Monday, January 24, 2005

melawat, mengunjung dan menjenguk blog orang

Hari ni untuk pertama kalinya aku merayau, melawat dan mengunjungi begitu banyak blog. Entah kenapa aku suka membaca blog orang dan kisah hidup orang. Semuanya menarik bagi aku. Di samping tu banyak perkara yang aku dapat semasa melawat blog orang. Membaca hasil tulisan orang, membaca komentar orang mengenai sesuatu, membaca puisi, membaca kata-kata motivasi dan macam-macam lagi.

Cantik2 blog orang. Kagum aku. Takpe la, dorang terer nak make up blog dorang. Aku ni baru celik IT. Ini je lah yang aku mampu buat. Ehehe buat blog ni pun aku buat sendiri tanpa bertanya orang. Aku surf sendiri, cari cara nak buat. Pastu aku try and error jer. Akhirnya jadi gak la blog aku yang tak sepertinya ini :)

0 Comments:

Post a Comment

<< Home