Tuesday, January 25, 2005

Cikgu smart la..

Hari ni bermula sukantara. Aku ditugaskan sebagai pengurus peserta. Keje aku ialah bawak semua ahli rumah aku yang perempuan (sesi petang) ke tempat acara-cara yang berlansung dan uruskan dorang. Hari ni ada acara lontar peluru, lompat tinggi, 100 meter dan lompat jauh. Bukan senang nak kawal anak murid aku yang jumlah dia lebih kurang 70 orang tu. Nak panggil dorang buat acara tu, nak jaga keselamatan dorang, nak jaga kebajikan dorang. Aku terpaksa menggunakan suara aku semaksima mungkin untuk panggil nama2 dorang. Takde kasi healer pun.

Hari ni panas terik. Nak2 murid aku asyik mengadu "cikgu..panas" Apa yang aku boleh cakap, sabarlah.. memang nak bersukan kena berpanas. Aku yang berpayung pun terasa panasnya. Bukan aku tak kesian, tapi apa nak buat. Amoi2 tu dah merah muka. Aku pesan dengan dorang, besok bawak topi nyonya jual sayur tu, tak le panas sangat. Ehehe..

Dan hari ni untuk pertama kalinya dalam sejarah aku kat sekolah ni, aku pakai spek hitam turun padang. Anak2 murid aku bukan main sorak bila nampak aku. "Cikgu..smartnya.".(orang sini maksudkan smart tu lawa ler} Ehehe aku jawab balik "cikgu memang tiap2 hari smart" Ekeke.. Ada yang cakap "cikgu..macam artis". Yang lawak..ada yang cakap.." cikgu macam Syarifah Aini"...wakakaka... aku jenis melayan je gurauan bebudak ni. Dalam kelas aku tegas sikit, kalau kat luar ni aku ambik ler hati bebudak ni... Eheh bukan anak murid aku je tegur pasal aku pakai spek. Cikgu2 lelaki dan kakak kantin pun tegur...wakakaka.. Kawan aku, siap mintak nak tengok spek aku yang bertaraf "pinjaman" tu. Sebenonya , tu spek kembo aku. Dia dah ada spek yang aku belikan dia dulu. Aku pinjam la dulu spek dia.... tapi tak tau pinjam sampai bila :)

Acara sukantara hari ni abis awal gak. Tapi tak leh balik awak pun. Alhamdulillah hari ni semuanya berjalan dengan baik. Takde bebudak yang cedera atau pengsan. Tahun lepas ramai jugak yang pengsan selepas berlari. Esok ada lagi sukantara. Keje aku besok ialah jaga acara lempar cakera. Semoga esok semuanya ok dan berjalan lancar.

Kepala aku ni dah berdenyut-denyut. Aku ni jenis tak tahan panas. Mata aku ni dah panas. Jangan la demam lagi. Aku baru je sembuh ni. Kejap lagi nak makan panadol dan try untuk tido.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home