sukan oh sukan
Citer pasal sukan sekolah aku siang tadi. Acara mula lambat sejam kerana kelewatan tetamu yang nak merasmikan majlis. Aku kena bertugas sebagai hakim balapan.Terhibur gak aku dok kat situ walaupun panas terik mengigit tubuh. Cikgu2 yang kena bertugas kat padang turut sama memberi sokongan kepada atlet rumah masing2. Ada yang cikgu yang turut sama berlari di luar trek untuk memberikan sokongan kepada student.Ehehe ketua rumah aku la tu. Aku setakat jerit sikit2 je. Malu deh :)
Masa aku sedang bertugas, sorang atlet rumah aku datang meminta air. Err ni la budak semalam yang cuba nak memboloskan diri masa aku jadi mak guard tu la. Aku tak sampai hati tengok dia kehausan. Aku kasi air mineral aku yang diperuntukkan untuk guru2 yang berugas kat padang. Aku belum minum lagi air tu. Walaupun di saat itu aku dah kekeringan dan kehausan kat padang. Kemudian datang pulak student aku sesi petang (atlet gak). Dia cakap..cikgu lapar.. Aku kasi lak kuih2 aku tu padahal aku tak makan pun lagi. Di saat ini baru aku mengerti perasaan seorang ibu. Ibu akan berkorban apa sahaja untuk anak dia walaupun dia terpaksa menderita. Di padang tu, dalam keriuhan, aku teringat kat mak aku dan semua ibu-ibu di dunia ni...betapa besarnya pengorbanan mereka. Aku ni setakat beri air dan makanan pada anak murid je sedangkan ibu-ibu pengorbanan mereka lebih dari itu. Insaf..
Acara habis lambat. Hari ni dah la jumaat. Cikgu2 lelaki yang muslim bergegas ke masjid. Tinggal la cikgu2 pompuan settlekan padang. keputusan keseluruhan belum diumumkan lagi. Rumah aku kalau tak number 2, number 1 kot. Untuk pertandingan kawad kaki, rumah aku menang. Ehehe aku sorak giler2 masa dengar pengumuman tu sebab semua ahli perbarisan adalah student sesi petang. Berbaloi gak la kepenatan dorang berlatih.
Peristiwa yang tak dapat aku lupakan hari ni masa acara tarik tali. Masa acara tarik tali lelaki, budak yang belakang sekali tu, ditarik jauh oleh pasukan pesaingnya. Macam terseret jauh. Pengsan dia. Aku dah risau, kalau dia cedera teruk. Alhamdulillah lepas tu dia ok. Masa acara perempuan lak, student yang belakang sekali dah macam terjerut oleh tali. Dia tak betul lilit tali tu. Hampir kena leher dia. Aku dan guru2 di grand stand dah menjerit. Tapi dia tak risau sebab masih lagi menyertai acara tu. untuk pusingan kedua. Aku dari grand stand, berlari turun dapatkan dia. Aku cakap dengan student tu, jangan ikat camni. Dia kata takpe cikgu. Aku minta pengadil jangan mulakan acara tu lagi. Aku beritahu guru rumahnya pasal ikatan tu membahayakan dirinya. Tapi tak dipeduli. Dorang terus mulakan acara tu. Aku terus berada di tepinya, berjaga2 jika kejadian tadi berulang lagi. Alhamdulillah selamat. Emm lain kali jangan la buat acara tarik tali ni dah. Merbahaya. Gerun aku tengok..

0 Comments:
Post a Comment
<< Home