Saturday, August 05, 2006

demam

Hari ni aku rasa tak sihat. Actually dari semalam dah rasa nak demam. Sakit kepala dan sakit tekak. Malam aku tido agak awal. Dalam 10 lebih kot aku dah landing. Tengah malam dalam pukul 1 lebih aku terjaga. Badan aku berpeluh-peluh. Tak tau nape. Kipas aku on je. Pastu try nak tido balik. Tak boleh gak. Pusing sana, pusing sini, lastly duduk. Akhirnya dalam 4 lebih kot baru aku tido. Sebelum tu kunci jam pukul 5.00 pagi sebab pagi ni aku ada majlis penutupan kokurikulum kat sekolah. Bila alarm bunyi aku snoozekan beberapa kali sampai 5.30 pastu aku terus tak sedo. Aku tekan stop le tu. Jaga2 pukul 6.03 minit pagi. Terus duduk. Fikir sempat dak nak bersiap gi sekolah ni sebab teksi ambik antara 6.15-6.30 pagi. Kelam kabut bersiap..akhirnya berjaya gak walaupun macam explore race aku bersiap. Tengok-tengok teksi aku lak yg lambat. Untuk pengetahuan pembaca blog...sesi persekolahan kat sabah ni start 6 lebih. Macam sekolah aku sesi persekolahan start pukul 6.45. Suasana kat sini kalau pukul 6 tu macam pukul 7 kat semenanjung. Kat sini cepat sejam dari semenanjung. Jam sini still sama dengan sjung tapi suasananya yang berbeza, cepat siang dan cepat malam berbanding sana.

Aku ditugaskan jadi ajk jamuan dengan kak Nani. Kuih dan air semua catering. Kami cuma kena pantau je. Awal-awal pagi aku dah rasa sakit kepala + loya dah sebab tak cukup tido. Nak je aku gi relax kat surau tapi tak jadi lak. Nanti kesian kat kak Nani kene uruskan sorang2 lak. Mata aku lak dah makin sepet tahan ngantuk. Aku cuba gak nak ceria2kan muka senyum kat orang, senyum kat anak murid. Aku tak gi tengok acara tu pun, lepak2 kat kawasan jamuan kat foyer depan pejabat sekolah. Rakan sekerja aku, seorang guru lelaki berbangsa cina pun duduk kat situ gak. Cikgu ni pangkat bapak dengan aku je. Dia dah nak pencen akhir thn ni.Walaupun berbeza bangsa tapi aku bleh masuk gak dengan dia ni. Dia suka sebut nama aku dengan pelat cinanya tu. Aku sembang2 dengan dia mengenai sekolah. Tapi sembang aku tak la rancak . Ala-ala rentak balada je. Aku banyak angguk2 je.

Masa orang semua kat dewan utk penyampaian hadiah, aku lepak kat dalam opis lak. Nyaman sket sebab ada aircond. Lepak dengan sorang lagi member aku. Dia ni pregnant,so kat dewan tadi dia rasa tak selesa. Sambil sembang2 dgn dia mata aku macam dah nak terpejam. Ngantuk giler. Aku bukan sengaja nak "ponteng" majlis tu tapi aku tak larat. Aku sampai rumah 1.15 camtu. Memang aku demam rupanya (macam tak sedo je tadi demam) Masuk bilik, rehat jap pastu aku gi mandi. Lepas mandi aku tido.

Sekarang ni aku rasa ok sket berbanding siang tadi. Demam dah kurang cuma sakit kepala tak hilang lagi. Aku selalu berdoa, jangan la aku sakit teruk2 sangat sebab aku sensorang je. Kalo aku demam teruk, sapa lak nak tengokkan aku, sapa nak sediakan makan minum aku. Sapa lak nak bawak aku gi klinik. Lagi satu aku tak nak mak aku risaukan aku kalau aku tak sihat. Mak aku punya sensor memang kuat. Berdasarkan suara pun mak aku tahu aku dan adik beradik aku tak sihat. Dengar dalam telefon je tu.

Emm...sebenarnya aku nak tulih pasal lain...tapi tak tercerita lak. InsyaAllah lain kali lah. Nak gi makan panadol lak.

4 Comments:

Anonymous Anonymous said...

kesian ko

8:29 PM  
Anonymous Anonymous said...

cian tt...sabo banyak2 ye

8:40 AM  
Anonymous Anonymous said...

tt...bila nak updet blog...hehehheheh

zure

5:12 PM  
Anonymous Anonymous said...

mana ko hilang tt

6:26 PM  

Post a Comment

<< Home