Monday, January 24, 2005

Dapurku tak berasap

Semalam masa aku turun nak breakfast, housemate aku bagitau, jiran kami jemput pegi kenduri kat rumah dia. Masa tu, aku baru je bancuh milo, aku minum sket pastu terus bersiap untuk pegi. Actually, kalo ikut hati, aku malas nak pegi tapi aku dah banyak kali tak memenuhi jemputan kenduri jiran2 aku. Pukul 9 lebih aku, housemate dan makcik sebelah rumah dah sampai. Err aku heran gak, memang orang sini kenduri start awal ke?? Sampai sana dorang hidang air dan kuih2. Aku ingat makan tu je sempena raya. Ingat nak ajak dorang balik dah. Pastu rupa2nya ada majlis cukur jambul la pulak. Tunggu la majlis tu selesai. Pastu baru makan nasik. Awalnya makan, pukul 11 lebih dah settle kenduri.

Masa tengah makan2 tu aku nampak macam lepat pisang turut dihidangkan. Dalam hati aku.."oo agaknya dah budaya dorang ni buat lepat pisang masa kenduri kot" Bila orang sebelah aku bukak benda tu baru aku tau, tu la "buras" makanan tradisi orang sini semasa raya. Buras ni diperbuat daripada pulut pastu dibalut dengan daun pisang.Cara nak makan dia, cicah dengan rendang. Ekeke...nasib baik aku tak "ngap" benda alah tu camtu jer :)

Balik rumah, relax2 jap, housemate aku ajak gi open house rumah member dia lak.. err..member aku gak sebenonya. Dia senior dan blokmate aku masa kat universiti dulu.Kat rumah Ira dia hidang soto lak. Banyak dia letak, tak abis pun aku. Mak dia baik sangat. Peramah lak tu. Teringat kat mak aku kat kampung. Mak aku camtu gak, suka layan kawan2 anak dia.

Balik rumah, sementara aku berehat2 setelah kekenyangan, adik wan aku sms lak. Dia nak pinjam beg bagasi aku. Aku suruh dia datang tengok dulu. Dah nak maghrib baru dia sampai.Kira jadi la pinjam beg aku tu seminggu. Dia ada mesyuarat kat semenanjung. Best aa dia, dapat balik selalu.

Pukul 8 malam lak, kami keluar lagi. Sorang lagi member housemate aku buat open house. Kali ni makan nasik kerabu lak. Kat rumah member ni, aku segan sikit sebab ramai kawan2 lelaki suami dia. Keje navy kat sini. Terpaksa kontrol ayu jer. Ehehe. Aku ni kan pemalu. Kat rumah member tu lama lak. Dalam hati aku asyik cakap...bila la nak balik ni.Nak ajak housemate aku balik, segan lak.

Kiranya semalam memang dapur rumah aku "tak berasap" sama sekali. Makan kat rumah orang je. Hari ni ada lagi open house kat rumah member housemate aku tapi aku rasa malas nak pegi kot. Aku sebenornya segan dan rasa kurang selesa sebab aku tak reti nak sembang dengan kawan2 dia. Aku diam je la, Kalo orang gelak, aku tumpang la gelak sekali..ehehe..

0 Comments:

Post a Comment

<< Home