bila suatu saat aku jatuh cinta
Jangan biarkan cintaMu berkurang
Hingga membuat aku lalai akan adanya Engkau
Allahu Rabbi..
Aku punya pinta
Bila suatu saat aku jatuh cinta
Penuhilah hatiku dengan bilangan cintaMu yang tak terbatas
Biar rasaku padaMu tetap utuh
Allahu Rabbi...
Izinkanlah bila suatu saat aku jatuh cinta
Pilihkan aku seseorang yang hatinya penuh dengan kasihMu
Dan membuatkan aku semakin mengkagumiMu
Allahu Rabbi...
Bila suatu saat aku jatuh hati
Pertemukanlah kami
Berikanlah kami kesempatan untuk mendekati cintaMu
Allahu Rabbi...
Pintuku yang terakhir adalah seandainya aku jatuh hati
Jangan pernah Kau palingkan wajahMu dariku
Anugerahkanlah aku cintaMu
Cinta yang tak pernah pupus oleh waktu