Thursday, January 20, 2005

Penatnya aku..

Hari ni aku penat yang teramat. Pukul 6 pagi lebih dah bersiap ke sekolah. Ada latihan sukan pukul 7 pagi. Bawak budak2 tu berlatih lontar peluru, rejam lembing dan lompat tinggi. Ehehe anak2 murid aku sibuk suruh aku buat demontrasi rejam lembing tu. Aku mane reti.. Masa sekolah dulu cikgu dia takde masuk acara2 ni. ehehe

Pukul 8.30 aku suruh budak2 tu berenti. Nak bersiap ke kelas awalan lak. Haiya... badan melekit2 dah kena tukar baju lak. Nak mandi memang tak sempat. Hari ni aku pakai jubah ungu (warna kesukaan aku). Tepat pukul 9 aku dan bersiap nak masuk kelas dah. Hari ni aku ada kelas straight 4 period. Lpeas tu sambung 2 period lagi. Penat menjerit kat padang belum hilang lagi. Masa kelas aku yang terakhir aku ras adah tak berdaya nak berdiri lama dah. Mengantuk pun ada. Dah beberapa malam aku tak lena tido. Asyik terjaga je. Namun digagahkan jua untuk mengajar sedaya upaya.

Hari ni, disebabkan ada kelas awalan, aku boleh balik lepas rehat. Dari sekolah aku terus ke pasar nak beli barang2 untuk dimasak esok. Penuh gak tangan beli memacam. Aku terpaksa mengupah budak pilipin yang kejenya angkat barang tu untuk bawak barang aku. Ecece, rasa macam mak datin lak ada orang tolong angkat barang. Tapi dah itu keje dorang, cara dorang mencari rezeki. Lepas tu aku bagi la upah.

Kat rumah lepas mandi2, aku turun dapur balik. Aku nak perah kelapa yang aku beli tadi pastu simpan santan tu dlm peti ais. Mudahlah sikit keje aku esok. Pastu santan tu ada banyak lebih lak, aku terus ambik keputusan nak masak lak. Ikutkan badan, macam dah tak larat tapi sayang lak santan tu. Lagi pun perut aku berdondang sayang mintak diisi. Aku masak kobis masak lemak, goreng ikan kembung pastu ikan masin sket. Lagi pun kesian kat housemate aku. Dia pun busy sejak akhir2 ni. Tak sempat nak masak.

Tadi masa aku masak, rasa lapar sangat. Bila aku naik kat bilik, aku rasa tak mau makan. Rasa macam nak termuntah lak. Aku hilang selera. Selalu camni. Ada timenya aku rasa malas@tak mo makan makanan yang aku masak. Pastu kadang aku rasa tak mo makan nasik, rasa jemu. Biasanya masa aku tengah "cuti" la. Mood aku, emosi aku, perasaan aku semuanya tak betui je time ni.

Esok aku sekolah lagi, tak cuti. Entah bila la aku nak masak rendang dan kuah kacangnya. Pagi raya kot. Kalau tak pasal adik Wan aku tu, aku tak bersemangat pun nak masak apa-apa untuk raya. Ni aku kesian kat dia sebab kena beraya kat tempat orang. (aku pun sama la) Dulu dia tanya, dia boleh sponsor apa? Nak suruh aku masakkan le tu. Cewahh.. Dia tak tau, aku bukan terer benor masak. Ehehe..

Tadi mak dan kembo aku call. Bestnya, adik beradik aku semua balik beraya kat rumah. Aku sorang je takde. Malam raya nanti, orang2 surau nak datang takbir kat rumah. Meriahnya. Aku bab takbir ni yang lemah. Aku syahdu sangat time dengo orang takbir.

Isk..ngantuk dah...baru 8.30 lebih... aku nak menidokan diri la..esok aku kene gi sekolah awal lagi...

2 Comments:

Anonymous Anonymous said...

Ehehe, terima kasih zamlope kerana sudi berkunjung kat sini. Emm camni la saya, blog tempat citer kesedihan dan keletihan..ehehe..

11:03 AM  
Blogger tak terungkap said...

Ehehe, terima kasih zamlope kerana sudi berkunjung kat sini. Emm camni la saya, blog tempat citer kesedihan dan keletihan..ehehe..

11:05 AM  

Post a Comment

<< Home