Tuesday, February 21, 2006

Jangan Bersedih lagi...

Assalamualaikum..

Setelah hampir 2 minggu...akhirnya aku sembuh gak dari "sakit". Walaupun belum sembuh 100% tapi syukur la. Aku tak sanggup lagi nak lalui masa-masa derita tu. Namun dalam hati aku, perasaan sayang pada dia masih ada. Cuma sekarang ni sayang aku padanya telah ditutupi oleh rasa kecewa. Dah beku macam tasik di kutub yang diliputi ais. Selama 2 minggu banyak yang aku fikirkan dan banyak perubahan dalam diri aku. Perubahan yang baik. Aku memang percaya, setiap apa yang berlaku ada hikmahnya. Dan aku telah nampak hikmah yang Allah nak tunjukkan pada aku. Aku belajar untuk menjadi seorang yang redha menerima ketentuan Ilahi.

Sepanjang 2 minggu ni, keluarga dan kawan-kawan yang banyak membantu aku. Walaupun mereka jauh. Tapi panggilan dan sms dari mereka membuatkan aku jadi lebih kuat. Tak pernah-pernah sepanjang umur hidup aku menangis kerana seorang lelaki di depan mak, tapi kali ni aku tewas. Blom sempat cakap apa-apa dengan mak kat telefon, aku nangis dulu dah. Mak aku pun sama-sama menangis. Mak cakap " Sedangkan orang yang dah kawin dan beranak pinak pun bercerai, inikan pula baru bercinta, Sabar la, jangan ikutkan perasaan". Memang betul cakap mak aku.

Twin aku lak cakap " Maknanya ko takde jodoh la dengan dia. Jangan susah2 nak fikir". "Ko masih ada keluarga dan kawan2". Bila dia takde, bukan maksud ko akan keseorangan, aku kan ada". Twin aku memang nasihatnya cara camni. Macam kasar je..tapi aku bleh terima.

Kawan2 aku cakap:

- Jodoh tu Hak Allah, kita takde kuasa nak menentukannya
- Sebelum bercinta, kita boleh hidup tanpa dia. Kenapa tak, selepas dia takde, kita pun boleh hidup gak.
-Mungkin awak akan bertemu dengan orang yang lebih baik selepas ni.
- Jangan kecewa sampai nak giler. Kang giler susah lak. Banyak-banyak solat.
- Jangan mendera badan sendiri. Nanti memakan diri sendiri. (yelah, aku tak tido dan tak makan pastu takde semangat nak buat keje, camna tak dera diri)

Pastu kawan aku pernah hantar aku satu lagu ni. Walaupun bukan nasyid tapi liriknya membuatkan aku jadi lebih tenang. Lagu kumpulan dewa- Hadapi Dengan Senyuman. Kawan aku suruh try senyum. Bila aku dengar lagu tu, aku try gak la senyum dalam kepayahan. Sekarang ni ok dah. Semalam aku gi sekolah, aku rasa happy, rasa nak senyum dengan semua orang. Dengan student aku yang tengah jawab exam pun aku senyum gak. Ehehe..

Di saat aku tengah bersedih minggu lepas, masa tengah jalan kat kaki lima sekolah, seorang nak murid aku tegur aku. Dia kahir perbulan tu dia cakap "cikgu pun cantik". Sebelum tu muka aku sedih je masa tengah jalan, bila dengar dia puji aku (walaupun aku tahu pujiannya tu tak layak utk aku) aku terus senyum. So, hilang la muka sedih aku. Pastu dalam kelas lak, anak2 murid aku pandai lak buat lawak. Aku senyum lagi.

Malam sabtu@ahad lepas, aku tengok buletin utama. Ada cerita pasal anak yatim piatu kat Acheh. Dorang bernasyid sambil menangis teresak-esak mengenangkan mak ayah dan tiada. Walaupun dorang bernasyid dalam bahasa acheh tapi boleh nampak kat riak muka dorang betapa dorang rindukan mak ayah dorang dan pilunya bila tiada siapa di sisi mereka. Nangis aku tengok dorang nyanyi. Kecik2 lagi dah kena hidup sendirian. Bila aku kenang balik, aku hanya putus cinta je, hilang kekasih. Aku masih ada mak, abah , adik beradik dan sedara mara. Aku dah dewasa. Aku dah keje. Tapi dorang...baru nak mulakan kehidupan dan sendiri. Insafnya aku...

Petang ahad lepas lak, tengok citer "Laila Majnun". Aku layan je sebab takde apa nak buat. Sebelum ni aku tak pernah tgk citer ni sampai abis. Selalunya yang awal2 je sebab dah tau apa citer dia. Kali ni aku tengok sampai abis. Bila tamat, aku fikir gak. Cinta boleh membuat orang jadi giler dan merana sampai mati. Aku tak nak la camtu...

Sekarang aku try baca satu buku motivasi yang bertajuk "La Tahzan" @ Don't Be Sad @ Jangan Bersedih. Bagus gak buku ni walaupun aku baru baca sikit je. Antara kandungan buku ni, penulis ni cakap, kalau kita sedih, ia akan menyebabkan banyak penyakit datang. Kalau kita bersedih dan akhirnya tak leh tido, akan menyebabkan tekanan darah kita tinggi. Bila darah tinggi, akan memberi kesan pada jantung lak. Pastu ada lagi la penyakit2 lain. Bahaya woo sedih-sedih ni. Emm aku tak abis lagi baca. Nanti kalau dah abis, aku buat la entry pasal buku ni. Tapi tak tau bila nak abis. Tebal gak.

Emm so..aku harap lepas ni, aku akan bertambah ok. Walaupun aku pernah sedih kerana "dia" namun aku tak berdendam dengan dia. Aku doakan semoga "dia" sihat, selamat dan diberkati Allah dan selalu ditunjukkan jalan yang benar. Sayang aku pada dia ikhlas kerana Allah. Aku pernah harapkan sayang aku pada dia bukan saja di dunia malah dibawa sampai ke akhirat.Dan aku terima, kami berpisah juga kerana Allah. Life must go on...

0 Comments:

Post a Comment

<< Home