Sunday, January 30, 2005

Kekesalan..

Hari ni dua kali aku tulis blog. Nak citer sesuatu. Baru jap tadi aku chat dengan seseorang yang pernah bertahta di hati aku suatu masa dulu. Aku login satu id aku yang lama. Actually aku jarang2 bukak. Tetiba aku nampak id dia menyala kat ym. Aku bagai ada kekuatan untuk menegur dia. Niat aku hanya nak tanya kabar dia je. Hampir 3 tahun kami takde berhubungan iaitu selepas dia kawin tahun 2002. Aku nak gak tahu pasal dia dan keluarga dia.

Aku ingatkan dia tak nak reply. Reply gak. Memula tu aku kekok gak sebab aku dah tukar kata ganti diri dia. Aku panggil dia nama penuh lagi. Sebelum ni aku panggil dia abang. Dia pun sama, dia panggil aku nama yang kawan2 aku panggil aku. Sebelum ni dia panggil aku dengan 2 patah perkataan kat hujung nama aku. Aku tanya dia kat buat apa sekarang. Dia still study kat oversea rupanya. Buat master kot. Aku malas nak tanya lebih2. Abeh ni dia nak sambung lagi study. Emm aku ingat dia pernah cakap kat aku satu masa dulu yang dia nak sambung study kat macam2 tempat.. tertunai gak impian dia.

Yang lawaknya, masa kami chat tu isteri dia ada kat sebelah. Isteri dia tahu suami dia tengah chat dengan kawan lama kot sebab isteri dia siap kirim salam kat aku lagi. Pastu dia send gambar. Aku ingat gambar bini dia jer, rupa2nya gambar kawin dia. Aku ingat nak tengok gambar bini dia jer. Gambo dia aku malas nak tengok...wakakaka..jahatnya aku. Tapi nak tak nak ternampak gak la gambar dia. Dah sebelah je. Tetiba aku rasa macam nak muntah lak. Aku rasa menyampah tengok dia.

Bukan aku jeles dnegan dia dan isteri. Aku memang takde perasaan apa kat dia dah. Bak kata orang "dalam hati takde chenta dah. Cuma aku rasa menyesal kerana kebodohan aku suatu masa dulu kerana menangis @ frust kerana seorang lelaki. Rugi aa air mata aku bercawan-cawan dulu tu. Sapa nak ganti balik harga airmata aku tu??

Bila aku menyapa dia, aku ingat hati aku dah neutral. Tapi peristiwa hari ni membuatkan aku sedar, perasaan kesal aku masih lagi ada. Kesal kerana "frust telentang" kerana dia dan kesal kerana mempercayainya . Hari ni aku aku rasa aku telah buat keputusan yang salah kerana menegur dia. Aku tak sangka tindakan
aku chat dengan dia menyebabkan aku rasa "menyampah" macam ni. Lebih menyampah dari dulu.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home