Thursday, January 27, 2005

bertugas sebagai "mak guard"

Hari ni ada raptai sukan kat sekolah. Relax le sikit sebab tak kena berpanas kat padang lagi. Hari ni je dapat relax, esok berpanas lagi. Aku yang "putih" ni semakin putih la. Student yang tak terlibat dengan raptai kena duduk kat astaka. Aku antara cikgu yang sampai awal kat astaka tu. Aku tengok bebudak ni "berhamburan" je. Ada yang dah gi round kawasan sekolah rendah lak. Karang marah lak cikgu sekolah rendah. (sekolah aku kongsi padang dan grand stand dengan sek rendah). Kalo tak pun dorang ni akan terus balik rumah je ikut pintu pagar sekolah rendah. Dengan itu, aku secara tidak lansungnya menjalankan tugas guru disiplin. Aku tunggu kat pintu keluar masuk tu jadi "mak guard". Bebudak form 4 dan form 5 dah cuba2 nak melarikan diri. Tapi "mak guard" ini telah menjalankan tugasnya dengan penuh dedikasi. Cubaan melepaskan diri dapat dipatahkan lebih awal. Memula aku sorang. Pastu Tim nampak aku, dia pun tolong kawal sekali.

Sementara menjadi "mak guard", aku sembang2 dengan makcik cleaner yang bertugas kat astaka tu. Aku sembang2 dengan dia. Memang peramah makcik tu. Siap citer pasal keluarga dia. Actually anak dia aku ajar. Tapi masalahnya ialah, makcik tu cakap BM dengan slang Bugis. Aku terpaksa memproses maklumat yang baru diterima agak lama. Yang aku kurang faham, aku angguk2 jer. Takpe la, sekurang2nya dia senang dan seronok bersembang dengan aku. Lastly baru aku perasan, dia panggil aku ustazah..Ehehe..

Hari ni sekolah kami ada tetamu iaitu bekas pengetua sekolah aku yang dulu2. Pengetua zaman tahun 60an punya. Nama dia J. Power. Omputih. Dah tua dah. Aku rasa ada 80 tahun lebih kot. Tapi kuat lagi berjalan. Dorang saja nak tengok sekolah ni balik. Aku teringat kejadian 2 minggu lepas masa aku mengajar sejarah. Anak murid aku tanya aku, J. Power ni hidup lagi ke tak? Aku dengan yakinnya cakap "dia dah takde dah.." Ye lah, aku bayangkan tahun 60 an jadi pengetua, sure dah tua masa tu. Hari ni, atuk itu masih boleh berjalan. Mesti anak murid aku kompius. Cikgu kata dia dah takde dah.... yang datang ni siapa pulak??

Hari ni gak, semua guru2 dapat t-shirt untuk sukan. Mesti pakai esok.Tapi lengan pendek, pastu kalau aku pakai jadi seksa lak..ehehe. Aku memang tak dapat la nak menurut perintah itu. Esok aku pakai la baju yang sama warna dengan rumah sukan aku tu. Tapi baju fesyen lain la.. Ehehe. Balik rumah aku selamat merasmikannya. Antara 4 warna yang ada, warna rumah sukan aku yang paling lawa. Warna biru. Biru apa ekk..tak reti nak explain. Dorang jeles...ehehe. Walaupun aku tak pakai baju tu esok, aku boleh pakai kat rumah. Sekurang2nya ada gak benda yang aku boleh kenang2 dan tengok2 bila aku dah transfer balik semenanjung nanti. Nama sekolah aku dicop kat baju tu.

* berhamburan = berselerak, bertempiaran dan yang seerti dengannya.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home